Bagaimana harus ita mulakan bicara pagi ni ya..
Entahlah sungguh payah rasanya untuk mengatur baris-baris ayat..
Sebenarnya hati ita cukup terguris dan tersentuh hari ini.. lama ita tak luahkan apa yang tersurat dan tersirat selama ita berada di dunia blogging.
Berblog ada pasang surutnya.. ada manis dan ada masamnya.. ita pasti ianya satu asam garam dalam dunia blog yang jika bijak kita tanganinya.. kita akan jadi manusia paling hebat.. bukan hebat di mata manusia tapi yang pasti di mata penciptaNya..
Hidup kayu berbuah.. hidup manusia biar berjasa..
Sebelum ita memulakan niat untuk berblog.. ita acap kali di ingatkan oleh suami tentang faktor dan risiko yang harus ita hadapi. Adakah ita mampu menangkis atau hanya pasrah dan sendu dalam esak tangis..
Ya Allah.. percaturan yang pada mulanya hanya atas dasar mengisi kesunyian diri rupanya menjadi sesuatu yang diluar kotak fikiran. Sungguh luar biasa kuasa dunia di hujung jari ini. Memang benar sungguh ianya dunia tanpa sempadan..
Banyak sungguh dugaan, onak ranjau dan duri yang telah ita tempuhi. Semuanya ita ibaratkan seperti rencah ratus yang menjadi penyedap masakkan. Kalau kita tambah gula pasti manis medu rasanya.. bila kita lebihkan asam.. masam mencuka lah terasa.. kalau pahit awal-awal lagi kita tolak ke tepi..
Kebiasanya ita jamah juga.. kerana nikmat itu pasti akan terasa dihujungnya..
Tapi kali ini ita tak boleh terima.. ita tak boleh diamkan...
Takut ada yang akan menjadi mangsa keadaan..
Bimbang juga ianya ibarat bertelingkah antan di lesung.. ayam juga yang kenyang
Dengar cakap enggang makan buah beluluk
Dengar cakap orang terjun dalam lubuk
Kiriman SMS ini benar-benar buatkan ita rasa ada banyak pihak yang cuba mengambil kesempatan merebut peluang untuk menguntungkan kantung masing-masing.
hapus panas setahun oleh hujan sehari
Ita tak boleh biarkan.. ita tak boleh diamkan.. ita anggap ianya satu fitnah yang terlampau.
Ita tak salahkan penghantar message ini. Ita tahu dia tak bersalah dia pun tak tahu apa-apa sekadar bertanya jika tiada kerana angin masakan pohon boleh bergoyang
Malahan ita berterima kasih kepadanya.. kerana dengan ini ita tahu ramai manusia di luar sana yang lain dulang lain kakinya lain orang lain hatinya
Kepada sahabat-sahabat ita di luar sana.. rakan-rakan dan taulan.. semua pengunjung blog Masam Manis. Ita ingin tegaskan disini bahawa ita tak pernah sekali-kali menjual mana-mana resepi. Untuk apa ita jual resepi sedangkan ita buat blog dengan resepi yang ita kongsikan secara percuma kepada semua.
Ita tak pernah mengajar melalui internet dan tidak pernah sekali-kali meletakkan bayaran di atas setiap apa yang ita kongsikan dalam internet maupun di blog Masam Manis.
Ita tak pernah buat kelas memasak.. Yang ita pernah buat adalah kelas untuk anak-anak, itupun sekadar menunaikan janji ita pada seorang sahabat. Kata orang janji haru di tepati..
Ita rasa diri ita terlalu naif untuk mengajar.. ita bukan pakar dalam bidang ini, ianya sekadar hobi dan minat yang mendalam.
Oleh itu ita minta jasa baik semua.. jika anda mendapat tahu dari mana-mana pihak tentang sesuatu yang musykil.. silalah terus bertanya pada ita..
"sekiranya besi itu lembut... nescaya ia tidak pernah menjadi pedang yang hebat.."
Allah -Subhana Wa Ta’ala- berfirman,
وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ لِلَّهِ فَإِنِ انْتَهَوْا فَلَا عُدْوَانَ إِلَّا عَلَى الظَّالِمِينَ [البقرة/193]
“Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah (Syirik) lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu), maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang yang zalim.” (Q.S. Al-Baqarah: 193)
Assalamualaikum..
33 comments:
Semoga Ita tabah menghadapi dugaan ini. Allah menyayangi Ita... dengan itu dikirimnya dugaan ini utk Ita
Ya Allah.
Masih ada manusia yang sebegitu. Mengambil kesempatas atas nama orang lain. Sedikit sebanyak menconteng arang atas nama akak.
Semoga orang berkenaan sedar akan kesilapannya. Rezeki tak kekal kalau menipu orang.
Semoga dipermudakan semuanya kak.
dilla.
Salam kenal kak ita, semoga tabah menghadapi ujian yang mendatang...wsalam
Ade jgk ncm tu kn kak.alhamdulillah sy brjaya pn hasil tgk blog akak jgk.xde yuran pn kene bayar kn kak...:)
Byk brsabar kak ita..Allah swt sntiasa berpihk pd yg benar.sye yg selalu cedok resepi akk..dn resultnya..oshemmmm.trima kasih ats prkogsian yg ikhlas.luv u
Byk brsabar kak ita..Allah swt sntiasa berpihk pd yg benar.sye yg selalu cedok resepi akk..dn resultnya..oshemmmm.trima kasih ats prkogsian yg ikhlas.luv u
Eh x baikla org ni.jgn sampai ke satu tahap kak ita xnak share resepi dah.kebanyakan menu special2 saya tgk dr blog ne.xdala sampai ke tahap nk jual resepi yg dh d bg free.semoga org tu nampak la luahan hati kak ita ne.insafla!
Assalamualaikum k.ita saya juga sering menggunakan resepi dari blog k.ita.......bahkan saya war-war kan pada kengkawan yg baru nak menceburi bidang bakery.........banyakkan bersabar kak azlita aziz........insyaallah dengan kepakaran,pengalan dan minat yg ada moga akak dilimpahkan dan dimurahkan rezeki..........
As salam. Banyakkan bersabar Ita. Dunia ni macam ragam dan penuh dengan ujian. Memang ada orang jual resepi hatta pada kawan sesama blogger. Ada yang kedekut info dsb. Ini semua ciri cir orang yang tak merasa selamat. Tapi keikhlasan Ita selama ni, semua orang tahu. Allah lebih lebih lagi mengetahui.
Harap bersabar dan teruskan berblog...mmg bodoh betul org tu...resepi semua org boleh baca kat blog ita...nak byr part mananyer??? Tak ker bodoh kepalang tu??? Maaf ayat kasar tp mmg geram bila ada org letak otak kat lutut...perkongsian yg ita buat diblog mmg x ternilai harganya....kami yg pengikut setia blog ita mmg amat menghargai. ..hanya Allah sahaja yg dpt membalasnya....jgn give up. .teruskan berblog...kami sentiasa menyokong ita...
salam kak ita..
harap sentiasa sabar dan tabah ya..diluar ni memang banyak orang yang ambik kesempatan jual nama orang lain untuk keuntungan sendiri..moga orang yang terbabit tu sedar dan insaf la ya..
Salam Ita..inglah ALLAH menguji setakat kemampuan mu...
jgn bersedih ker seorang mmbawa onar ramaii lg yg menyokong mu..palingkn saja arah mu pd teman yg sntiasa menyokongmu...moga Ita selalu success...kesedihan hanya membunuh perasan...chill
As salam, muga yang jual nama ita tu ada terbaca luahan hati ita ni dan terus insaf dengan apa yang telah dilakukan nya.
Assalammualaikum Kak Ita,
bykkan bersabar yer kak ita..
thanks a lot for sharing all the receipes... Alhamdulillah ilmu di kongsi bersama.. selalu gak skodeng blog kak ita..
Salam kak ita..
Berat membaca luahan ni berat lagi apa yg kak ita tanggung..rasa dan lalui.In sha Allah kak..ujian ini pasti ada nikmatnya. Semoga akak terus tabah dan sabar...teruskan perjuangan dan keikhlasan share ilmu yg akak ada...take care..muahhh!
ADIK DLM DUNIANI ITULAH MANUSIA...ADA BAIK ADA JAHAT ADA PRIHATIN ADA MCAMMCAM YG TAK KITA JANGKA LANSUNG APAPUN BERSERAHLAH PD ALLAH KERANA ALLAH MAHA MENGETAHUI...YG BURUK SEMUANYA DARI KITA...BERSABARLAH.
Sabarlah wahai kak ita..
Dalam blog kak ita kan semua resepi dah tulis...siap dgn langkah terperinci...mcm2 zaman skrg
Manusia ada banyak jenis Kak... Yang suka ambil kesempatan juga ramai.. Sabar yer kak...
Jangan kerana ini akak berhenti blogging. Saya suka baca blog akak... suka tgk hasil kerja akak yang kreatif..
Cinta Health
Buat puan ita...usah berhenti mencurah ilmu. Biarkan mereka dgn himpunan dosa..kepada Allah swt kita berserah.
mungkin puan ita kena selalu mention ttg khidmat percuma/perkongsian ilmu supaya lebih ramai pembaca blog sedar dan faham akan niat puan.
setiap yg baik akan tetap disusuli ujian yv menambah nikmat pahala bagi kita yg redha.
Terasa geram lak bila dibaca. Sabar ye kak wlpn kita x pernah bersua tp sy sntiasa mngikuti pkembngn akk. Bkn pe sy ralit melihat hasil kj akk. Suka sngt dan slalu mnjadikn blog akk sbgai sumbee rujukn. Pd yg bkenaan tlonglah hntikan semua tu ye... sbb sy x nk kera anda yg x bertnggungjwb tu hilang seorg blogger yg berkaliber.....
Hmmm...banyak2 bersabar yea kak...benda ni pekara biasa, bila akak dah ada nama atas usaha akak sendiri, maka memang ada lalat2 taik yang mula datang hinggap untuk mencuri keharuman bau yang dia sendiri takde....Teringat kes saya dulu...ada sorang ni inbox dan kasi tau, dia masuk kelas masakan, tiba2 tenaga pengajar tu guna resipi dari blog saya untuk mengajar....terkejut dia, sebab resipi tu boleh dapat percuma dia blog.....Moga akak lebih tabah..
semoga tabah ya kak ita
as salam k.ita..
harap k.ita tabah & bersabar ye dgn karenah manusia2 yg terlupa bahawa kita ni hidup bertuhan..
setiap yg berlaku itu bukannya kebetulan tetapi ada ketentuan Allah swt.
pasti ada rahmat disebaliknya..
cheers!!
lol..
salam..
tabahkan hati
kentalkn jiwa..
I'm glad you response that text here, so people know what was going on. It's alright no body perfect, everyday is learning day, we learn from everything, from everybody .. hopefully that can make you more stronger than ever. Fitnah itu dimana-mana selama nyawa masih di badan, as long as we always honest , the truth will come :) *hugs for you.. Ita
sabar ya Ita, moga dngn kejadian begini buatkan Ita lebih tabah dlm menghadapi apa jua dugaan dan rintangan mendatang...biarkanlah orng yg buat mcm ni, janji Ita tak buat...kan..
kita semua kenal siapa Ita....sangat berbakat dan di kagumi ramai dngn hasil bakat sediri...keikhlasanmu berkongsi petua, idea dan resepi membuatkan kami semua amat2 menyayangimu..moga terus berkarya ya Ita....
Kak ita dah share resepi.. cara buat.. petua.. try and error dan mcm2 lagi dalam blog akak.. niat akak nak share ilmu dan minat akak dalam bidang masakan.. dan segala curahan ilmu tu akak dah dapat bahagian pahala disisiNya.. atas mereka yang ambil kesempatan.. copy paste and jual.. amik gamba tanpa kredit dan guna utk diri mereka.. senang cakap guna utk kepentingan diri mereka..semua tu diluar kuasa kita kak.. biarlah mereka jawab di akhirat kelak sbb ambil tanpa izin.. dan mengaut keuntungan darinya.. mmg sakit bila fikir hasil kita diciplak .. kredit diletak pada yang bukan hak.. tapi semua tu akan ada hikmahnya kemudian kak.. serah pada yang Maha Esa untuk mengadili..
saya antara yg belaja baking dari blog akak semata-mata..setiap kali buat kek,amik resepi dari blog akak, sentiasa saya doakan akak smoga lagi murah rezeki dan dibalas oleh Allah dgn ganjaran selayaknya..saya sgt hormat dgn org yg x lokek ilmu mcm akak..terima kasih sekali lagi=)
sya yg baru balaja..
http://wwww.mamayayang.blogspot.com
sampai hati ambil kesempatan mcm ni...nak rezeki masuk tapi buat mcm ni...
harap kak ita OK & tabah.
Assalamualaikum Ita...x dpt byk nk berkata-kata, melainkan bersabar banyak-banyak... Itulah penenang hati... Mereka yang membusukkan nama Ita itu tahu kesalahannya...cuma dia suka lalu dicelah duri...kelak dia yg akan rugi, akan terasa peritnya... Sabar ya Ita... Salam sayang dan rindu dr akak... @____*
Assalamualaikum,
Kak Ita, saya adalah silent reader kak Ita sejak setahun yang lalu. saya jmp blog Masam Manis melalui perkongsian resepi di blog Citarasawan. Bolh kate hari2 saya bukak blog Masam Manis malah mcm kecewa if bukak tiada post terbaru (sbb x sabar dan excited nk tggu entry seterusnya):) x puas dgn blog, saya turut beli buku resepi akak di MPH Bookstore. sy slalu gnekan resepi yg dikongsikan akak scr percuma utk menjamu ibu bapa dan keluarga saya. Saya harap akak bersabar dgn ujian ni dan tidak patah hati. sbb sy yakin ramai lg kat luar sne yg mcm sy menghargai jerih perih akak yg tidak pnh minta balasan. dr jauh sy doakan akak terus sihat dan dilimpahi dgn kasih sayangNya dan rezeki yg diberkati.
Salam Sayang - Nurul
(Peminat tegar blog Masam Manis):)
Semoga tabah sentiasa mengiringi...
Post a Comment