Running Man Cake - masam manis f

Breaking

Feb 24, 2014

Running Man Cake



Kalau sebut Running Man pasti ramai yang berkata waaaa.... auw!!.. I likeee... uuuuu...  eee.... oooo... my favourite! debak.. debuk.. semua keluar.. hahah..
Sebenarnya ini satu lagi yang buat ita blur.. apa ni.. drama ke? kumpulan muzik K Pop ke? filem ke.. ? apa ni.. adoii... memang blur abis..

Apalah ketinggalan zaman betul.. cerita ni pun tak pernah tengok..
Ya Allah... betul.. memang tak pernah tengok pun.. serious saya tak tahu apa-apa pasal cerita ni..

Pernah lah dulu ada seorang rakan FB minta buatkan kek Running Man, tapi masa tu dia minta buatkan logo sahaja atas kek.. ita tak tahu ianya sebuah rancangan TV . Ingat kumpulan muzik dari Korea yang menjadi kegilaan anak remaja sekarang..


Bila di minta buatkan kek Running Man sekali lagi beserta karektornya sekali baru rasa kalut semacam.. mulalah google sana sini nak dapatkan sikit info mengenai cerita yang dikatakan amat popular bukan sahaja di Korea malahan telah menjadi ketagihan di serata dunia.. waa... hebat jugak orang Korea ni buat cerita kan..

Running Man kalau dalam Bahasa Korea ~ 런닝맨, kalau kita translate kan ke dalam bahasa Melayu pastilah orang yang sedang berlari. Kenapa kena lari? tak boleh jalan aje ke?


Ia adalah satu rancangan aneka ragam aksi urban yang lucu atau Fun games  dari Korea Selatan. Rancangan ni ada yang in door dan ada yang out door bergantung pada temanya dalam setiap episod
Rancangan ini yang dibarisi  K-pop Star membentuk barisan program Good Sunday di saluran SBS.

Ia pertama kali disiarkan pada 11 Julai 2010 dan diklasifikasikan sebagai rancangan genre baharu yang tidak pernah dilihat sebelum ini dalam mana-mana rancangan realiti show. Dalam rancangan ini, para pengacara dan tetamu yang diundang dikehendaki untuk menyelesaikan misi-misi yang diberikan untuk memenangi perlumbaan tersebut. Ia seringkali dimainkan di tempat-tempat menarik di seluruh Korea Selatan serta di beberapa negara seperti Thailand. Selain saluran SBS, rancangan ini juga disiarkan di saluran televisyen milik Sony Pictures Entertainment iaitu SET One pada hari Jumaat jam 6.30 petang (waktu Malaysia dan Singapura). Kalau kat Malaysia ni kita bolehlah tonton rancangan ni di TV 2 pada setiap Sabtu dan Ahad, kalau tak silap pada pukul 4 petang. Kalau kat Astro pula ianya di siarkan di Channel 393 ( One HD ) pada hari Jumaat 11: 45 malam. Untuk Running Man Marathon pula ianya di siarkan pada hari Ahad pukul 12 : 30 malam dan berlarutan hingga pukul 4 pagi.


Rancangan ni mengandungi 142 episod (sehingga April 2013) hingga sekarang ni tak taulah kan dah berapa episod dah.. game show ni. Setiap episod pula mengambil masa selama 70 hingga 90 minit lama jugak tu kan.. kalau ita buat figurine dah jadi dah satu karektor Gwang Soo hihi..

Setiap episod tu adalah misi-misinya dalam pelbagai tema.. kalau nak tau kenalah tonton.. ita pun tak faham.. bahasa dia tak faham.. apa yang dia main pun ita tak faham.. yang tau haha... hihi... huhu... gelak guling.. guling bukan faham sangat tapi dok gelak tengok aksi dan memek muka mereka tu yang buat tergelak guling.. guling tu.. hehe..


Peserta yang mengambil bahagian pula datang dari pelbagai background.. ada selebriti.. penyanyi.. pelakun..rappers dan pengacara.. Yang seronoknya mereka ni tak pulak kontrol macho atau cute.. tu yang membuatkan rancangan ni tampil dengan keistimewaannya yang tersendiri. Lokasi mereka juga sangat menarik dengan pemandangan yang indah yang membutakan kita macam nak pergi aje tempat tu..

Yang paling ita tabik spring toing.. toing.. toing.. adalah pada juru kameranya yang memang kencang lah kan.. bukan mudah nak ambil gambar mereka yang tengah berlari.. dengan pelbagai memek muka dan aksi sepontan yang lucu.. huuu... ni memang hebat giler punya kameraman ni.. Yang pasti kamera mannya semuanya mesti slim.. slim kan.. sebab nak kena sentiasa berlari.. sebab tu lah rancangan ni dipanggil Running Man kot..


Setiap peserta ada kameraman yang tersendiri yang sentiasa merakamkan aksi sepontan mereka. Fuh!.. pasti banyak kameraman yang digunakan untuk program seperti ini.. paling kurang pun mesti 20 bijik kamera yang digunakan..  bagi merakamkan setiap moment-moment agar tidak ada aksi yang terlepas..


Kesemua peserta-peserta dalam rancangan ni juga tampil dengan karektor lucu masing-masing. Pelbagai gelaran juga di berikan kepada mereka sesuai dengan penampilan diri masing-masing. Dahulu mereka dibarisi 8 orang peserta.. tapi kini hanya tinggal 7 orang kerana Joong Ki peserta yang paling cute .. paling hensome dan menjadi kegilan anak-anak remaja terpaksa menarik diri kerana terikat dengan jadual pengambaran drama lakunannya.


Dari 7 orang peserta Ji Hyo adalah salah satu peserta wanita tunggal. emmm... kalau yang tunggal pastilah jadi rebutan.. banyak keistimewaan.. dan dimanjakan.. ya tak? hiii..
Ji Hyo ni bukan sahaja ayu.. cute dan cantik! tapi.. dia juga bijak cuma kadang-kadang ada blur lah jugak.. kerana itu tidak hairanlah diberi jolokan "blank Ji Hyo" oleh teman-teman. Diberi gelaran Ace Ji Hyo kerana kebanyakan mission dia menang dan selalu survive. Dia juga sering di kanen.. kanenkan dengan Garry.


Garry pula dikatakan manusia yang paling tenang sepanjang masa. Tak tau bila dia marah.. bila dia panik.. bila dia suka.. bila dia sedih.. kerana memek mukanya tak mengambarkan apa-apa.. selamber aje sentiasa.. hihi lucukan? Garry juga dikatakan seorang yang sangat pemalu. Anggota kumpulan rapper hot Leesang ni sering digandingkan bersama Ji Hyo sehingga dijolokkan dengan gelaran "Monday Couple" pasti ramai peminat Garry dan Ji Hyio yang mengharapkan mereka menjadi pasangan couple hingga ke akhirnya.. 


Jay Suk pula seorang yang kadang-kadang kelakar dan lucu.. ada masa cukup serius dan kadang-kadang suka main-main. Pakar dalam permainan pistol air dan sangat hebat menipu untuk memastikan setiap misinya berjaya. Pengacara TV yang sangat popular di korea ni digelar "grasshopper" dikalangan rakan-rakan. Beliau tidak menyukai warna hijau, tetapi warna hijau banyak memberi tuah kepadanya.


Suk Jin peserta paling tua dalam running. Diberi gelaran "big nose" oleh teman-teman kerana memiliki hidung yang besar. Beliau merupakan peserta yang paling lemah antara rakan-rakannya yang lain. Dalam setiap misi beliaulah yang seringkali menjadi peserta petama yang tertangkap terutamanya dalam game hide and seek. Sangat suka menyanyi walaupun liriknya kelaut.. hihi. Selalu bergandingan dengan Jay Suk dalam setiap game.


Kwang Soo adalah peserta yang paling  muda. Walaupun paling muda tapi beliaulah peserta yang paling tinggi hingga diberi jolokkan "giraffe" oleh teman-teman. Seorang pelakun yang tak berapa popular di Korea dan kerana itu ianya sering menjadi gurauan oleh teman-teman terutamanya Jae Suk yang suka mengusik. Sering juga digelar "dumb and dumber" bersama gandingannya Suk Jin dalam menjalankan misi berkumpulan. Cukup terkenal sebagai penghianat semata-mata untuk memang dalam misinya sehingga kadang-kala sangup menghianati member dari kumpulan sendiri semata-mata untuk melepaskan diri.. Memeknya mukanya sering menjadi bahan lawak yang buatkan penonton gelak terguling.. guling menahan perut.. haha


Ha Ha yang paling comel.. paling pendek.. dan muka ala-ala baby face ye ke? hihi
Mendapat jolokan "Haroro" kerana mirip mukanya yang seakan mirip penguin lucu Pororo. Merupakan salah seorang penyanyi Korean aleran muzik pop raggae. Selalu dapat meneka hint dalam misi tetapi sering kali terkeluar awal kerana dia lemah dan tak boleh lari laju. Menunjukkan aksi playboynya yang comel terutamanya bila ada peserta jemputan wanita. Beliau telah pun mendirikan rumahtangga pada November 2012.


Jong Kook di katakan yang paling gagah dalam Running Man, tengok sahajalah pada susuknya yang menjadi idaman setiap jejaka. Jejaka bertubuh sasa ini antara peserta yang paling laju lariannya. Sangat lucu dalam permainan hide and seek kera setiap peserta gentar untuk mencabut tag di belakang bajunya. Kadang-kadang serius dan kadang-kadang suka main-main. Diberi jolokan "Sparta Kook" oleh tema-teman kerana kekuatannya dan "tiger Kook" kerana keganasannya yang dikatakan seperti harimau dan "kookie" kerana cute.. hihi..

emmmm... sekarang dah faham sikit walaupun masih agak blur tentang game show ni.. Kepada yang suka menonton game show ni teruskan menonton dan gelak sakan ya...


Kepada adik comel kita yang peminat tegar game ni dan tentunya peminat Gary si slumber ni Happy Birthday auntie ucapkan.. Semoga happy dengan kek yang auntie buat khas untuk Areesya.







26 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak, wahh bestnya! nak juga kek Running Man~~~~~

IdaShazana said...

baru tau kewujudan running man 3 minggu lepas. mmg seronok

ain.ya.nun. said...

Kak, muka kwang soo sama sangat dengan figurine tu. Haha. Lawokk

ayunidati said...

saya dengan anak si maisarah yang berumur 5 tahun pun minat running man jugak... 393 da potong ... lepas ni kene tengok tv3 and tv2... and download je...

fazianbatrisyia said...

sy yg nak kena tabik spring toing3 kat kak ita. walau tak mengikutinya mcm sy jugak tapi boleh hasilnya yg cantik dipandang.

Unknown said...

nak makan pon tak sampai hati tengok kek yang cute macam tuu.... hehe...

Anonymous said...

comel gila figurine tu semua...

Sweet red cherry said...

cantiknya watak figurine yang kak ita buat tu..kagum tengok..tabik la dengan akak..

Aqilah Azmi said...

amboi kak hebak sungguh hihihi

nZaOdonut said...

kak Azlita..............
sangatttt owesome!!
kalo dapat kek Runningman cmgini mmg x potong dah he he he

Unknown said...

Best ker citer tu...???? Haha, seumur hdup xpnh tgk pun dri awal-akhir rancangan stiap epis0d. :)

Unknown said...

Askum Puan Ita..: ) izinkan sy copy gmbr ni utk share di Fb yer..?? Comey laa gmbr ye. >_<

Unknown said...

Askum Puan Azlita...:)...izinkan sy c0py satu gmbr diats utk share di FB yer..?? Comey laa gmbr ye >.<

한나Zakharshi said...

kak kene tambah tang sparta tu : kuat membebel ekekeke. fuhhhh.. cantik!!!!

putris said...

daebak!!..hihi..caya la k.ita siap ceritakan ttg RM lagi.. comel giler figurine tu..

salwana nordin @ che'wa said...

cantik sgt kak :)..subhanAllah

Afifah Zabarij said...

Cantiknyaaaa.... Ibu Azlita memang super BEST. I'm your big fan, far away from Indonesia... Salam kenal Ibu

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, kak Ita..
dah beberapa kali tak dapat tinggal komen kat sini.. hari ni sy nak pulun semua. Actually sbelum ini sy betul2 ingat Running Man ni telenovela Korea tau... hahahaha.. sabar ajelahhhhh.. terima kasih kak Ita sbb susah payah buat kajian pasal ni, skrg sy pun dah faham...

Unknown said...

wow!! memang ada iras la figurines akak dengan yg sebenar. hebattt nya!! selalu je ada sesuatu yg baru dari k.ita ni.. thumbs up!!

Irfa said...

sy mmg peminat setia Running Man
sy minat JiHyo dan Gary

asfiedaimpiana said...

salam kak ita,

Wah kek RM!!! terujaaaa tau..yg 1st figurine ahli RM kita cam ialah Kwang So!! mmg minat dia la sebab selalu kena buli dgn member yg lain, tp dia bijak...hehehe

Tahniah kak ita, susah kan nak jd figurine decor ni, nak kena study bagai, sapa kata buat kek senang ye tak heheheheehe

asfiedaimpiana said...

Salam kak ita,

Wah kek figurine RM... kita cam Kwang soo!!! hehehehe mmg minat RM, nak2 si Zirafah tu, cian dia kena buli selalu tp dia cerdik hehehehehe

susah juga jad bakers kan nak kena study macam2 utk buat..tp tahniah la kak, akk mmg kreatif... :)

salawati Latip said...

daebak!!! seriusly, terbaek! i love Lee Gwang Soo Avatar!!!

salawati Latip said...

daebak!!! serius terbaek!
i love Lee Gwang Soo Giraffe !

aida said...

Fuhyoo...cantik..lee kwang soo..

Unknown said...

wow..da lama sy tak jengah kak (silent reader)..now passion ke fondant figurine kah?thumbs up!those figurines are so much a like!!

Post Top Ad

test