Little Einstein Cake Ideas - masam manis f

Breaking

Dec 2, 2013

Little Einstein Cake Ideas



Assalamualaikum
Lamanya rasa tak jenguk di sini. Kesibukan dan beberapa hal keluarga yang harus di utamakan membuatkan ita menyepi seketika.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Semoga di permudahkan oleh Nya..

Ita pun tak boleh lama-lama di sini. Cuti sekolah ni tugas semakin bertambah. Kebetulan juga ibu dan bapa mertua ita datang menziarahi kami di samping juga mengunjungi kenduri perkhawinan anak saudaranya. Ita juga harus menyiapkan beberapa lagi naskah buku masakan ita yang dah lama tertungak. Belum selesai ita siapkan buku tu.. pihak MPH meminta pula ita buat buku yang lain pula. Alhamdulillah.. syukur, cuma masa ita cukup-cukup terbatas sekarang ini, bertambah pula tempahan kek dari kawan-kawan yang tak menang tangan di butanya.


Maaf pada yang ita tak dapat ambil tempahan kerana faktor masa ita yang amat terbatas. Kadang ita takut juga nak ambil tempahan kerana takut tak dapat tunaikan memandangkan ita cukup sibuk akhir-akhir ini.

Ita juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih pada yang mempercayai bakat yang ada dalam diri ini. Sekiranya ada kekurangan dan kelemahan ita pohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Setiap kelemahan sudah pastinya dari kelemahan yang ada dalam diri ini.


Hari ni ita ceritakan sedikit tentang kek yang di tempah oleh rakan FB
Beliau tempah dah lama rasanya dalam bulan Ogos yang lalu. Deco pilihan adalah cerita animasi kesukaan anak nya Little Einstein.

Kek ni 2 tier cake. Kek atas yang berwarna biru adalah rainbow cake yang di lapisi cream cheese frosting. Kek di bahagian bawah pula adalah Red Velvet cake juga di lapisi cream cheese frosting.
Kek ni full fondant dan dekorasinya adalah figurine kerektor animasi Little Einstein yang ita buat dari Gumpaste.

Kek atas bersaiz 5 inc dan kek bawah bersaiz 9 inc besar. Deco kek adalah atas permintaan tuan empunya, cuma ita ada ubah beberapa warna dan kedudukan figurine supaya tidak lah sebijik kek asal.


Ramai juga yang bertanya berapa lama ita peruntukkan masa untuk menyiapkan sebiji kek. 
Sebenarnya ia banyak bergantung pada dekorasinya. Kalau deco yang simple cepatlah ita siapkan, tapi kalau yang agak rumit dan banyak figurine macam ni, mau satu hari suntuk juga ita nak menyiapkan.

Biasanya ita akan siapkan kek satu hari awal. Contoh bila customer nak kek esok petang, hari ni ita dah mula siapkan kek. Ita akan lapisi kek dengan krim dan lempa kek terlebih dahulu. Kek ita akan pastikan semalaman dalam peti ais untuk menstabilkannya. Esok, pag-pagi lagi ita dah mulakan proses mendeco, melapis dengan fondant, menghias dan menyusun atur dekorasi pada kek.


Untuk figurine, ita buat agak awal 2 atau 3 hari sebelum ita mula menyediakan kek. Selain untuk memastikan figurin ita stabil ianya juga akan memudahkan dan mempercepatkan lagi proses ita menyiapkan dekorasi pada kek ita nanti.

Untuk membuat figurine, ita ambil masa yang agak lama juga. 1 hingga 2 jam proses ita nak siapkan, tapi semuanya bergantung juga pada figurine tu.. kalau yang mudah cepatlah ita siapkan.. tapi kalau yang agak rumit berjam-jam juga nak siapkan. 

Sebab tu kalau yang tanya kenapa kek yang ada figurine mahal, kerana masa dan seni itu cukup mahal harganya.. Anda bukan membeli kek sebenarnya tetapi anda membeli masa dan bakat mereka yang sudi untuk menyempurnakan permintaan anda. 




7 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

kalau diikutkan masa & bakat yang digunakan pengkarya kek tidak terbayar oleh pelanggan.. kan, Kak Ita...

Ita Rossi said...

That is right! Customer bukan sekadar membeli kek tapi menbeli masa, bakat dan skil mereka sebenarnya.

Wani Sukarno said...

salam kak ita .. emm sibuk kak ita ya sejak akhir2 ni..alhamdulillah banyak reeki datang .. semoga dipermudahkan segalanya

Anonymous said...

semoga terus sukses, kak ita!

Anonymous said...

semoga terus sukses, kak ita!

Gee® said...

Tahniah Ita akan terbit buku resipi lagi...

Unknown said...

SbenarNya nk sgt merasa kek air tangan akak..nk tempah awaL bbulan2 xthu bila pegi jb.dah smpai sane akak plak tmpahan dah penuh..huhu agaknya bila akak nk dtg ipoh,trus bwk sbji kek trus.sy cnform beli..

Post Top Ad

test