Mee Hailam - masam manis f

Breaking

Dec 14, 2013

Mee Hailam




Ramai yang mengeluh dan bersungut sekarang. Harga barang semakin melambung-lambung tingginya. Dulu kalau pergi pasar bawa RM 50, macam -macam boleh beli. Tapi sekarang baru capai ayam seekor dah tinggal baki duit syiling di tangan.

Mahalnya... la haii..
Bertambah-tambah mahal bila tiba musim tengkujuh. Sayur mahal, ikan mahal, ayam dan daging pun mahal jugak.. aduyaiii..
Teringat masa ita kecil-kecil dulu, kalau di kampung kami tak pernah beli ayam. Nak makan ayam kenalah tangkap ayam di reban. Kalau ayam dah terlepas pagi hari, alamat kenalah kejar sekampung..


Sayur pun tak payah beli, bila musim tengkujuh macam ni, mak selalu masak sayur kampung aje.. pucuk ubi masak lemak, pucuk kayu manis, turi, pucuk betik, pucuk paku, semuanya enak aje bila tiba musim tengkujuh. Yang paling sedap ubi rebus di cicah dengan sambal tumis.. kenyang sampai ke malam..

Mak selalu pesan, biar bebudi pada tanah.. bila susah-susah.. dapat juga buat alas perut anak-anak. Bila tinggal di bandar.. manalah tanah yang dapat nak bercucuk tanam. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di rumah pangsa. Manalah boleh bela ayam di rumah pangsa.. ya tak?


Bila ita kenang-kenang, macam manalah nasib mereka yang berpendapatan rendah. Anak pula bederet nak minta sesuap nasi. Gaji tak nak-naik.. tapi harga barang semua naik.. Belum lagi di tambah naiknya bekalan elektrik, air, harga minyak, gula.. ni tambang pengangkutan awam pun akan naik juga.. macam manalah nak hidup kalau macm ni..

Hujung tahun dah nak siapkan kelengkapan sekolah anak-anak pula, dengan yuran dan buku-buku latihan yang pasti turut naik juga harganya. Bagi yang naik bas sekolah.. dah kena bersedia dengan tambang baru.. kalau anak sorang.. masih lagi boleh bertahan.. kalau dah berderet.. sabar ajelah.. jawabnya..

Sekarang ni kita perlu berjimat, jangan banyak sangat melakukan pembaziran. Lebih-lebih lagi bila harga barangan yang semakin meningkat.
Dulu, mak ita selalu bercerita tentang kesusahan yang dilalui ketika perang Jepun. Nak dapatkan secupak beras pun susah. Sebab tu mak suka bercucuk tanam, pantang ada tanah sejengkal.. ada sahaja yang mak nak tanam. Kadang tak ada tanah mak tanam dalam tin biskut. Tanam cili padi, lada merah, kacang panjang, kacang bendi.. kata mak kalau sesak-sesak.. boleh juga buat lauk.


Mak juga selalu ajar ita cara nak jahit dan tampal baju yang koyak. Mak kata sayang baju tu.. masih elok dan boleh di pakai.. Kami adik beradik berkongsi baju, dari kakak sulung turun ke adik-adik. Baju sekolah jarang beli. Biasa pakai yang kakak punya. Cuma, ita ni payah sikit kerana masa kecil ita ni agak montel, jadi baju kakak biasanya ita memang tak muat. Bila mak belikan ita baju, pasti ada yang cemburu.. katanya mak sayang ita lebih.. sebenarnya bukan macam tu.. sebab ita memang tak muat baju akak. Kadang nak jaga hati kakak, walapun sempit dan sendat ita pakai lah jugak.. supaya tak ada yang bersungut. Ita tak sampai hati lihat mak teruk-teruk berkerja buat kuih untuk belikan kami baju baru.


Anak-anak zaman sekarang agak sukar nak faham kesusahan ibu bapa. Kadang-kala kita sebagai ibu bapa juga tidak mahu tunjukkan kesusahan pada anak-anak. Takut emosi mereka terganggu. Masa ita kecik-kecik dulu, mak dan bapa ita selalu ingatkan anak-anak supaya sedar akan kekurangan hidup. Kita tak boleh bandingkan diri dan kehidupan kita dengan orang lain yang hidupnya mewah. Bapa ita kata kalau nak senang tak ada jalan pintas, kita kena berusahasa dan kena rajin. Yang pipih tak akan datang melayang dan yang bulat tak akan datang bergolek. Kerana itu bapa ita tak pernah duduk diam, sentiasa bekerja siang dan malam.. bertambah-tambah lagi keluarga kami yang ramai..


MEE HAILAM

1 kg mee kuning atau mee tiau
1/2 kg daging ayam di potong kecil
1/2 kg daging lembu batang pinang di potong kecil
10 ekor udang
 
Bahan kisar
4 ulas bawang putih 
8 ulas bawang merah
15 tangkai cili kering ~ dipotong kecil dan rendam 
1 inc belacan
1 inc halia
 
Bahan Sos
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
1 sudu tepung jagung di bancuh dengan setengah cawan air
1 kiub ayam atau kiub daging
garam dan gula secukup rasa
 
Sayur
1 ikat sawi hijau
1 potong kobis
1/2 batang lobak merah
1 bungkus ‘baby corn’
2 tangkai daun sup dan daun bawang
2 biji limau nipis
2 biji tomato ~ belah 4

Jika guna daging batang pinang tak payah rebus. Tapi kalau daging lain rebus dahulu hingga empuk
Kisar semua bahan kisar hingga halus. 
Pijarkan minyak dalam kuali dan tumis hingga harum
Kemudian masukkan daging dan ayam.
Masak hingga daging dan ayam empuk.
Tambahkan air jika kuahnya kering.
Masukkan , kiub ayam atau daging, sos tiram, kicap manis dan kicap masin.
Masukkan tomato buah yang di belah 4 
Perasakan garam dan gulanya
Kemudian masukkan sayur-sayur yang keras dahulu seperti, karot dan putik jagung
Biar kuah merenih.
Jika suka kuah pekat bolehlah masukkan bancuhan tepung jagung.

 
Biasa ita akan masak kuah ni lebih.
Mee Hailam enak di makan panas-panas
Bila nak makan
Ambil pan kecil, masukkan kuah yang kita dah masak tadi sedikit untuk hidangan berapa orang nak makan
Panaskan
Masukkan mee kuning atau mee tiau, ikut kesukaan
Kermudian masukkan sayur-sayuran yang lembut, macam sawi, kubis daun sup dan daun bawang.
Jika sukakan telur, boleh pecahkan sebiji telur kemudian tutup pan tadi hingga telur setengah matang.
Boleh lah di hidangkan bersama cili jeruk, limau nipis dan taburan bawang goreng
ini untuk di makan dalam jumlah yang ramai.
Kalau nak masak sikit untuk sorang atau 2 orang makan, kecilkan jumlah bahan dan boleh di masak terus.


7 comments:

Mrs.Leela said...

hi Kak Ita...kita dah try buat...daging diganti dengan ayam..sangat sedap...thanks for sharing

Regards,
Leela

fazianbatrisyia said...

sedapnya...lapar terus pepagi ni. Iyelah kak ita...anak2 x faham kita ni mak paknya nak berjimat tp mereka asyik tekan kita nak tu nak ni...dapat pencil box yg sama mahal dgn adiknya cuma patern lain pon nangis...anak...anak...patutnya xdpt baru nangis..ini dapat pon menangis...cam maknye yg nak nangis

me said...

Salam kenal kak Ita, saye ni salah satu peminat blog kak Ita Masam manis ni. elok bace tulisan kak ita kali ni, cerite tentang masa kecik dulu, berlinang air mate bacenye. saye pun rasekan jua mase cam tuh, hidup jaman kecil dulu yang susah, nak makan enak pun payah. nak makan ayam kite kena pelihare ayam dulu, apebile dah besar sikit baru boleh potong. berbulan nunggukannye. sayur2 kampung pun jauh lebih nikmat kak ita dan itu dah sulit jumpe dipasar2 sekarang ni. Di kampong halaman saya, Pontianak nak jumpe kan sayur kampung tuh harus berpesan dulu dgn penjual, barulah besoknya boleh dibawakan pucuk pakis (paku), pucuk kacang,pucuk labu atau kangkung malu. entah di tempat kak ita kenal tak kangkung malu (putri malu). paling enak masak santan dengan ubi kayu.

Sekali lagi, saya senang sekali baca blog kak ita ni, elok juga mau cube resep2nya kak ita yang tampak lezat ni. Smga tetap bise silaturahim ye kak Ita :)

Unknown said...

cantik mee hailam 2..msti sedap..

tasty krafty said...

good sharing.. tq for the story.

www.facebook.com/tastykrafty

joijoi80 said...

yela kak ita.. saya pun dah alami.. masa kecil2 dulu tau mcm mana kesusahan hidup.. dulu abg belikan magic color luna yg masatu rasanya plg mahal pun saya bising... yg murahpun ada ckp kat abg.. untungna saya time tu ada kakak2 dan abg yg dah bekerja.. zaman kakak ngan abg mmg susah.. nak gi sekolah jual telur ayam pun jadi buat tambang bas sekolah..

ni zaman anak saya.. tak reti nak menjaga barang2 langsung.. tak sampai seminggu .. pensil warna tinggal berapa btg ajer ..bila kita tegurdan nasihat dan cerita kesusahan kita yg lampau ..mcm masuk telinga kanan keluar telinga kiri..

dan pandai pula menjawab 'itu zman dulu

Unknown said...

saya dah cuba. sangat sedap kak ita. dan senang pula tu. terima kasih kerana kak ita sudi kongsikan resepi ni :)

Post Top Ad

test