Puding Kasih Bertaut Hantaran - masam manis f

Breaking

Dec 6, 2013

Puding Kasih Bertaut Hantaran



Puding kasih bertaut untuk hantaran.
Puding yang cukup popular di kalangan bloger masakan satu masa dahulu. Puding ni pada ita dari segi rasa biasa sahaja. Cuma menariknya tentang kejadiannya. Tautan kasih antara kuntuman-kuntuman bunga mekar seakan mengambarkan bertautnya kasih antara merpati dua sejoli.
Oleh itu puding ini cukup popular untuk di jadikan hantaran tak kiralah untuk majlis perkhawinan, pertunangan waima majlis merisik sekalipun.


Ramai yang bertanya bagaimana nak mengelakkan puding dari basah dan berair. Al maklumlah kadang kala puding ni akan di bawa jauh.
Di sini ita kongsikan sedikit tips untuk mengelakkan puding daripada basah.
Lebihkan sukatan agar-agar supaya puding keras sedikit. Sukatan gula juga di kurangkan supaya puding tidak terlalu manis. Jika manis ia akan berair atau pun basah.

Kebiasannya jika untuk hantaran ita tak menggunakan santan sebagaimana resepi asal. Ita akan gantikan santan dengan susu cair. Ini adalah untuk mengelakkan puding dari cepat basi atau masam.

Berikut adalah resepi puding kasih bertaut hantaran yang telah ita olah


PUDING KASIH BERTAUT HANTARAN

Bahan-bahan A

5 gm agar-agar putih
300 ml air
200 ml susu cair
1/2 cawan gula
1 biji telur
2 sudu kecil sirap Rose
Sedikit esen vanilla
pewarna kesukaan

Cara Bahan A
Masukkan serbuk agar-agar, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
Pecahkan telur ke dalam susu cair dan kocak sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi
Masukkan sedikit esen vanilla
Kacau sebati dan masak hingga mendidih
Setelah mendidih, tutup api.
Bahagi larutan agar-agar kepada 2 bahagian
Letakkan pewarna
Tuang ke dalam bekas acuan bunga kecil yang berlainan.

Bahan-bahan B
10 gm agar-agar serbuk putih
800 ml air
1/2 cawan gula ~ kurangkan sedikit
Esen vanilla

Cara Bahan B
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga gula melarut dan agar-agar mencair
Tutup api dan tapis

Cara Menyediakan Puding
Basahkan loyang bentuk hati dengan air
Tuangkan sedikit larutan agar-agar B ~ sedikit sahaja
Susun bunga agar-agar bunga dan daun dalam loyang
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi  agar-agar bunga dan daun tadi.
Biarkan keras dan boleh disejukkan di dalam peti ais.






10 comments:

Fyy Iman said...

cantiknya hantaran puan ni..nk buat jg tp acuan xda la..hihi

Unknown said...

Assalamualaikum kak.ita...suka tgk blog kak.ita cntik2..dah byk sy cuba resepi kek yg kak ita beri...alhamdulillah...







Gee® said...

Sangat cantik dan terima kasih tips nya...

adda syuhada said...

wah cantiknya puding...

Unknown said...

as salam...kak ita....tersangat cantik puding hantaran ni....kagum sgt.

Zalina Hassan Zamri said...

cara cikna supaya puding xberair guna gula batu. jemput join GA hadiah dr vietnam http://miszalina.blogspot.com/2013/12/sweet-sour-of-lfe-giveaway.html

Amy said...

Sy mohon share.
Tq: -)

tasty krafty said...

Allahuakbar.. So nice..=)
Kena berlatih untuk hasilkan mcm ni juga..

www.facebook.com/TastyKrafty
Tastykrafty.blogspot.com

Unknown said...

Assalam k.ita nk tanya cmana nk dapatkan tekstur buttercream yg xcair n cantik terletak cm bunga ros kat atas 2?nk tau kuatiti bahan yg perlu ada..cntk sgt3,dah lama teringin nk buat tapi xmenjadi

aLoY said...

Assalam kak ita. mcm mana nk elakkan puding bergerak dari papan kek. aritu sy buat di bergerak

Post Top Ad

test