Tooonnn.. Tooonnn... Train Cup Cake - masam manis f

Breaking

Feb 13, 2014

Tooonnn.. Tooonnn... Train Cup Cake


Assalamualaikum dan selamat pagi semua
Semoga semuanya sihat-sihat selalu dan sentiasa di bawah rahmatNya
Alhamdulillah ita sihat walaupun sikit sengal-sengat di pinggang.. mungkin sebab duduk lama menyiapkan figurin tempahan.
Tapi tak ape.. esok lusa baiklah tu.. sapu minyak angin karang.. ok lah..

Alhamdulillah sejak akhir ni banyak dapat tempahan.. Syukur pada Allah yang sentiasa memberikan rezeki buat ita dan keluarga. Semoga ianya menjadi keberkatan buat kami melakukan amalan dan ibadah seharian..


Hari ni ita nak kongsikan keseronokkan ita menyipakan tempahan untuk anak-anak Pendidikan Khas dari Sekolah Menengah Kebangsaan Paduka Tuan Segamat Johor. 
Ita dapat tempahan ni agak lewat atau last minute. Biasa ita hanya ambil  tempahan jika ianya di book lebih awal iaitu sebulan awal. Paling lewat pun 1 minggu itupun ita akan terima sekiranya tak banyak tempahan pada tarikh tersebut. 
Oleh kerana mereka anak-anak Pendidikkan Khas, ita begitu teruja nak terima tempahan ini walaupun pada masa sama ita ada beberapa kek yang harus ita siapkan. 


Entahlah kenapa.. gerak hati ita kuat untuk menyiapkan tempahan ini. Walaupun ita tahu.. banyaknya lah nak kena buat. 75 figurine harus ita sediakan untuk menghiasi 75 cup cake tempahan. Tapi hati ita cukup seronok waktu itu..
Setelah berbincang dengan Cikgu Mohd Soffian, selaku guru yang mengendalikan program ini.. akhirnya ita bercadang untuk membuatkan figurine keretapi , memandangkan mereka akan menyambut ulang tahun anak-anak Pendidikan Khas ini di dalam keretapi.. Waaa... seronokkan.. pasti anak-anak ni teruja menyambut ulang tahun mereka di dalam keretapi sambil menikmati secawan kek keretapi.. Ita dah dapat bayangkan suasana itu..




Inilah antara gambar-gambar yang Cikgu Soffian kirimkan..
Terharunya ita....
Seronok melihat kegembiraan mereka..
Semoga ini merupakan sambutan ulang tahun yang cukup bermakna bagi mereka semua..
Selamat ulang tahun anak-anak ku... semoga kegembiraan menjadi milik kamu selamanya..


Selain Keretapi, ita kena siapkan 8 biji figurine keretapi untuk 8 orang birthday boys dan birthday girls . Dan 5 figurine anak-anak dan guru.
Untuk pengetahuan semua ita mengambil masa selama 2 hari untuk menyiapkan figurin ini, memandangkan ita mengunakan banyak warna untuk setiap figurine tersebut.
Ita tahu anak-anak ini pasti sukakan warna-warni.. dan ita harap warna-warni ini akan menceriakan hari-hari mereka..


Jutaan terima kasih yang tak terhingga ita ucapkan kepada Guru-guru sekolah Menengah Kebangsaan Padukan Tuan Segamat, Johor. Terutamannya kepada guru-guru Kelas Pendidikan Khas. Kepada ibu bapa yang turut terlibat. Kepada semua pelajar-pelajar dan yang paling istimewa kepada mereka yang menyambut ulang tahun..

Terima kasih juga kepada Keretapi Tanah Melayu KTM, yang  menjadikan impina mereka satu kenyataan.
Terima kasih juga buat semua kakitangan Keretapi Tanah Melayu yang memberikan kerjasama yang cukup baik. 


Pulau Pandan jauh ketengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi baik dikenang jua.

Pisang Emas bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutan emas boleh ku bayar
Hutang budi ku bawa mati.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi.
Jika ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.


 Assalamualaikum

6 comments:

IdaShazana said...

comelnya kak

SOFYAhomestay said...

Jutaan Terima kasih kak ita kerana sanggup buat kek walau last minit oder..Mudah-mudahan akak sekeluarga dimurahkan rezeki..Insyllah kita akan berjumpa lagi :)

SOFYAhomestay said...

Jutaan terima kasih kpd kak ita kerana sanggup terima odder kek walaupun last minit. Mudah-mudahan akak sekeluarga dimurahkan rezeki.. Insyllah kita akan berurusniaga lagi.. :)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak. wahh bestnya.. cantik cupcakes nya!

fazianbatrisyia said...

comelnya...tekun betul kak ita siapkan utk mereka yg diraikan...sgt bermakna bg mereka

Unknown said...

Salam...sis mcm mne nk tempah.ada no phone

Post Top Ad

test