Bersaiz bulat selinder dengan ketinggian 9 cm
Diameter cake berukuran 9 cm juga
Dalam adalah kek red velvet yang di lapisi buttercream
Luar pula di saluti fondant
Kek di hiasai bunga-bunga kecil dari gumpaste
Tema kali ini bunga-bunga dengan pilihan warna peach.
Ini adalah kek mini pertama yang ita sediakan. Nampak mudah tapi sebenarnya lebih sukar berbanding menyediakan kek biasa.
Mungkin saiznya yang membuatkan ia menjadi sedikit rumit untuk di sediakan.
Kesukaraannya adalah untuk mendapatkan permukaan kek yang licin bila di salut fondant.
Oleh itu ita terpaksa salut fondant dengan agak tebal supaya ia nampak licin dan tidak berleku-lekuk.
Kek untuk gubahan hantaran.
Satu dulang bersaiz 10 inc dapat memuatkan 5 biji kek mini ini.
Maaf dulang hantaran tidak di sediakan sekali ya.. itu adalah milik tuan punya yang meminta ita letakkan terus kek di dalam dulang yang telah di hiasi bunga.
Selamat bertunang.. semoga kekal bahagia hingga ke jinjang pelamin..
Assalamualaikum..
8 comments:
Assalamualaikum. comelnya kek kecik ni!
mmg agak mencabar, pernah try buat dulu. tahniah kak, walau mencabar masih menawan di mata
comel sgt... sebelum ni sy suka tengok miniature cake yg dihasilkan Kak Jun Cupcakekasih (kini dikenali diariKasih).. memang meletops!
salam kak ita..
sangat cantik dan comel kek mini tu..sesuai sangat jadikan hantaran kan cuma agak rumit buat sebab saiznya yang comel tu..apapun, memang terbaek la kak..
Comel macam cupcake. Suka warna pastel dia.
salam kak ita, suka sangat tengok akak deco fondant ni...akak xteringin ke buat kelas?..hehe
salam kak ita, suka sangat tengok akak deco fondant ni...akak xteringin ke buat kelas?..hehe
Aduh sayangnya, bottomnya sgt neat tp kena selindung dgn tray hantaran yg tak seberapa tu ohh.. Anyway nice job k ita!
Post a Comment