Jom belajar buat figurin bersama Cik ita - masam manis f

Breaking

Dec 17, 2013

Jom belajar buat figurin bersama Cik ita


Assalamualaikum anak-anak..
Anak-anak sedang buat apa tu..
Cuti-cuti sekolah ni tak ada pergi jalan mana-mana ke?
Bagi yang sedang makan angin atau melancung bersama keluarga, selamat bercuti cik ita ucapkan. Jaga keselamatan di tempat orang tau! jangan pandai-pandai nak gi jalan sendiri pulak.. nanti sesat siapa yang susah..

Bagi anak-anak yang tak tau nak buat apa cuti sekolah ni.. apa kata jom ikut cik ita masuk kelas deco-deco Cup Cake. Mesti anak-anak suka bermain dengan gumpaste, fondant dan buttercream.
Boleh cipta atau deco apa-apa sahaja karektor katrun animasi yang anak-anak  suka!


Nak tau macam mana cik ita buat kartun comel-comel ni..
Macam mana kita nak deco kartun yang comel ini atas cup cake supaya ia menjadi satu hadiah yang istimewa untuk mereka-mereka yang kita sayang.

Pasti anak-anak teringin menghadiahkan cup cake dengan dekorasi kartun comel untuk ibu, ayah, kakak, abang, kawan-kawan maupun guru-guru di sekolah.
Seronok kan bila kita dapat buat sesuatu yang istimewa untuk orang yang kita sayang..


Pada anak-anak yang tak tau nak buat apa cuti sekolah ni, bolehlah daftarkan nama jika nak mengikuti bengkel bersama Cik Ita mendeco cup cake comel untuk insan yang kita sayang.

Anak-anak kenalah minta kebenaran dari ibu bapa anak-anak terlebih dahulu ya! kalau mak izinkan barulah anak-anak boleh datang dan belajar dengan cik ita.

Anak-anak tak perlu bawa apa-apa. Semuanya disediakan. Tapi kalau anak-anak ada karektor kartun animasi yang anak-anak suka dan teringin sangat nak buat,  anak-anak boleh bawa ke bengkel untuk kita deco bersama.

Jika anak-anak berminat bolehlah hubungi Pn Siti Zaleha di talian 0197550154
Tarikh kelas :  esok bersamaan 18 hb Dis 2013
Masa : bermula dari pukul 9 pagi dan berakhir apabila anak selesaikan menyiapkan cup cake ana-anak
Lokasi : di Oliez Academy, no 60, jln pulai perdana 11/1, tmn sri pulai perdana, skudai(kedai bawah) 
Mereka yang boleh turut serta adalah anak-anak yang berumur 7 hingga 12 tahun

Doakan cik ita sihat supaya kita sama-sama dapat belajar ya..





Hugglemonster Cake
Kek Absolute Choc cake
Saiz 9 inc
Layer Italian buttercream dan choc ganache
Deco Figurine dan fondant
Tema warna colourfull



7 comments:

Jueliza Jamani said...

awat la kak ita jauh sangat.. kalo dekat dah lama g belajar buat kek dgn kak ita

Mrs.Leela said...

Hi kak Ita, anak lelaki saya suka memasak...tapi sayangnya sekarang dia kat kampung datuknya. Harap next time bolehlaa join...GOOD LUCK for you and all the kids....have a nice day...GBU

Regards,
Leela

NinaAz said...

cantiknya kek!

kakakchomel said...

wahhhh saya pun nak join kalau camni. tapi jauh nau kl-jb

Umialya said...

alorrrrrr jauh sgt, kalau tak boleh hantar si kakaknya

tasty krafty said...

saya pun berumur 12tahun (tahun 1992).. boleh join jugak la kan? hehe.


www.facebook.com/tastykrafty

Sweet red cherry said...

comel dan cantik..bestnya kalau dapat join..

Post Top Ad

test