Semalam ita dah keletihan.. tak sempat nak kongsikan kek yang telah ita siapkan.
Kerja membuat kek bagi sesetengah orang cukup mudah.. tapi hakikatnya adalah cukup payah bila kita diberikan kepercayaan sepenuhnya untuk mendekorasi kek bersesuaian dengan hajat dan impian.
Ada masa kita bersengkang mata sehari suntuk untuk menyiapkan kek yang dipesan. Kerja yang perlukan seribu satu tumpuan dan perhatian, supaya hasilnya menyenangkan hati penerimanya.
Minggu ni adalah minggu yang cukup meletihkan. Alhamdulillah tempahan yang tidak putus-putus ita terima sejak kebelakangan ini.. Sebenarnya ianya juga satu latihan untuk ita memperbaiki skil ita dalam penyediaan kek. Oleh kerana ita tidak mempunyai asas lansung dalam skil mendekorasi kek.. latihan yang berterusan pada ita adalah praktikal yang terbaik untuk ita mengasah lagi bakat anugerah yang Allah kurniakan.
Ita seronok berada di dalam dunia ita sekarang, bermain dengan tepung, fondant dan gumpaste.. memang mengujakan.. walaupun kadang kala ita cukup letih bila seharian memerah otak untuk mendapatkan hasil kerja yang dapat memuaskan hati ita.
Minggu ini ita diberi kepercayaan sepenuhnya oleh seorang isteri, untuk merialisasikan impian dan hajat sang suami tercinta.
Suami yang berimpian untuk menunaikan umrah dari bumi sakura apabila beliau berhijrah ke sana kelak.
Sejak menerima amanah tersebut.. fikiran dan tumpuan ita sentiasa terarah kepadanya.. apakah dekorasi yang sesuai untuk ita cantingkan di atas kek itu nanti..
Terbayang bunga sakura yang berguguran di bumi matahari terbit itu seakan melayang memori indah yang tak dapat ita lupakan sewaktu ita menunaikan umrah beberapa tahun yang lalu.. Kenangan di Baitullah dan di Madinah dengan semerbak harum kasturi sesekali di bawa sang angin.. cuba ita ilhamkan di dalam koleksi kek ita nanti..
dan inilah hasilnya yang termampu ita laksanakan..
Besar harapan ita agar hasilnya memenuhi impian dan hajat mereka..
Kek Rusian Black and White
Saiz cake 9 inc bulat
Tema menunaikan Umrah dari bumi Sakura
Deco hiasan dari fondant dan gunpaste
Untuk sebarang pertanyaan dan tenpahan 017 7279179
5 comments:
Assalamualaikum kak, cantiknya! tercapai hasrat pelanggan. nak sangat rasa kek buatan akak (",)
NiCe kak.. nampak jalan penceritaannya :)
NiCe kak.. nampak jalan penceritaannya :)
cantiknyaaaaaaaaaaaa
assalammualaikum kak ita :)
fida nak minta pendapat kak ita untuk beli mesin yg kite boleh gunakan untuk buat smoothie ~
ade ape2 kriteria yg perlu ke sye ambil tahu dlm memilih jenis mesin utk buat smoothie ni?
mesin ni ade banyak jenis ke or multipurpose? sye tak de idea nak search..kalau nk minta kak ita bgi suggestion dlm membuat pilihan, if ade kedai2 yg kak ita boleh promote ke/ hehe..sejak akhir-akhir ni fida sgt suke nk try buat smoothie ni.. :)
tq kak ita!
Post a Comment