Sandwich adalah makanan berupa dua potong roti yang mengepit daging, sayuran, keju, tuna. sardin atau perasa makanan atau sos sehingga rasanya menjadi lebih enak. Pelbagai jenis roti boleh digunakan untuk membuat sandwich dan bergantung pada isinya. Permukaan roti biasanya disapu sedikit mayonis, mentega, marjerin atau minyak zaitun yang berfungsi sebagai pelekat dan penambah bau.
Di negara bukan makanan asasinya nasi, sandwich biasanya dibawa ke sekolah atau ke pejabat di dalam kotak yang disebut lunchbox atau di dalam beg kertas berwarna coklat yang disebut brown bag (sandwich bag) untuk dinikmati sebagai sarapan pagi atau makan tengah hari.
Sandwich juga dibawa sebagai makanan sewaktu berkhemah, mendaki gunung atau sekadar berjalan-jalan. Di rumah, sandwich dinikmati sebagai pelengkap makanan utama. Jika dimakan di rumah sebagai makanan utama, sandwic biasanya ditemani oleh makanan sampingan seperti sup (soup-and-sandwich), daun salad (salad-and-sandwich), kerepek kentang, kentang goreng, timun).
Kononnya.. sandwich diambil sempena nama Earl of Sandwich IV, seorang aristokrat Inggeris abad ke-18 yang merupakan penggemar permainan kad. Earl of Sandwich IV ingin terus bermain kad tanpa harus berhenti untuk makan, sehingga daging yang dikepit dua potong roti dijadikan makanan yang boleh dimakan dengan sebelah tangan sambil bermain kad.
Hari ni ita nak kongsikan resepi sandwitch yang pada ita sangat sedap! Sebenarnya ita ni bukanlah pengemar sandwitch. Sandwitch adalah makanan pilihan terakhir ita sekiranya tiada makanan lain yang boleh dimakan pada waktu itu..
Kenapaaa?
Sandwitch yang biasanya menggunakan ikan tuna, bukalah ikan pilihan ita. Tekak anak kampung ni pastinya tidak boleh lagi menerima menu yang cukup popular di barat ini.
Jom kita lihat bahan-bahan yang di perlukan untuk menyediakan sandwitch yang lain dari biasa..
Tuna Sandwitch
Resepi Oleh Chef Amer Hamzah
2 tin Solid in oil ex vergin Tuna dalam tin
~Tuna ni di tapis ya buang minyaknya dan ambil isinya sahaja.
Isinya di lenyek kasar
3 biji telur di rebus
~ kupas kulitnya
Isi telur di cincang atau di lenyek kasar
1 sudu besar bawang Holand yang telah di cincang halus
3 biji cili padi
~ di cincang halus
Campuran buah capsicum merah, hijau dan kuning
~ yang ni sikit aje tak banyak agak-agak ikut selera
3 1/2 sudu besar mayonis
3 1/2 sudu besar Coslow ( sos salad Coslow)
Campurkan kesemua bahan di atas di dalam sebuah mangkuk yang besar. Kalaua rasa nak tambah sedikit perisa boleh lah tambahkan , kalau tak nak pun tak apa sebab dah sedap dah pun resepi ni.
Bahan-bahan lain yang diperlukan
Roti
~ roti ni kalau boleh pilih roti yang keras
Sapukan roti dengan butter. Kalau nak bakar sekejap pun boleh
Letakkan campuran bahan-bahan tuna tadi
Letak timun
dan daun salad
Ok dah sedia untuk dimakan.
Bila dah makan resepi Tuna Sandwitch Chef Amer ni pasti dah tak nak yang lain. Terima kasih Chef Amer atas perkongsian ilmu. Semoga resepi yang dikongsi kepada semua memberikan ganjaran pahala yang tak putus-putus buat Chef di sana kelak..
15 comments:
yummy yummy yummy
chef amer terbaek. dulu pergi kursus dia, dpt resepi roti john
lapo perut tengok..sedapnya kak..
terus lapo semula..sedapnye kak..
Bolehlah try utk bf esok...TQ Ita
lapar pulak rasanya bila tgok sandwich kak Ita ni
kak sukalah baca blog akak ni sbb pic semua cantik dan tiap kali tengok akan rasa lapar. teknik akak snap pic tu mmg menarik. best!
Walaupun sandwich, tetap nampak sedap! *mouth watery*
Kak...roti tu macam rupa roti paun jalan dhoby aje....betul yea?..
yummy, nmpk sedap ni
boleh cuba resipi ini nanti
: Kebaikan Yogurt untuk Kulit
Sedapnye.. Lapar pulak tengok sandwich ni..
ehehehe kak ita tertulis sandwitch :p hihi
best2 tq.. sedapnye
best 2 nak buat utk bawa ke taska anak
Terima kasih...jadi menu sy makan malam ni...😁 Sedap sangat² tp sy guna tuna y mmg dah pedas..tambah lg cipi padi...
Jemput jalan² blog saya story2u4health.blogspot.com
Post a Comment