pang..pang kopang.. kopang...
gebung.. gebung.. gebung.. gebung..
pang..pang kopang.. kopang..
gebung... gebung.. gebung.. gebung...
Selamat pengantin baru...
selamat berbahagia...
selamat ke anak cucu..
selamat sejahtera...
Situasi ini seringkali kita temui setiap kali kita mengunjungi majlis perkhawinan , terutamanya di selatan tanahair.
Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Bak kata perpatah, biar mati anak jangan mati adat.. Sebagaimana kaum lain di Malaysia, majlis perkhawinan memerlukan perbelanjaan yang agak besar, dan terdapat segolongan yang berbelanja melebihi pendapatan dan terpaksa menjual harta atau meminjam wang, untuk tujuan ini. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Adat perkahwinan Melayu merupakan adat resam yang paling disayangi dan yang paling dipegang teguh oleh kebanyakan orang Melayu. Namun pada zaman sekarang, tidak semua orang mengetahui apakah adat perkahwinan Melayu yang sebenar.
Ini adalah sepasang kek untuk hantaran pernikahan yang di tempah oleh pasangan pengantin kita pada awal tahun yang lalu. Lewat sikit ita nak masukkan sebab banyak lagi n3 yang dah tertunggak beratur tunggu giliran hihi..
Kadang-kadang bila dah lama ita hampir terlupa. Ada juga tempahan yang ita tak sempat rakamkan gambar bila ita siapkan dah lewat petang dan kek di ambil pada malam harinya pula.
Pada mereka-mereka yang biasa ambil tempahan pastinya tahu akan kesibukan dan betapa penatnya nak menyiapkan sebiji kek. Yang paling mencabar adalah kita mengejar masa, mencari bahan yang sesuai untuk dekorasi kek yang customer inginkan. Kalau kat JB ni memang agak payah nak cari bahan untuk hiasan kek yang cantik-cantik. Sebab tu bila ita ke Kuala Lumpur ita tak akan lepaskan peluang untuk mengunjungi kedai menjual bahan kek untuk melihat koleksi dekorasi terbaru.
Kek ni adalah untuk pasangan mempelai Nadiah dan Shamil. Tema kek ferari merah ni sebenarnya ita pernah buat sebelum ini. Mereka berdua berkenan dengan deko tempahan kek ita sebelum ni, lansung membuat keputusan untuk memilihnya sebagai pelengkap set hantaran mereka pada hari bersejarah itu.
Kek bunga pink ini pula adalah dekorasi pilihan Nadiah, sweet sangat warnanya.. selembut tuan yang empunya diri.
Terima kasih daripada akak untuk kalian berdua dan sekalung tahniah! semoga berbahagia melalui farsa baru dalam kehidupan. Semoga mahligai yang di bina berkekalan hingga ke hujung nyawa..
10 comments:
tahniah pada pengantin....
suka kek ferrari tu...
Jelitanya kek...
kak ita.. haritu kte ada email tanya pasal wedding cake tp belom dapat reply :)
halusnya hasil kerja akak... suka tengok..mcm tengok lukisan..
camne la akak buat kuda ferrari tu...kemas dan menjadi je...tahniah kak Ita!
sweet sgt kek bunga tu... kek ferrari terserlah kemachoan pengantin lelaki... hihii
kek ferrari tu cantik sangat kak
Subhanallah..cantiknya kek...halus berseni kerjatangan kak Azlita..
~jemput semua rakan-rakan berkunjung ke blog saya untuk tip sihat dan cantek, terima kasih~
kak ita, lau kt putrajaya blh tak cod
so sweet...
Post a Comment