Bubur Nasi Aneka Lauk - masam manis f

Breaking

Feb 20, 2014

Bubur Nasi Aneka Lauk




Assalamualaikum dan selamat pagi semua...
Sekejap aje dah nak sampai ke hujung minggu.. sungguh pantas masa berlalu , kejam celik-kejam celik dah bertambah lagi usia setahun.

Sekarang ini ita rasa cukup sibuk, tak punya banyak masa untuk bersengang-sengang depan komputer. Ada kala ita terlalu rindu dengan kehidupan lama yang cukup santai. Ita dapat lakukan hobi yang biasa ita lakukan dan punya masa untuk keluarga dan anak-anak.

Kini semuanya terkejar-kejar.. kadang kala terasa macam lipas kudung bila buat kerja. Semua kena cepat dan pantas.


Makan pun kala sempat.. kadang -kadang tak teringat nak makan.. Itulah penangan bila kita dah mula buat tempahan. Dulu ita selalu lihat kawan-kawan yang sibuknya lah sampai tak ada masa.. Tapi kini ita dah rasa.. memang cukup memenatkan.

Sebenarnya ita cukup rindu nak menulis dalam blog semula. Nak merakamkan gambar masakan yang ita masak dan merakamkan aktiviti yang ita lakukan. Kini semuanya memang tak dapat ita laksanakan kerana faktor mengejar masa.

Nak singgah di blog kawan-kawan pun dah tak sempat apalagi nak mencuba menu baru. Banyak yang hantar email bertanya kan tentang resepi, cara dan kaedah memasak. Maaf ya kalau ita tak sempat nak balas email atau mesage anda.. ita memang tak sempat, bertambah sibuk bila hampir hujung minggu.

ok lah hari ini ada beberapa info yang ita ingin kongsikan. Ingat lagi pasal sayur kangkung. Isu yang menjadi perbualan hangat tak kira lah di media sosial atau di media arus perdana. Sebenarnya rata-rata antara kita tidak ramai yang tahu akan kebaikan dan hasiat sayur kangkung. Jom kita lihat apakah sayur yang di anggap terlalu murah ni tidak lansung berguna untuk kita atau sebaliknya.


Kangkung merupakan sayuran yang cukup popular di Malaysia. Tak kiralah samaada di masak di rumah oleh suri rumahtangga, dijual di warung kaki lima maupun di hotel bertaraf bintang lima. 
Terdapat pelbagai menu menarik yang boleh di oleh daripada sayur ini, antaranya yang cukup popular dan di sukai ramai ialah kangkung goreng belacan atau kangkung ikan masin.

Kangkung tidak hanya enak untuk di jadikan sayur sebagai teman makan sahaja, tapi ternyata sayur menjalar di air atau menyubur di batas ini memiliki kandungan yang baik untuk tubuh seperti bahan miniralnya dan gizinya yang cukup tinggi. Kangkung juga kaya serat dan sangat baik untuk proses pencernaan
 
Sayur kangkung tidak boleh di masak terlalu lama kerana daunnya akan berubah ke warna lebam dan lansung memusnahkan vitamin utamanya. Kangkung juga dikatakan sebagai ubat penenamg, pendarahan dan insomnia. 
Jom kita intai-intai lagi hasiat dan petuanya...

Hidung berdarah
Ambil seikat daun kangkung, cuci kemudian di tumbuk sampai halus. Tambahkan sedikit gula dan air panas kacau rata. Kemudian di tapis, biarkan suam. Minium ramuan ini 2 kali sehari. Insyaallah masalah hidung berdarah akan berkurangan.
 
Sakit Kepala
Satu ikat daun kangkung di rebus dengan 2 gelas air. Rebus sehingga airnya menjadi 1 gelas. Kemudian minum air rebusan tersebut.
 
Masalah haid tidak menentu
1 kg kangkung di tumbuk atau di kisar halus. Tambahkan 1/2 gelas air. Kemudian di tapis. Tambahkan 1 sudu madu minum 1 kali sehari. 
 
Masalah susah tidur malam
Masak apa-apa sahaja menu masakn kangkung. Pastikan hanya bahagian daun sahaja di gunakan tanpa batangnya. Ianya sangat mujarab. Sayur kangkung di katakan dapat mengendurkan saraf. Jika saraf kita kendur maka mudahlah kita terlena
 
Sakit gigi
Ambil segengam akar kangkung. Cuci bersih. Rebus bersama 1 gelas air dan 1 sudu teh cuka masakan. Minum air rebusan tersebut 1 kali sehari.

Melancarkan buang air kecil
Ambil 1 gengam akar kangkung lalu di rebus dengan 2 gelas air hingga menjadi 1 gelas. Minum air rebusan tersebut setiap hari
 
Menghilangkan kelimumur
Ambil seikat daun kangkung, lalu rendam dengan air secukupnya. Biarkan semalaman. Ramas-ramaskan. Gunakan air rendaman tersebut untuk mencuci rambut dan kepala yang berkelimumur.

Masalah sembelit bagi ibu yang hamil
Ibu yang hamil di galakkan untuk sering makan kangkung untuk mengelakkan masalah sembelit.

Masalah kegatalan kulit
Ambil daun kangkung yang segar, lalu di rebus dengan air secukupnya selama 5 minit. Setelah air agak suam-suam gunalah air tersebut untuk mencuci bahagian kulit yang mengalami kegatalan.
 
Gusi bengkak
Ambil 200 gm akar kangkung dan cuci bersih. Tambahkan 200 ml cuka makan dan 200 ml air. Rebus ramuan tersebut. Air rebusan itu gunakan untuk berkumur setiap hari, hingga sembuh


Kangkung Goreng Belacan


2 ikat kangkung
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc  belacan
10 biji cili padi merah atau hijau
Garam dan sedikit gula
1 kiub ikan bilis
1/2 cwn air
minyak utk menumis

Potong sayur kangkung dan cuci bersih
Tumbuk atau kisar bawang merah, bawang putih, belacan, dan 8 tangkai cili padi
2 batang cili lagi di ketuk
Tumiskan cili ketuk, bahan kisar dengan minyak yang telah di pijarkan hingga harum
Tambahkan air jika terlalu kering
Masukkan kiub ikan bilis, garam dan gula
Masukkan kangkung dan gaul rata
Biar kangkung sedikit laur dan segera tutup api.




Daging Goreng Bercili

1/2 kg daging di potong, cuci bersih, gaul garam dan kunyit, dan goreng sebentar. Boleh goreng dalam magik pan.
Angkat daging setelah sedikit garing dan potong dadu kecil. Ketepikan

5 ulas bawang merah ~ kisar
3 ulas bawang putih ~ kisar
1 batang serai di hiris atau kisar
1 batang serai di titik
1 inc halia ~ kisar
10 batang cili padi ~ jika suka pedas boleh lebihkan ~ dikisar
3 batang cili padi hiris nipis-nipis
Minyak untuk menumis
1 sudu besar kicap manis
garam dan gula secukup rasa
1 kiub daging
1 pokok daun ketumbar hiris halus

Panaskan minyak
Tumiskan bahan kisar, cili hiris dan serai yang di titik hingga naik bau
Tambahkan kicap manis, dan tumis lagi hingga garing.
Jika terlalu kering boleh tambahkan sedikit air
masukkan daging, kiub daging garam dan gula secukup rasa
Masak hingga kuah kering
tambahkan daun ketumbar dan gaul rata
Matikan api dan hidangkan



Resepi ni antara koleksi resepi dari ibu mertua yang paling ita suka dan yang pasti ita suka sangat meratah lauk ni kalau beliau masak. Sejak beliau mengajar ita cara memasaknya , ita kerap memasak untuk suami ita yang sukan resepi ibunya ini.

Tempe Tahu goreng cili 

4 keping tahu ~ potong dadu kecil dan goreng
4 keping tempe ~ potong dadu dan goreng
1 gengam ikan bilis ~ di goreng
1/2 cawan kacang tanah ~ di goreng

7 batang cili padi ~ di kisar
4 biji bawang merah ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
2 sudu besar kicap manis
garam dan gula secukup rasa

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar
Tambahkan kicap manis garam dan gula
Masukkan tahu, tempe dan kacang
Gaul hingga rata
Tutup api
Masukkan ikan bilis dan gaul rata
Sedia di hidangkan


Bubur Nasi

1 1/2 cawan beras cuci bersih
10 cawan air
Secubit garam

Tanak nasik seperti biasa hingga menjadi bubur putih

Makanlah bubur nasi ini bersama lauk pauk di atas. Jangan lupa tambahkan  jeruk asin, telur asin dan ikan kering. Pasti bertambah-tambah selera anda.


10 comments:

Gee® said...

semua best-best...

adda syuhada said...

dah lama tak makan bubur nasi....waaa teringinnya mak buyung...

wawa zulkefli said...

sedapnyeee nampak bubur tu. biasa nampak makan yang kosong je. hehheee tp utk org sakit la kalau kosong. nk try lah esok

Kniedaz said...

sedapnya kak...selalu wat bubur..lepas ni nak buat lauk daging tu pulak..nampak menyelerakan

fazianbatrisyia said...

yg ni mmg sedap ni...

Norma NML said...

Slm perkenalan..

Suka baca coz boleh refer byk resepi..thx for sharing..

If sudi jom la ke blog akak ;-)

http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

Nasa Mulia said...

Salam knal kak Ita, sedapnya makan bubur nasi...kenenkan dengan ikan bilis goreng ngan kicap dah cukup sedap bagi penggemarnya..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

betul Kak Ita.. bila kita dah trlibat dgn bidang bakeri ni, dah amek tempahan.. memang ya ampunnnn.. penatnya.. masa dgn keluarga dah tak ada.. kadang anak pun mcm terbiar, nasib baiklah dia tahu dah nak menguruskan diri. Bila dah selesai semua kerja, tengok2 ank dah tidur, rasa macam mnyesal.. tapi tak jugak serik.. esok kalu ada org nak tempah ambik lagi, huhuhu.

Anonymous said...

Bubur itu sungguh menyelera kan .

Niz said...

Hari ni mcm nak mkn bubur lah... hmm thks for the menu

Post Top Ad

test