Kek Keris Pusaka - masam manis f

Breaking

Jan 7, 2014

Kek Keris Pusaka

Tak habis lagi cerita ita tentang keris hihi
Tahu tak anak-anak apa itu keris?
Mungkin anak-anak zaman sekarang dah kurang melihat keris atau kadang-kadang sahaja melihat keris. Itupun jika ayah dan ibu membawa melawat ke Muzium baru lah terpandang keris kebesaran yang di abadikan di sana.


Menurut pencarian ita di wikipedia,
Keris ialah sejenis senjata pendek Austronesia yang digunakan sejak melebihi 600 tahun dahulu. Senjata ini memang unik di dunia Melayu dan boleh didapati di kawasan berpenduduk Melayu seperti Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand Selatan, Filipina Selatan (Mindanao) dan Brunei.

Nama yang digunakan untuk keris berbeza mengikut daerah misalnya sundang di Mindanao, kedutan di Bali dan kareh di Sumatera. Perkataan keris dikatakan berasal dari bahasa Jawa Kuno iaitu malang kerik yang bermaksud bercekak pinggang. Ini merujuk kepada figura orang bercekak pinggang pada hulu keris pada peringkat awal penciptaannya.


Keris digunakan untuk mempertahankan diri (misalnya sewaktu bersilat) dan sebagai alat kebesaran diraja. Senjata ini juga merupakan lambang kedaulatan orang Melayu. Keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah, seorang pahlawan Melayu yang terkenal.

Keris berasal dari kerajaan Srivijaya  Kepulauan Jawa dan gambaran keris terdapat di Candi Borobudur. Keris purba telah digunakan antara abad ke-9 dan abad ke-14. Senjata ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu mata, hulu dan sarung. Keris sering dikaitkan dengan kuasa mistik oleh orang Melayu pada zaman dahulu. Antara lain, terdapat kepercayaan bahawa keris mempunyai semangatnya yang tersendiri.


Keris menurut amalan Melayu tradisional perlu dijaga dengan cara diperasapkan pada masa-masa tertentu, malam Jumaat misalnya. Ada juga amalan mengasamlimaukan keris sebagai cara untuk menjaga logam keris dan juga untuk menambah bisanya.

Apa pula maksud jika kita mimpi mendapat keris. tafsir mimpi berkaitan pakaian pula menyatakan maksud mimpi mendapat keris bermaksud seseorang akan bertemu jodoh. jangan percaya sangat, kerana mimpi hanyalah bunga-bunga tidur..


Semalam ita dah buat keris, tapi malangnya sarungnya pendeklah pulak.. huiii... bising pulak cik abang kita bila melihat sarung keris yang tak sama panjangnya.. pot.. pet.. pot.. pet.. dia berleter.. adoii.. payah jugak bila dapat pasangan yang cerewet ni kan..
haha.. tapi ada baiknya.. sekurangnya ia sentiasa mengigatkan ita supaya bila buat kerja biar teliti jangan nak cepat aje.. dan hasilnya tak sempurna dan menyakitkan mata memandang .
Akhirnya dengan bebekalkan semangat keris, ita buatlah semula sarung keris ni supaya sama panjangnya.. adoii..


Dan inilah hasilnya kek ita yang telah siap ita deco. Ok tak kawan-kawan..?


18 comments:

Unknown said...

alahai cantinye...rasanya nak buat gak dengan design kreatif mcm akak

Ita Rossi said...


Syabas! spechless...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

saya dah agak dahhhh.. mesti kak Ita buat semula sarung keris tu...

Kak Ita, tengok Russian Black & White nikan, sy dah terliur pulak.. so skrg nak cari bunga sambil cabut kelopak satu2 nak pilih yg mana satu, kak Ita rasa, yg mana lagi sedap??? Rainbow atau Russian Black & White nih??? Tulunnnn...

Unknown said...

cantek.... memula tengok terkejut camna bule sama panjang... dh baca baru tahu ... he he he

special said...

OK sgt2 kak ita.. love it! Congrats!

special said...

OK sgt2 kak ita! Love it! Congrats kak!

ain.ya.nun. said...

Jarang jumpa kek yang deco keris ni

Puan Eka said...

cantik kak ita. Memang bersnei sungguh kak ita ni hehehe

Puan Eka said...

*Berseni

Mas said...

cantikkk sangat ...
awesome...

Gee® said...

Canteeeekkkkkk sangat....!!!!

fazianbatrisyia said...

cantiknya....kalau Hang Jebat masih mesti dia pun setuju kata kek ni cantik sangat....ke dia kata itu kek dia...

Tilah Maricar said...

Masha Allah, cantik betul kek ni! I think this is the first in Malaysia if not the whole world! Awesome job Kak!

::NureeN:: said...

tabik spring arr kat akak...
mmg terpegun nureen tgk...
cantik sgt...
nureen minat gak baking2 tp ikut mood.. tu la..
skrg makin rajin bila anak dh besar, dia ikut jejak langkah nureen.. suka nolong :)

Unknown said...

ummmm dap nyee haha nak makan pun sayangg. nice one :D

Ummi said...

Masya Allah....terkedu, terkebil, terkejut...dan.bemacam2 terke..lg Ita... Tempahan dr istana ke ni Ita.. Kena bg Permaisuri Johor tgk dan rasa ni Ita... ;))

Unknown said...

Bestnye....

Mummy Chuckie said...

salam kak ita..nak tnye...kalo akak cetak tulisan and letak atas cream cheese...tulisan tu x cair ke? ke ade caranye? hehe..sebab saye buat aritu dlm mase 2 hari word tu cair...kalo akak boleh share sgt2 sye hargai.. :)

Post Top Ad

test