Moshi Monsters Cup Cake - masam manis f

Breaking

Mar 2, 2014

Moshi Monsters Cup Cake


Pernah dengar nama game ni?
Maaf lah jangan tanya ita, sebab ita memang tak tahu menahu pasal game.
Ita ni bukan suka main game.. tengok TV pun jarang-jarang inikan pula nak main game.
Permainan game macam ni biasanya di sukai oleh anak-anak. Kalau anak-anak ita memang semua suka game terutamanya anak ita Azrul, memang kaki game, sebut apa aje nama game semua dia tahu dan dengan lancar menerangkan bagaimana ianya perlu di mainkan.
Oleh kerana Azrul tak ada di rumah untuk ita tanyakan pasal game ni.. jadi ita cuba google dan dapatkan sedikit info tentang permainan ni.

Menurut info yang ita ambil dari blog hphandayani
Moshi Monster adalah game online yang popular dan di mainkan secara online. Permainan yang di perkenalkan oleh Mind Candy telah dikeluarkan pada April 2008. Game ini dikatakan mirip kepada game Pet Scociety yang terdapat di Facebook.


Dalili pula kata permainan ini lebih kepada bagaimana nak membentuk atau membangunkan sesebuah kawasanan sebagai contoh untuk taman tema atau bandar.. maaf kalau ita tersilap ya..
Permainan ini untuk mengumpul ganjaran dan ganjaran itu akan digunakan untuk membeli keperluan untuk pembangunan kita itu nanti.

Yang ita kelakar sikit.. hihi walaupun ianya adalah sebuah game dan karektor ini adalah kartun robot alam maya, tapi pemain haruslah sentiasa menjaga karektor tu dengan memberikan kasih sayang.. aii macam.. macam.. lah pulak!
Kasih sayang yang perlu ditunjukkan adalah dengan membelikan mereka perhiasan dan juga makanan untuk mereka kekal sihat dan ceria.. pulok doh!..


Dia ada banyak karektor tapi yang popular ada 6 ekor. Masing-masing mempunyai watak masing-masing dengan muka yang cute dan comel-comel. Bila ita pandang ada yang ita nampak macam buah apple, ada yang macam burung hantu, ada yang macam bear, ada macam orang hutan, macam arnab dan yang satu lagi tu... sekali pandang macammm...  zombi kampung pisang..
tidak hairanlah kalau nama gelarannya juga Zommer.


Ok lah ita pun tak pandai nak terangkan lebih lanjut lagi tentang game ni.. kita berbalik pada tempahan yang ita terima kali ni.
Ini adalah tempahan dari seseorang yang kerap juga menempah dengan ita. Terima kasih ita ucapkan kerana masih percayakan bakat yang Allah anugerahi ini.
Beliau minta ita buakan 80 biji cup cake tema Monshi Monster untuk hari ulang tahun anak kesayangan beliau. Mula ita memang tak tahu menahu tentang ianya adalah watak dalam game, hinggalah di terangkan secara ringkas oleh beliau.


Menurutnya lagi, permainan ini mempunyai banyak watak.. dan terpulanglah pada kak ita untuk pilih apa-apa sahaja watak yang kak ita rasa mudah dan sesuai. Tapi yang penting katanya lagi perlu ada kartun yang bernama Poppet yang merupakan karektor yang amat disukai oleh anak beliau dalam permainan tersebut.

Ita cuba dapatkan gambaran permainan ini melalui pencarian ita di Google. Pada mulanya ita nampak macam ringkas, tapi bila dah mula membuat ita dah terasa cabaran yang sukar..
Ooo... bukan mudah rupanya lebih lagi ianya comel-comel dan cute.. cute semuanya.
Pada ita yang terlalu sukar adalah watak Zommer yang perlukan perincian yang lebih teritamanya pada mata dan mulutnya.


Ita juga perlu dapatkan pelbagai acuan untuk dapatkan bentuk karektor tersebut. Tak semudah yang disangka, kerana semuanya punya bentuk yang tersendiri. Memang satu cabaran nak menyiapkan 80 keping watak daripada gumpaste dengan setiap karektor mempunyai warna mereka yang tersendiri. Bancuhan warna juga haruslah tepat supaya ianya tidak tersasar dari karektor asal..
Anak-anak ni dia lebih peka tentang karektor terutamanya yang dia suka.. !

Ita cuba sedaya mungkin untuk dapatkan penyamaan bagi setiap watak dan ita harap sangat adik Durar Humaira menyukainya.

Selamat ulang tahun Durar Humaira.. sedapnya nama seindah dan secantik pemiliknya... Semoga membesar menjadi anak yang soleha sebagaimana impian ayah dan ibu.. Capai cita-cita mu.. dan sentiasa titipkan kegembiraan dan kebangaan untuk ayah dan ibu mu..



10 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

mekap diri sendiri jadik Zombi lagi senang dari buat Zommer tu kot, hihihi

Unknown said...

Kalau cmni...syg nk makn...hahahaaa

Gee® said...

Adoyaiii...rasa nk pinjam jer jari jemari Ita yg miracle tu...?

nin9landers said...

nice like always

Unknown said...

Dah lama tak terjah sini, hari ni baru dapat terjah blog awk :)

Mohon singgah dan follow blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

ilahjy said...

Tak de kata nk diucapkan...hanya senyuman selebarnya., sambil mengaru2 dagu,,, dimanakah kekuatan yg diperolihi utk kesemua 80 watak..sudah tentunya. Minat,ikhlas maka tercetuslah semuanya ini dgn begitu indahnya sekali... ya allah kau teruskan kuatkan tiupkan semangat hambamu seorg ini..tanpa putus2 agar aku dpt menatapi lagi dan lagiiiii kerja seni nya ini...aminnnn tahniah.. dlm hati... apa laaa pula lps ni hehe..

fazianbatrisyia said...

cute & menjadi...suka tgk

fazianbatrisyia said...

cute & menjadi...suka tgk

Sweet red cherry said...

salam kak ita..

comelnya cupcake dengan pelbagai watak tu..budak2 mesti suka sangat ni..

eda said...

alahai kak .... cantekknyeee
setiap inci cupcake penuh dgn makna .. bukan setgh2 cupcake walau penuh dgn buttercream , tp tetap rasa kosong ...
tahniah kak !

Post Top Ad

test