Dah pukul 2 pagi, ita baru sahaja menyaipkan tempahan kek untuk esok. Esok ita cuti lagi..
Cuti daripada ambil tempahan memandangkan kesihatan ita dan suami yang tak berapa sihat. Akhir-akhir ni kerap pula tak sihat. Mungkin terlalu penat, kurang tidur, mungkin juga faktor cuaca yang tak menentu.. atau stres.
Tahun ni, ita memang sedikit sibuk, lebih-lebih lagi anak ita Dalili akan ambil peperiksaan UPSR. Kadang-kala dia bersungut juga bila melihat ita asyik buat kek aje..
" dulu masa abang, mak tunggu abang belajar.. mak ajar mana yang abang tak faham.. mak bagi latihan.. tapi kita mak sibuk buat kek.. "
Sayu pulak hati bila dengar Dalili bersunggut. Rasa bersalah cukup menebal didalam diri ini..
" Kita nak mak suap kita makan.. lama dah mak tak suapkan kita.. makan "
Dulu dia tak begini.. mungkin bila lihat emaknya terlalu sibuk, dia telah mula merasa dirinya terabai.. Ita rasa apa yang ita alami ini turut di rasai oleh ibu-ibu yang lain, lebih-lebih lagi bagi mereka yang bekerja. Bimbang juga 'yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran..'
Kerana itu ita terpaksa mengambil beberapa keputusan yang ita rasa cukup sukar.. Ita terpaksa kurangkan berblog, menolak beberapa undangan dan jemputan kelas masak dan beberapa jemputan function. Ita tak lagi menerima apa-apa undangan untuk majalah dan juga permintaan untuk menerbitkan buku. Ini semua bagi memenuhi tuntuan ita terhadap suami dan anak-anak.
Di kesempatan yang ada ini juga ita nak mengucapkan terima kasih pada kawan-kawan dan sahabat-sahabat yang sentiasa berikan ita sokongan moral.. sentiasa doakan ita dan keluarga.. dan memotivasikan diri ini.. Alhamdulillah ita akan ingat setiap pesanan.. ita akan ikut segala apa cadangan dan kata-kata nasihat yang baik untuk ita dan keluarga . Terima kasih ita ucapkan hanya doa sahaja yang mampu ita ucapkan agar kalian memperolehi rahmat daripada Allah dan sentiasa di bawah lindungannya..
Setiap apa yang berlaku memang dah tersurat dan tersirat.
Hanya Allah juga yang maha perancang dan sebaik-baik perancang..
Ita hanya mampu berdoa agar Allah tidak menguji ita dengan ujian yang seberat ini.. kerana ita tidak mampu memikulnya..
Ok lah, malam pun dah semakin larut.. bunyi cengkerik dah sayup-sayup kedengaran.. bimbang pula bila ayam berkokok.. Esok Dalili akan ke sekolah.. takut kalau tidur lewat , lewat pula dia ke sekolah.. Nanti semakain kuat bebelannya.. panas cuping telinga mendengarnya.. :)
Dah lama ita tak kongsi resepi kan?
Maaf lah ya kadang ita tak punya banyak masa nak menaip panjang lebar dalam blog, masa cukup-cukup terbatas. Di pagi yang hening ni, di kesempatan yang ada ni ita taipkalah resepi yang banyak sangat permintaan dan yang selalu di minta pada ita di dalam ruangan pm di fb ita.
Maaf juga kerana gambar yang ita lampirkan di sini semuanya adalah tempahan dari customer. Kek tak boleh potong.
Resepi ini agak panjang stepnya. Kaedah penyediaannya cukup panjang lebar, tapi bila buat tu rasanya taklah sukar sangat.. cuma banyak yang perlu di sediakan.
Bahan-bahan yang di gunakan juga boleh tahan harganya.. bertambah-tambah lagi sekarang.. bila bahan-bahan untuk membuat kek cukup mahal harganya.. Almond aje dah naik berganda.. tak taulah nanti bagaimana harga biskut raya untuk tahun ni.. pasti melambung juga harganya..
Ok kita mulakan dahulu dengan menyediakan Kek Lobak Merah atau dalam bahasa orang putih lebih popular dengan nama Carrot Cake
Kek Lobak Merah
200 gm tepung gandum atau tepung kek
1/2 sudu besar soda
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
~ Kesemua bahan ini di satukan kemudian di ayak. Serbuk kayu manis tu kalau tak nak kuat sangat bau dia boleh kurangkan.
250 gm lobak merah yang telah di parut dan telah di perah.
~ Lobak ni kita parut halus, kemudian kita perah dan buang airnaya. Lepas tu baru timbang untuk dapatkan 250 gm tadi
150 gm nenas dalam tin
~ airnya jangan buang sebab kita akan gunakan juga nanti. Nenas ni potong kecil atau cincang kecil, perah sikit arinya dan timbang untuk dapatkan 150 gm adunan tadi.
100 gm almond nibs
~ pangang selama 5 minit dalam oven pada suhu 160 C
40 gm kelapa kering
80 ml jus nenas dalam tin
240 gm gula halus
180 gm minyak jagung
2 biji telur A saiz
Kaedah Penyediaan
Putar gula dan telur hingga kembang
Masukkan minyak jagung dan putar lagi hingga sebati dengan kelajuan sederhana
Masukkan campuran tepung yang telah di ayak tadi dan kaup balik sempurna
Di dalam bekas lain, satukan lobak merah, nenas, almond dan kelapa kering
Gaul sebati
Masukjkan campuran lobak, almond, nenas dan kelapa kering, kaup balik sebati
Tambahkan jus nenas dan kaup balik sempurna
Sediakan loyang ukuran 8 inc
Lapik loyang dengan kertas pembakar dan oleskan sedikit buter pada loyang
Tuangkan adunan
Bakar adunan di dalam ketuhar pada suhu 170C yang telah di panaskan dahulu selama 15 minit
Bakar kek selama 1 1/2 jam.
Bila dah masak, biar sebentar dalam loyang dan kemudian terbalikan atas redai
Sementara kita tunggu kek kita masak, bolehlah kita sediakan krimnya dan crocount
Krim Keju
150 gm *cheese / keju (philadelphia / tatura atau apa2 brand yang halal)
30 gm mentega tanpa garam
60 gm gula icing
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh lemon paste
*Cedar Cheese untuk hiasan ~ diparut halus( yg ni blh guna kraft, embrog sekadar memberikan beberapa brand, boleh cari di pasaran yg halal)
Pukul *cheese ( philadelphia / tatura) dan gula aising hingga kembang
tambahkan mentega, vanilla dan pes lemon
Pukul adunan sebati
Croqant
100 gm badam cincang
100 gm gula
20 gm butter
Masukkan gula dan badam dalam kuali dan panaskan dengan api sederhana
hingga berkaramel. Kacau hingga karamel tersalut pada keseluruhhan badam
dan nampak kuning keemasan
Tutup api dan masukkan mentega
Kacau hingga rata dan berderai
Bila kek kita dah masak, potong bahagian atas yang keras
Kemudian kita potong kek kepada 2 bahagian
Letak kek atas lapik kek atau pinggan
Letakkan 1 keping kek, letak krim keju dan ratakan
Tutup selapis kek lagi dan salutkan keseluruhan kek dengan krim keju
Salutkan kek dengan parutan keju* cedar (kraft, embrog)
Akhir sekali hiaskan dengan taburan croqant
57 comments:
Salam kak ita...yg deco tepi2 kek tu..tu kacang ape akak pakai??ke ape benda tu??nmpk gah je ltk benda tu tuk deco..lg sedap nmpk kek^_^ nyum2..
wasalam, ida yg tu lah croqant yg dlm resepi atas tu, menggunakan badanm nibs
Salam kak. Yg keju utk nk buat krim keju tu pkai keju ape ye?
kak, kalau tak letak badam tu boleh tak?
Salam , tepung biasa yg cth cap sauh, cap kunci, lily dan ll
kalau nak guna tpk kek pun boleh supper fine pun blh tapi mahal sikit harganya
wasalam, fiqah akak dah terangkan dan tulis semula di atas
As salam kak ita....terima kasih atas perkongsian resepi lagi...semoga akak sentiasa diberikan kesihatan yg berpanjangan ilmu pengetahuan yg luas dan kaya berjaya....setiapa ujian yg dtg pasti ada penyelesaian nya...korbankanlah apa yg perlu demi insan yg tersayang adalah yg plg terbaik...saya syg akak dunia akhirat...wallahuakalam
salam kak...
boleh tak nak tau teknik macamana nak salut/tabur kek dengan parutan keju ceddar dan croqant tu?...
t.kasih..
Terima kasih kak ita kerana sudi berkongsi resepi....moga Allah memberikan akak kesihatan yang baik selalu amin.
Terima kasih Kak Ita kerana sudi berkongsi resepi, doa maria agar kesihatan akak kembali baik hendaknya, amin.
kak ita, comeynya carrot cake ni..
ooo..ade resepi croquant..slalu beli je..hehehe..thanks kakak~
salam akak, nak tanya cream cheese nie leh bertahan x dalam masa 2 jam.. contoh saya nak buat n bawak balik yg memakan masa 2 jam perjalanan..
penerangan yang lengkap dan mudah di ikuti...terima kasih atas perkongsian...
resepi yang mudah di ikuti. TErima kasih atas perkongsian...
salam kak ita..terima kasih sharing resepi dan cara pembuatannyer..mcmaner saya nak taburkan croqant pada sisi kemas cam kak ita buat dan camner nak buat carrot yang comel tu..terima kasih.
assalam kak ita..
lama x singgah sini..cantik2 kek karot tu..terliur pula tengok..hihi..
Terima ksh k ita atas perkongsian resepi nih nmpk best nnti sy nsk try buat
Trima ksh k ita atas perkongsian ilmu ..Semoga k ita terus diberkati dan dilindungi oleh Allah...
Assalamalaikum kak ita, salam perkenalan...saya kagum dgn kreativiti dan kehalusan kerja seni akak, selama ni jd silent reader je hehehe....blog akak merupakan salah satu rujukan utama saya dlm mencuba resepi. Teruskan usaha murni akak ita berkongsi ilmu dgn org seperti saya yang masih belajar dalam bidang ni. Saya nak mintak izin "culik" idea dekorasi kek kak ita ni utk buat kek birthday anak saya bln depan,cantik sgt hehehe... halalkan ye ..tq kak ita - siti
Cantik2 semua kek yg kak ita buat.. byk idea akak.. kkdg cedok jgak idea kak ita ni bla dh kekeringan idea.. jgn marah yer.. anyway time kasih bebyk..
Cantik2 semua kek kak ita.. byk idea akak yer.. Alhamdulillah.. semoga akak terus kreatif.. terima kasih sbb blog ni mnjadi sumber inspirasi & sumber rujukan zura..
Terima kasih kak...baik ht akak sudi berkongsi resepi....dh cuba carrot cake akak yg sblm ni....sgt sedap...mak sy yg x suka kek pun suka.plg sy salute deco akak lawa sgt.
salam. kak Ita sayang.....teruskan berkarya...jgn jemu mencurahkan ilmu...walau tak termampu nak meniru...blog kak ita tetap di kalbu....
Cuba baca btl2 penerangan kak ita psl resepi ni..penat kak ita nk jwp..hehehe
Cer baca btl2 penerangan resepi kak ita bg tu..sy rasa dh jelas dh tu.penat kak ita nk jwp..hehehe
Cuba baca btl2 penerangan kak ita psl resepi ni..penat kak ita nk jwp..hehehe
TERIMA KASIH KAK ITA SEBAB SUDI KONGSI RESEPI. MOGA ALLAH BERIKAN REZEKI YANG LEBIHPADA AKAK.
terima kasih akk sb kongsi resepi.moga rezekiakk sentiasa ada.
Betul juga apa yg kak ita ni kabo dlm fb yg lps. Pdhal dah diberitahu tp mcm buat tak faham. Apa pun, rilek kak ita..hihiii
Sedapnya kak ita. kalau saya buat selalu tak jadi sangat. --,--
Sila kunjung ke blog ini http://fablosasa66.blogspot.com/ tq ^^
As salam kak ita...semoga akak sihat seperti dulu...aktif kembali dalam blog I adore U ;)
cantiknya...rasa mcm nak sepotong pulak...
Sangat cantik
salam ita.. sy kagum dgn kepandaian ita membuat dan menghias kek.. x semua org boleh buat sehalus sentuhan tgn ita.. sy ucapkan terima kasih dengan perkongsian resepi2.. moga Allah memberkati ita sekeluarga..
salam ita.. sy kagum dengan kepandaian ita membuat dan menghias kek.. x semua org ada tgn sehalus ita.. sy juga berterima kasih atas perkongsian resepi2 ita... moga Allah merahmati ita sekeluarga...
Salam kak ita.arini sy try resipe yg kak kongsikn ni tp sy tukarkn almond nib kepada toasted walnut.baru je msk oven.harap2 hasil penat lelah sy x mengecewakn nanti.tima kasih kak berkongsi resipe di sini.u r amazingly creative!
salam.TQ so much for sharing this recipie.dah tried buat . mmg sangat sedap but mine turned out to be too moist.mungkin tersilap sukat jus nenas tu kot. gonna try again later.
kak macam mana nak buat lobak tu?
Salam kak ita..maaf mengganggu..nk tnya sikit..:)..kek ni bakar oven api atas bawah ke??dan kt cara buat krim cheese tu guna cheese seketul tu ke atau krim cheese..klu guna krim cheese xperlu letak non dairy whippng cream ke??trima kasih k.ita...maaf ganngu kak ita yg sedang rehat..moga kak ita cepat sembuh..syg kak ita..:)
Salam kak sy dah mncuba mmg sedapp .. Cuma xsekemas n cantik mcm akk buatla ..
Assalam..sy antara peminat hasil2 kerja ita..terima kasih kerana sudi berkongsi dengan kami...
Assalam..sy antara peminat hasil2 kerja ita..terima kasih kerana sudi berkongsi dengan kami...
Tak sabar nak cuba.. hadoii.. meltingnyer..
http://mummyumardian.blogspot.my/
Salam. Terima kasih sebab banyak kongsi resepi. Memang sedap dan mudah masak utk family. Tq kak ita. Moga murah rezki n bahagia selalu. Minta halal ye guna resepi ni..
Assalamualaikum kak ita..terima ksh kongsi resepi..sy dh bt kek akk ni..sedap sgt..cume ade silap sikit bile emulcone lemon yg sy sangkakan paste lemon..krim cheese pun tukar color lemon...namunnn...tetap sedap kak ..ade rasa mns..crunchy...masam2 lemon...Alhamdulillah..semoga rezeki akk terus luas dan diberkati.. amiinn...
salam kak kalau kukus pakai resepi sukatan ni jugak boleh x ?
Saya ambil resepi sahaja tidak yang lain.
Assalamualaikum kak,saya ambil resepi sahaja. Tidak yang lain. Terima kasih.
kak ita.. rabbit n carrot atas kek tu buat pakai apa?
kak ita.. rabbit n carrot atas kek tu buat pakai apa?
Bestnya kek karot. Tq resepi.
haii sis..ini boleh tanya adunan utk sekilo ke??
Assalamualaikum, kak ita saya nk tanyer sosoda tu apa? Soda bikarbonat atau Baking Powder? Saya confuse
bakar kek ni guna api atas bawah ke sis
assalamualaikum kak ita.. bkr kek ni mmgma ye?? 1 jam 30minit??
Assamualaikum ita, tmkasih atas resepinya, izinkan macik copy & simpan ye..semuga ita sntiasa dimurahkan rezeki..Aamiin.
Post a Comment