Kari Asam Pedas - masam manis f

Breaking

Feb 9, 2014

Kari Asam Pedas


Terliur sungguh bila melihatkan lauk Kari Asam Pedas Chef Amer. Seakan memanggil-manggil pulak. Masih terasa lagi keenakkan lauk itu menyusur lalu di anak tekak ni.. aduhhh... memang tak boleh tahan.

Maaf ya Chef, ita tak berkesempahan untuk hadir di kelas chef tempoh hari. Terima kasih atas ingatan chef pada ita dan masih sudi lagi untuk mengundang ita. Kesibukan ita dengan tempahan kek buatkan ita terikat dan tak dapat melangkah pergi. Kata orang janji mesti ditepati, bila dah tergalas amanah di bahu ni.. mana mungkin ita dapat memungkirinya.

Insyaallah di lain kesempatan mungkin.. itu pun jika Chef masih sudi jemput ita. Tapi mungkin tak dapat lah ita hadirkan diri di JB lagi.. kan.. dah terlepas dah kelas masakan nyonya ni..
tak pe ita tunggu kelas Chef di Kelang.. dapat juga ita bertemu dengan pelajar chef dari Kelang pula.. hehe..


Hari ni ita masak lauk Kari Asam Pedas.
Tapi ni bukanlah resepi Chef Amer. Kerana dah tak boleh tahan nak merasa Kari Asam pedas ni.. ita google lah.. Akhirnya bertemu juga dengan resepi pujaan hati yang dikongsikan oleh Tulip 77 di My Resepi. Terima kasih Tulip..  serius resepi ni memang sedap dan kaw! 
Bertambah-tambah cik abang kita makan.. alhamdulillah..

Jom kita intai resepi dari Tulip77


KARI ASAM PEDAS
Oleh Tulip77
Rujukan My Resepi

Seekor ikan sederhana besar, dibersihkan dan dipotong 5
(Boleh guna ikan patin, ikan tenggiri, ikan merah, pari dan lain-lain
1 biji bawang besar ~ dimayang
3 biji bawang putih ~ diketuk
2 inci halia ~ diketuk
1/2 ibu jari belacan
1 batang serai ~ diketuk
1/2 inci lengkuas ~ dihiris nipis
1 sudu besar halba campur
3 sudu besar cili kisar ~ cili kering dikisar
2 sudu besar serbuk kari ~ dibancuh dengan sedikit air
1/2 cawan air asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
2 pelepah daun kari
3 tangkai daun kesum

Panaskan sedikit minyak. Tumiskan semua bawang, halia, serai, lengkuas, belacan dan halba campur hingga naik minyak. Masukkan daun kari dan kacau.
Masukkan cili kisar dan kacau rata. Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air. Kacau rata.
Tuangkan air secukupnya. Bila mendidih, masukkan ikan.
Bila ikan agak masak, masukkan air asam jawa dan daun kesum.
Perasakan dengan garam dan gula.


Memasak ni tak sukar sebenarnya. Apa yang penting deria rasa kita kena lah tepat. Pandai merasa masam, manis dan lemak sesuatu masakan. Barulah mak mertua dan cik abang sayang.. betul tak..?
Apa yang penting masak lah dengan penuh kasih sayang. Mulakan sesuatu tugas memasak dengan lafaz Bismillah.. insyaallah setiap apa yang kita masak akan menambat selera anak-anak dan suami tercinta..

Memasak ni tak terikat sebenarnya. Kita masak mengikut selera keluarga. Apa yang mereka suka kita sediakan. Kita boleh letak apa sahaja yang kita rasakan sesuai untuk menambahkanlah kesedapan.. ikut citarasa kita. Kalau lauk kari dan asam pedas ita paling suka letak bendi. Ita kalau letak bendi memang banyak.. hehe sebab ita suka meratah bendi. Kalau mak ita pula dia suka letak kobis.. kan ita dah kata terpulang pada selera kita..
Tak payahlah kata eh.. lauk ni tak macam ni.. mana boleh letak ni.. mana boleh letak tuuu.. awak masak salah.. mana boleh macam tu.. mana boleh macam niii..
adoiii... selalu sangat ita dengar rungutan macam tu.. siapa kata tak boleh..
Selera kita tak sama.. walaupun rambut sama hitam tapi hati dan selera manusia berbeza-beza... itulah anugerah Allah namanya..

Ingat.. memasak dengan kasih sayang.. kerana kasih sayang menzahirkan kebahagian buat kita sekeluarga..
Selamat mencuba!
Assalamualaikum


3 comments:

Zam said...

nice shoot.. mcm ni rupanya klu nak susun hidangan yg melibatkan kuah sebelum shoot..

#tgh bljr cara nak shoot gambar makanan :)

Aqilah Azmi said...

nyummm hehehee

INA said...

Salam Kak..mmg sedap kalau asam pedas letak serbuk kari..fav. saya nie.

Post Top Ad

test