Akhirnya tahun 2013 meninggalkan kita juga..
Perginya yang tak akan kembali, bersama kenangan.. pahit, manis suka dan duka... hanya lipatan sejarah yang mungkin akan kita kenang selagi hayat dikandung badan.
2013, tahun yang paling mencabar bagi ita. Tahun ujian dan dugaan daripada Allah SWT, " ujian dan perancangan Allah SWT, tidak siapa yang tahu.. " mungkin ada rahmat yang menanti.. terima semua dengan sabar dan penuh rasa kesyukuran.." kata emak mengigatkan ita setiap kali ita lahirkan rasa kekecewaan dan kesedihan ita sepanjang tahun lalu..
Ya.. inilah ujian Allah untuk ita.. "Ya Allah aku terima segala ujian mu dengan sabar dan penuh keinsafan.. namun aku tak mampu menanggung segalanya.." hanya doa yang mampu ita panjatkan agar ita diberikan kekuatan,.. hidayah..dan petunjuk..
Kesedihan dan kekecewaan tidak akan mengubah perjalan hidup kita.. Hidup perlu diteruskan.. Ita hanya memohon padaNya agar tahun yang mendatang .. adalah lebih baik dari sebelumnya.. semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan ita dan keluarga..
2014 menanti dengan penuh tanda tanya..
Untung tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak
Rasa cabarannya lebih hebat lagi.. bukan sahaja pada ita dan keluarga.. mungkin pada masyarakat diluar sana juga.
Kenaikan harga barangan dan taraf kehidupan adalah antara cabaran yang paling hebat yang perlu ditempuhi dengan sabar. Nak tak nak kita kena tempuhi juga.. siapalah kita yang ingin lantang bersuara.. Ibarat wau melawan angin..
Kata orang buat baik salah.. tak buat baik pun salah.. Perumpamaan pula menyebut "buat baik berpada-pada"
Sifat manusia yang sukar kita fahami.. Yang pekak pelepas bedil, yang buta pengembus lesung, yang bisu penggera ayam, yang lumpuh penghuni rumah
Banyak udang banyak garam.. banyak orang banyak ragam..
Ita harap dalam tahun ke 4 ita melayari dunia blogging ini.. ita semakin matang.. dalam setiap apa tindakan yang ita lakukan. Ibarat berjalan selangkah menghadap surut, berkata sepatah difikirkan. Semoga ita diberikan kesabaran yang tinggi dalam berhadapan dengan kerenah dan asam garam dunia maya.
Ku relakan kau pergi membawa semua kenangan lalu, yang banyak memberikan ku pengajaran.. Kunantikan kedatangan mu dengan harapan dan nur..
Mudah-mudahan Allah SWT menjadikan perkongsian ini bermanfaat dan menjadikan amal ini ikhlas kerana Allah dan menjadi timbangan amal kebaikkan pada hari Kiamat
Selamat tahun baru kepada semua pembaca budiman..
11 comments:
have a nice year ahead :)
Happy new year kak ita, semoga idea kak ita akan semakin bernas untuk dikongsi dengan kami semua disini..
http://www.wadahberbicara.my/2014/01/hello-2014_1.html
selamat tahun baru, Kak Ita.. bunyinya seperti terlalu kecewa.. banyak kata bidalan yang hanya bijak pandai sahja tahu mentafsirnya..
Selamat tahun baru k.ita ;)
Salam...Selamat Tahun Baru 2014 buat Kak Ita sekeluarga..Semoga bertambah ceria dan dilimpahi rahmat olehNya...
Salam. Akak ada resipi coronet tak? Terliur tengok resipi cream puff & eclair akak. Kalau ada please share ♥ Mudah & simple. Saya suka. Ni tak sabar nak buat! Selamat Tahun Baru :-)
assalamuualaikum wwb...
di indonesia pun harga barang berlomba2 naik kak..
apapun kak ita ttp ada di hati kami.
abaikan saja yg tak suka tu kak.
hasbunallah wanikmal wakil.
Selamat tahun baru 2014 Ita.
Selamat tahun baru Kak Ita.Semoga Kak Ita sekeluarga dimurahkan rezeki,sihat tubuh bdn & happy selalu :)
Assalamualaikum....
Selamat Tahun Baru 2014 buat insan yang ku kenali di alam maya. Semoga dikau berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Semoga tahun baru ini memberi sinar kehidupan yang lebih cemerlang buat kamu. Insya Allah...Mohon maaf jika ada terkasar bahasa sepanjang persahabatan kita. Sudilah kiranya dikau mengunjungi coretan saya sempena tahun yang paling mencabar ini.
Selamat Tahun Baru 2014
Selamat tahun baru kak Ita. Semoga Allah memberi petunjuk jalan kebenaran, rahmat dan keberkatan sepanjang tahun 2014 ini kepada kak Ita sekeluarga. :)
Post a Comment