Gunung Jerai mitos.. lagenda.. dan misteri.. - masam manis f

Breaking

Feb 4, 2014

Gunung Jerai mitos.. lagenda.. dan misteri..

Misteri kehilangan 18 pelajar pelajar dari Kolej Universiti Isaniah KUIN, Alor Star, di Puncak Gunung Jerai menjadi tanda tanya..
Kehilangan mereka membuatkan ita terpanggil untuk ke sana.. Wah! dah macam dektitif Konan pulak ita ni kan.. menyiasat dan cuba merungkai suatu misteri.. hihi




Gunung Jerai (juga dikenali sebagai Puncak Kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman, Malaysia, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya setinggi 2,107 meter.
Kedudukan gunung Jerai yang menganjur ke Tanjung Jaga di pinggir laut ini, menjadikannya sejak berabad sebagai panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri ini. Ada yang mengaitkan gunung Jerai ini dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung ini.


Dikatakan sebuah batu besar berbentuk sebuah kapal wujud di puncak gunung ini. Penduduk tempatan disitu mengelarnya "Batu Kapal". Menurut lagenda, kapal tersebut adalah kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai ketika Maharaja tersebut cuba melabuhkan kapalnya di Pulau Serai, nama asal bagi Gunung Jerai.

Pengalaman ita bermalam di atas Batu Kapal ini cukup mengujakan. Inilah pengalamn yang tidak dapat ita lupakan.. cukup menarik sekali. Tapi ita nasihatkan jika anda nak bermalam di atas Gunung Jerai ni, sebaiknya anda hadir bersama mereka yang telah mahir selok belok gunung ini. Al maklumlah tempat-tempat macam ni.. kita kena sentiasa menjaga adap sopan dan tutur bicara..




Inilah jalan atau trek yang akan kita lalui untuk ke Batu Kapal. Kalau jalan bersaing-saing tu boleh untuk 2 orang. Keadaannya yang sangat sunyi memang membimbangkan terutamanya jika jalan bersendirian..


Inilah tangga untuk naik ke atas Batu Kapal. Bentuk bongkah batu ini yang seakan bentuk hadapan kapal yang membuatkan ianya di namakan Batu Kapal. Tapi sebenarnya bila anda bermalam di atasnya barulah anda tahu kenapa ianya di namakan Batu Kapal..



Inilah bentuk permukaan batu, berpetak-petak. Bukan akar pokok tau! ita pun hairan bagaimana ianya boleh berbentuk petak-petak yang boleh di katakan setiap satu sama besarnya. Subahanallah.. inilah keajiban dan kuasa Allah yang menjadikan alam ini, begitu indah untuk di terokai.. Bongkah batu ini pula bila kita ketuk dengan kayu, ada kawasan yang kita boleh dengar bunyinya seakan rompong atau kosong dan ada yang bunyinya padat.




Sebenarnya di sini ada di sediakan wakaf untuk bersembahyang dan berteduh. Tapi masa ita datang wakaf ini dah ada penghuni, jadi kami terpaksa mendirikan khemah di atas Batu Kapal. Kat sini tak ada bekalan air, jadi agak sukar nak ambil air sembahyang. Kita kena angkut air dari jeram berdekatan, kalau jeram kering.. kena turun ke Telaga Tok Sheikh untuk dapatkan bekalan air. 
Di sini juga tidak di sediakan kemudahan tandas atau bilik air. Memang satu cabaran.. pulak asyik nak terkucil aje memandangkan suhu di atas gunung yang sangat sejuk.



Kami mendirikan khemah dan bermalam di atas Batu Kapal. Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Bila malam berlabuh, kami hanya di temani bunyi cengkerik dan sesekali angin bertiup. Suhu pada waktu itu antara 12C hingga 16C memang sangat sejuk hingga terasa ke dalam tulang sum-sum.. sejuk gilerrr.. terutamanya bila hampir subuh.. bertambah sejuk kerana keadaan persekitaran yang sunyi sepi..

Malam tu memang ita tak dapat melelapkan mata.. Lamanya nak tunggu fajar menyising.. Bila semakin malam angin semakin kuat berhembus.. Bunyi angin yang kuat,  pokok-pokok dan dedaun yang bergeser seakan ita berasa seolah ita berada di atas sebuah kapal yang sedang berlayar di lautan lepas..  di lambung ombak dan badai.. Subahanallah.. sungguh besar keagungan Mu..
Dalili dah lama terlena.. dibuai mimpi indah.. teruja sungguh anak dara ita ni.. tak takut lasung ita melihat riak diwajahnya..










Dari Batu Kapal kita boleh ke Gua Naga dan Kolam Bunian. Tapi kami dinasihatkan supaya tidak kesana kerana dikhuatiri berlaku sesuatu yang tidak dijangka.

Dalili sibuk bertanyakan macam mana rupa orang bunian.. teruja sungguh dia.. Ita dah tahu pasti dia dah bayangkan orang-orang kerdil atau cerita Smurf yang selalu di tonton di kaca TV. Semakin melonjak-lonjak dia nak kesana..


Inilah denai atau laluan untuk ke Kolam Bunian dan Gua Naga. Cukup ya Dalili sampai kat sini aje..


Tak dapat ke Gua Naga dapat bergambar dengan batu yang berbentuk kepala naga ni pun dah cukup mengembirakan hati anak dara ita ni..


Ini lah bentuk Gua Naga yang sempat ita rakamkan dari Batu Kapal. Ini bahagian atasnya, tak dapat nak tengok pintu masuk ke gua. Katanya di gua ni ada air terjun yang cantik!

Flora dan fauna di sini juga cantik dan mendamaikan. Seronok sekali dalili bila dapat lihat Lotong dan pokok periuk kera yang tumbuh meliar.







Bila bumi semakin terang semakin ramai yang datang.. Mereka datang dengan pelbagai tujuan masing - masing..



Dari batu Kapal ita bergerak turun ke Telaga Tok Sheikh. Pada mulanya ita nak ke Padang Tok Sheikh, tapi terpaksa batalkan hasrat kerana kereta tak boleh naik memandangkan jalannya yang terlalu sempit dan curam. Kenderan pula banyak keluar masuk, dan berselisih. Jalan yang sempit dan cerun yang curam,  membuatkan kami merasa tidak selamat untuk menaiki kenderaan kesana. Untuk berjalan kaki pula terasa amat jauh perjalanannya.. akhirnya kami terpaksa akur dan membatalkan hasrat kesana...

Kami turun ke Telaga Tok Sheikh


Selain Batu Kapal, terdapat banyak kesan sejarah di Gunung Jerai, antaranya Padang Tok Sheikh dan Telaga Tok Sheikh orang yang dikatakan bertanggung jawab mengislamkan Maharaja Debar Raja I yang kemudian bergelar Sultan Muzaffar Shah pada 1136.

Sultan Negeri Kedah yang pertama memeluk agama Islam ialah Sultan Muzaffar Shah kira-kira dalam tahun Masihi 1136 (531 Hijrah). Sultan Muzaffar Shah asalnya berketurunan Hindu jati yang menaiki takhta Kerajaan bagi menggantikan paduka ayahandanya Sri Paduka Maharaja Mahajiwa. Sri Paduka Sultan Muzaffar Shah ialah raja ke-sembilan Negeri Kedah pada zaman itu yang dikenali sebagai 'Kalaha' atau 'Kataha'. Sebelum baginda memeluk agama Islam, nama baginda ialah Maharaja Derbar Raja.

 
Orang yang berusaha mengislamkan baginda ialah seorang pendeta Arab bernama Sheikh Abdullah bin Sheikh Ahmad bin Sheikh Jaafar Kumiri daripada negeri Shahir, di bawah naungan pemerintah Yaman, Tanah Arab. Sheikh ini bersama dengan beberapa orang sahabatnya sampai ke Negeri Kedah kira-kira dalam tahun 1135M atau 1136M mengikut laluan laut dan berlabuh di Kuala Sungai Baboor (Kuala Sungai Merbok sekarang).


Beliau telah masuk menghadap Sri Paduka Baginda dan menzahirkan kepada baginda tentang kesempurnaan agama Islam serta memberi nasihat di atas jalan agama ini kepada baginda dan menteri-menterinya. Maka dikurniakan Allah SWT berimanlah Sri Paduka Baginda dengan segala menterinya dan baginda menukar namanya kepada Sultan Muzaffar Shah dan negeri kepada Kedah Darul Aman.


 
Sri Paduka Baginda sangat menyanjung tinggi Sheikh Abdullah kerana keikhlasan beliau terhadap baginda, kebijaksanaan dan kesopanannya. Baginda kemudiannya telah melantik Sheikh Abdullah sebagai penasihat peribadinya.

Pada suatu hari, Sri Paduka Baginda bertanya kepada Sheikh Abdullah apakah yang lebih mulia dalam Tanah Arab? Jawab Sheikh Abdullah, selain daripada masjid, benda yang paling mulia ialah menara, iaitu tempat untuk melaksanakan azan dan memuji nama Allah dan Rasul.


 
Maka, baginda pun bertitah agar dibina sebuah masjid dan menara di satu tempat yang tinggi dan berdekatan. Cadangan Sheikh Abdullah agar tapak menara itu dibina di kemuncak Gunung Jerai telah diperkenankan oleh baginda Sultan. Katanya, menara yang hendak dibina itu bukan sahaja untuk dijadikan tempat azan tetapi sebagai satu tempat bagi memperingati pertukaran nama baginda daripada Maharaja Derbar Raja kepada nama Islam baginda Sultan Muzaffar Shah serta nama negeri daripada 'Kalaha' atau 'Kataha' kepada negeri Kedah Darul Aman.



Di katakan juga sebelum  sempat pembinan masjid dan menara itu di sempurnakan, Sheikh Abdullah telah meninggal dunia. Beliau dikatakan di semadikan di atas gunung jerai. Tapi hingga kini pusaranya masih menjadi tanda tanya samaada terletak di Padang Tok Sheikh atau di Telaga Tok Sheikh.


Inilah Telaga Tok Sheikh yang telah di bina semula. Telaga ini di katakan tidak pernah kering airnya walaupun bila tiba musim kemarau. Airnya yang dingin dan jernih membuatkan ramai pengunjung yang tidak mau melepaskan peluang merasa kesegaran airnya. Ada yang mengambil peluang untuk mengambil wuduk, mencuci muka dan tidak kurang juga yang mandi manda di sini.

Pada malam hari kolam ini di jaga oleh 2 ekor katak yang berwarna hijau. Ita sempat melihat  kedua-dua ekor katak tersebut yang seakan bertukar shift pula. Lepas Maghrib katak yang sedikit kecil dan bila subuh menjelang muncul pula katak yang sedikit besar saiznya.

Tapi ada pula yang kata tak pernah melihat katak tersebut..


Di sini pula di katakan terdapat sepasang kura-kura. Seakor jantan dan seakor betina. Tapi ita tak nampak pula kelibat kedua-dua ekor kura-kura tersebut sepanjang ita berada di sana.



Sewaktu kami turun ramai pengunjung yang telahpun mendirikan khemah masing-masing untuk bermalam di situ.  Ramai sungguh pengunjung pada hari itu kerana cuti Tahun Baru China.


Ita sangkakan suhu di Batu Kapal itu sudah terlalu sejuk, rupanya ita silap... Di Telaga Tok Sheikh lagi lah sejuknya... hingga terasa ianya tembus hingga ke tulang hitam.. Sejuk weiiii...
lagi sejuk bila menjelang subuh.. adoiii... berketar-ketar gigi belaga.. 

Seperti Batu Kapal, di sini juga tiada disediakan tandas. Yang ada cuma bilik salin pakaian. Menurut kata orang yang ita bertanya di situ, kemudahan tandas memang tidak disediakan untuk menjaga kesucian dan kebersihan tempat tersebut.

Selepas memasang khemah ita pun meronda-ronda kawasan persekitaraan sambil merakamkan gambar sebagai kenangan.






Di sini juga terdapat kebun sayur dan cendawan organik.






Terdapat juga sebuah bangunan usang yang dikatakan peninggalan tentera Jepun semasa perang dua ke 2. Tapi ada pula yang menyatakan ianya  bekas rumah genarator milik Askar Melayu Diraja Malaysia.


Tidak lengkap kunjungan jika tidak singgah dan bermalam di Regency Hill Resort. Sebuat pusat peranginan yang menjadi tarikan utama pengunjung ke Gunung Jerai.Dari sini kita boleh merakamkan pemandangan sawah padi yang menguning dan laut yang terbentang luas. Sunguh indah sekali panorama dari puncak gunung ini.


Ya Allah geram sungguh bila ita melihatkan bunga Hydrenga yang berkembang mekar.. Cantik sungguh keindahan yang Allah ciptakan.. Alhamdulillah ita masih diberikan kesempatan untuk melihat kecantikkannya.. di samping menyedut udara yang cukup segar dan nyaman..







 Jom kita intai-intai pula persekitaran resort ni.. 














Selain daripada tempat-tempat sejarah dan misteri ini terdapat lagi beberapa tempat menarik dan menjadi tanda tanya. Antaranya tangga Kenari yang di katakan mempunyai sebanyak 1001 anak tangga, Gua Rukuk atau juga di kenali sebagai Gua Gajah. Gua Naga dan Air Terjun Gua Naga, Kolam Bunian. Selain tempat misteri ini terdapat juga beberapa tempat yang dijadikan kawasan rekreasi yang menarik untuk dikunjungi, antaranya Muzium Perhutanan, tempat peranginan Regency Resort dan beberapa air terjun iaitu, Air Terjun Titi Hayun, Air Terjun Seri Perigi dan Air Terjun Batu Hampar.


Inilah tangga Kenari yang dikatakan mempunyai 1001 anak tangga.  Di katakan juga 18 orang pelajar yang hilang itu mendaki Gunung Jerai melalui tangga Kenari ini. Bila kita daki Tangga Kenari yang bermula dari Titi Hayun ini ianya akan berakhir di Telaga Tok Sheikh. Dikatakan pelajar-pelar itu yang mendaki pada pukul 10 pagi tidak muncul-muncul sehingga menjelang Maghrib. Mereka dikatakan  telah di hilangkan penglihatan dan tidak nampak antara satu sama lain. Itulah sebabnya ita katakan kita perlu ditemani orang yang mahir selok belok Gunung Jerai ni bila kita nak mendakinya.
Jangan lupa juga sentiasa dimulai dengan lafaz Bismillah.. menjaga tingkah laku, tutur bicara dan yang paling utama niat kita haruslah ikhlas kerana Allah SWT.


Setelah beberapa malam berada di atas Gunung Jerai, akhirnya kami turun ke bawah. Kami pergi meronda-ronda pula menziarahi tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar Gunung Jerai. Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang belum dapat ita terokai di sini, memandangkan masa ita yang cukup terbatas. Insyaallah jika ada kesempatan lagi ita akan kesini lagi, bagi menerokai lagi khazanah bumi Malaysia yang penuh misteri dan lagenda.


Inilah Air Terjun Seri Perigi. Air terjun ni sangat tinggi dan curam. Masa ita datang ke sini air terjun ni kering, tiada air. Dikatakan bila tiba musim menuai padi memang kebanyakkan air terjun di sini akan kontang atau kering. Kalau ada air ita rasa pasti pemandangannya akan lebih cantik dan indah lagi..


Inilah pemandangan kolamnya yang tidak mengalir airnya. Kami dinasihati supaya tidak turun bermain air kerana dibimbangi pencemaran kencing tikus, memandangkan keadaan air yang tidak mengalir dan bertakung.


Ini pula Air Terjun Titi Hayun. Kenapa di namakan air tejun Titi Hayun kerana jambatan atau titi  yang terdapat di air terjun ini yang berayun-ayun apabila kita berjalan di atasnya.


Memang betul... titi ni sentiasa berayun walaupun seorang sahaja yang berjalan ia tetap berbuai-buai..


Ini pula keadaan air terjunnya. Sama juga seperti air terjun yang lain.. air terjun ini turut kontang bila musim kemarau. Tapi bila musim tengkujuh jangan cuba-cuba bermandi manda di sini, kerana terdapat tanda amaran yang menyatakan berwaspada kerana kelajuan air yang tidak disangka-sangka..
Walaupun masa ita bertandang ke sini airnya kontang, namun begitu masih ramai lagi pengunjung yang membawa anak-anak mereka berkelah dan mandi manda di sini.


Tidak lengkap kedatangan ke Sungai Petani jika tidak merasa atau menikmati makan tradisi disini. Sempat juga pekena Laksa Kedah, Me Sup Kedah dan Pesembor, memang kaw! kaw dan terangkat! Makanan di Kedah ini tidak kurang juga sedapnya. Ita asyik dok beli pisang goreng crispy yang adoiii... sedapnya.. sangat rangup, dan sedap lah! Harga makanan di sini juga tidak mahal.. sangat berpatutan dan rasanya pun sedap-sedap tau!



Jeruk dan bahan-bahan kering antara buah tangan yang sering menjadi keutamaan untuk para pengunjung dapatkan sebelum meninggalkan bumi Kedah yang bertuah ini.

Selepas kita ke gunung dan lembah, kali ni ita nak bawa anda semua bersama ita kita ronda-ronda di laut dan pulau pula..


Kami menaiki Jeti di Tanjung Dawai untuk melihat keindahan Pulau Bidan, Pulau Telur dan Pulau Sayak di sekitar dan juga ke Pantai Merdeka.



Ini adalah kelong pemiliharaan ikan di bawah pengawasan Kementerian Perikanan Kedah. Antara ikan yang di ternak di sini ialah ikan siakap , ikan kerapu, ikan merah dan lain-lain lagi. Sepanjang pantai pula terdapat pukat ternak kerang. Kerang dan Tanjung Dawai memang tidak boleh di pisahkan. Tidak lengkap rasanya pencarian kita jika tidak menjamah kerang rebus dan kerang bakar yang cukup power.. sampai kerumah masih terbayang dan terasa lagi keenakkannya.




Di Pantai Merdeka ini kita masih lagi dapat melihat kubu peninggalan tentera Jepun semasa perang dunia dahulu. Ramai pengunjung pula mengambil kesempatan untuk melepaskan joran bagi mengisi masa sengang mereka.


Inilah Pantai Merdeka. Gambar ini ita rakamkan ketika ita berada di atas bot. Di Pantai Merdeka ini juga kita boleh lihat 2 buah gua yang ita tak berapa pasti akan namanya.


Ke gunung suadah.. ke lembah sudah.. ke laut pun sudah.. sekarang kita naik semula ke darat untuk melawat pula jelapang padi. Pada masa ita pergi ni adalah musim menuai. Cuaca yang panas terik buatkan banyak kawasan sawah padi yang telah di tuai di bakar.







Sebelum berangkat pulang kami sempat singgah di Arkeologi Lembah Bujang. Dapatlah anak-anak ita melihat sendiri kesan peninggalan sejarah dan khazanah perut bumi yang di pamerkan di sana. Kalau tak asyik lihat dalam buku teks sekolah aje kan.. kini semua candi di himpunkan dan di kumpulkan di sini.















Pencarian kami berakhir disini. Ya Allah betapa banyak ilmu yang ita perolehi sepanjang perjalanan kali ini. Bukan sahaja ilmu, malahan pengalam yang cukup berharga yang ita kutip. Banyak misteri yang tersingkap.. kesan sejarah, lagenda dan mitos yang terungkai. Pasti ianya menjadi memori indah untuk dikenang sepanjang perjalan dalam kehidupan. Ianya banyak mengajar ita tentang alam.. kehidupan anugerah ilahi yang tak ternilai dan kesan kerohanian dalam diri..

Insyaallah semoga banyak lagi ilmu yang dapat ita kutip di pencarian ita yang lain pula..
Kenali diri selami peribadi..
Assalamualaikum..









40 comments:

ummiaisyah said...

Indahnya Malaysiaku kan Kak Ita!

Unknown said...

Habis dah k.ita explore...saya yang duduk dekat cni pun x habis explore lagi...adehh..

Rozita Ceritaita said...

waalaikumusalam... terima kasih sudi berkongsi pengalaman akak terutama untuk mereka yang tentu berpeluang ke sana..

Gee® said...

Seronoknya cuti2 Kedah yer...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

awat tak habaq ada kat Kedah??? Kami pun ada kat sana masa CNY tuari.. Betoi tu, memang tak sah ke Sg Petani kalu tak pekena bihun sup utagha... cabai merah nooohhh!!

Yann said...

SubhanAllah....cantik sungguh panorama dipuncak. Gambar2 yg Ita ambil cantiikkkk sangat..nampak hidup. Rasa nak pergi sat sat ni jer..

Yann said...

SubhanAllah....cantik sungguh panorama dipuncak. Gambar2 yg Ita ambil cantiikkkk sangat..nampak hidup. Rasa nak pergi sat sat ni jer..

Sukma said...

puas tengok gambar-gambar tu semua...menarik sangat kat pantai merdeka, gunung jerai, lembah bujang...banyak tempat sejarah yang saya tak jejak lagi....

fazianbatrisyia said...

semua gambar cantik2. lama tak panjat gunung...entah larat lg ke tidak...jauh berjalan luas pemandangan....mesti kak ita dpt idea best nanti bila berkarya di dapur...

Cik Lily Putih said...

cantik sungguh view dari atas gunung jerai ni ek, ini yg teruja nak pi ni..

nin9landers said...

Bestnya kak ita...saya nak ikut jugalah bercuti disana...dah ada guideline dr k.ita...tq kak for sharing

Nieda Ramly said...

panjang entry ita kali ini...teruja melihat gambar yg cantik2

mrmama4f said...

kak ita!!Ya Allah akk memg terus ke ats sana ye?saya pegi hari tu tpi xsampailah ats sana sbb dgn ank kecil. Hanya menginap di Regency Hotel tu je..tpi mmgla Ya Allah..pengalaman naik kesana sgt menakutkan sbb kami naik ke sana jam 9.00malam,mendaki bukit melalui jalan yg sangat menakutkan n smpai 15 minit sblm smpai Regency, mmg xnampak jalan,kabus tebal..Suami memandu dengan jarak sejengkal je nampak jalanraya..sgt menakutkan..tpi sangat seronok!!!

Annie Sulaiman said...

terima kasih kak ita sbb sudi kongsi pengalaman.. saya sendiri yang dah beberapa kali ke Sg Petani dan kawasan seangkatan dengannya belum berkesempatan utk ke Gunung jerai.. kalau tanjung dawai tu dah la.. beli hasil laut yg mmg fresh dan murah..

marmed world said...

miss my hometown.. rupanya makin maju gunung jerai..dl pegi xdak apa2.. tqs kak ita.. trasa bangga kejap hihihihi

Hijrah Aku Dan Dia said...

As Salam Kak Ita,

Negeri Kedah, tanah tumpahnya darahku...terima kasih kerana menjadikan Gunung Jerai, Sg Petani dan tempat2 lain di negeri ini sebagai destinasi percutian. Kedah memang indah dan makanannya pun enak2. Terima kasih sekali lagi dari saya sebagai anak jati Kedah.

wantie said...

ntah le nak kata mitos ke hape. tapi saya ni asal pergi je Gunung Jerai, bila balik umah mesti sakit. memula tu ingat kebetulan je. Tapi dah 2-3 kali asyik kena benda yg sama je.

So, tak beranu nak ke sana dah. kena ketulahan kot. mungkin ada sebab kot. Abang sulung saya diambil bunian. kata mak dorang tinggal kat sana. ntah le dlm percaya ngan idak je pun saya ni.

haninah halim said...

wah k.ita..bestnya =) haish.seronok3.

Siti Zulaika Muhamad said...

:) WAH, MENARIKNYA ..

Puan Eka said...

Cantiknya. SubhanaAllah.

Pertama kali eka tahu pasal tempat2 ni. Selama ni yg tahu Gunung Jerai je. Tak tahu pon ada batu kapal. ada air terjun sume tu. Cantik sangat-sangat.

Indah betul Malaysia ni kalau kita tahu tempat2 yg menarik kan.

Unknown said...

Seronoknya kak ita bercuti di Kedah. Dah dapat idea mana nak bawa husband berjalan bila bila kampung nanti. terima kasih kak ita

mrmama4f said...

Setuju dengan Cik Puan Eka tu..selama ni hanya tahu Gunung Jerai tu je..xtahu pulak kt atas sana lagi..sangat menariknya Subhanallah..

Rozie said...

Wah jauh perjalanan akak.. sampai kesini... dekat dgn kg saya ni kak...

Cantik2 gambar akak.. sejuk mata saya memandang..

ina said...

Salam kak.. Org kedah kata lani musim timoq.. Musim org menuai n main lyg2.. Angin kuat n mlm2 sejuk yg amat.. Nk mandi pn mcm mandi ayaq ais.. Mlm xpyh bukak aircond,kipas bukak slow ja.. Kak dok atas gunung jerai tu lg la terasa sejuk kn.. Dhla tdoq atas batu kn.. Mknn kt kedah perlis ni murah2 lg kak.. Awat x lajak p shopping kt sempadan.. Kwn sy lani suka p Wang Kelian n Padang Besaq kt Perlis ari ahad.. Pg p pdg besaq dulu sbb bas pelancong pg p wang kelian dlu ptg p pdg besaq.. Better tghari bru p wang kelian sbb bleh msuk keta smpi dlm.. Shopping toto,ikan bilis,jeans,jersey,beg,mcm2 la pstu bleh mkn tomyam original.. Murah belaka depa kata..

Unknown said...

K.Ita, saya suggest pergi Muzium padi ngn Gunung Keriang.... tempat ni ada jual kristal - diambil dari dalam gua gunung keriang. Muzium padi pun menarik.

Lynn Husaini said...

Terima kasih atas perkongsian

Kelab Wira Gua said...

Slm,

Teruja. Terima kasih. Foto2 yang menarik.

SIHATCOMMEY said...

SUBHANALLAH..BETAPA INDAHNYA ALAM CIPTAAN ALLAH..

http://sihatcommey.blogspot.com/

kucingbacakitab said...

Sy krap hiking ikut tgga kenari..trek clear ja..cma kna bringat la, hutan mna2 pn..

yurnantohadi said...

bagus ya Gunung Jerai..., kalau di tempat saya nama Jerai itu adalah nama daerah kelahiran saya..bisa dilihat di google maps wilayah sumatera selatan, Lahat, Jerai... :)
http://blogkitenian.blogspot.co.id/
https://yurnantohk.wordpress.com/

Unknown said...

Assalammualaikum..k.ita,byk tmpt2 yg akk kongsikn pd kami semua.apa yg sy thu dr kwn sy,gunung jerai memang sungguh misteri tmpatnya..insyaallah satu masa nty sy ingin ke sna untuk melihat alam smula jdi..thankz k.ita..wslm

Unknown said...

Hamba adalah hang tuah
Sudah lama hamba pendamkan cherita ini.
Hamba baru belajar menggunakan talipon bimbit dan komputer.

Maka berbaktilah kalian semua kapada negera dan agama

Unknown said...

Hamba adalah hang tuah
Sudah lama hamba pendamkan cherita ini.
Hamba baru belajar menggunakan talipon bimbit dan komputer.

Maka berbaktilah kalian semua kapada negera dan agama

Unknown said...

Hamba adalah hang tuah
Sudah lama hamba pendamkan cherita ini.
Hamba baru belajar menggunakan talipon bimbit dan komputer.

Maka berbaktilah kalian semua kapada negera dan agama

Unknown said...

Salam. Tumpang tanya. Pakai kamera apa kak?

Cakra Wajendra said...

Belajarlah tuan hamba bermain teknologi itu

Abid fatash said...

ada tour guide tak untuk interview

Adele F. Arsady said...

terima kasih, coretan yang dapat memberi gambaran kepada saya sebelum nak ke gunung jerai nanti..

Nurul Zulaikha said...

Assalamualaikum admin,, boleh saya meminta kebenaran untuk menggunakan gambar Gunung Jerai dalam kerja saya?

Az Zubair said...

Untuk para pengkaji, ahli akademik dan pelajar2 yang membuat kajian khusus artifak kedah tua dan nusantara boleh menghubungi nombor 01121406880 untuk mendapatkan foto2 bahan.

Post Top Ad

test