Coretan 1 - masam manis f

Breaking

Apr 15, 2014

Coretan 1

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikumwarahmatullahhibarakatuh..

Apa khabar-sahabat-sahabat ita di luar sana..
lama ita tak menulis.. dah terasa janggal pula nak mengetuk semula papan kekunci dan mengatur baris-baris ayat..
Alhamdulillah.. dan syukur ita panjatkan kerana ita masih lagi dapat menghirup udara yang segar.. di kelilingi insan-insan yang cukup menyayangi diri ini. Terima kasih juga kerana menjadi teman setia ita.. yang sentiasa meniupkan semangat.. memapah dikala ita jatuh.. dan sentiasa mengigatkan dikala ita terklupa dan terleka... sesungguhnya sahabat yang baik adalah sahabat yang berani berterus terang.. yang sentiasa berani menegur dan membetulkan kesilapan kita agar kita tidak terus terlena diulit noda dan dosa..

Lama tak menulis terasa banyaknya yang ingin ita kongsikan kepada semua.. Perjalanan hidup ita, karea dan kerjaya.. hobi dan agenda.. pengalaman yang sentiasa membuat diri ini semakin matang.. mula memahami asam garam dan rencah kehidupan.. semakin banyak ilmu yang kita cari.. rupanya semakin banyak lagi yang kita tidak tahu..

Bagi rakan-rakan yang sering bertanya kemana ita menghilang.. lama tak update blog.. ada yang mengutuskan email bertanya khabar.. hantar sms dan pm ita di FB, alhamdulillah ita sihat.. cuma kebelakangan ini sedikit sibuk dengan tempahan kek, hingga kadang kala tak punya masa nak up date blog dan kongsikan resepi baru dengan rakan-rakan. Tapi bagi mereka yang selalu follow ita di FB pasti tahu akan apa yang ita lakukan setiap hari.. sampai ada yang dah mula bersunggut.. " kak ita ni asyik masukkan gambar kek aje.. bila nak up date blog".. ^_^

Insyaallah ita masih lagi mengatur jadual ita.. insyaallah ita harap satu hari nanti ita dapat bahagikan masa ita sebaiknya.. dapat update blog setiap hari  dengan resepi yang best..best dan juga dalam masa yang sama dapat memenuhi tempahan kek yang kawan-kawan pesankan. Doakan ita sihat ya..

Permulaan bicara ita nak kongsikan kejayaan anak ita Azrul dalam peperiksaan SPM baru-baru ini. Alhamdulillah doa ita di Baitullah dan didalam sujud setiap hari Allah makbulkan.. walaupun Azrul sedikit kecewa sebab tak dapat straight A+ dlm peperiksaan tempoh hari.. tapi resultnya sudah cukup membuatkan ita dan keluarga bangga dengan usahanya.

Azrul mengambil peperiksaan dalam keadaan dirinya yang tidak beberapa sihat. Ita cukup risau kerana semasa trial SPM dia tidak dapat menjawab peperiksaan dengan baik. Ada sesetengah paper yang pada ita kacang baginya dia hanya hantar kertas kosong. Sewaktu mendengar esak tangisnya di hujung corong talifon.. seakan merentap jantung ita.. Ya Allah kenapa dengan Azrul.. Pada ita dia seorang anak yang baik.. tidak pernah menguris hati ibu dan ayahnya. Bila bercakap sentiasa berlapik dengan setiap apa yang dikatakan.

Cikgu menghubungi ita dan suami, sewaktu melawatnya di asrama.. dia demam panas mungkin terperanjat dengan situasi itu.. kerana ini adalah pengalaman yang cukup hebat bukan sahaja bagi Azrul tapi juga untuk ita dan suami. Alhamdulillah, cikgu sekolah Azrul cukup baik dan sangat-sangat memahami. Beliau meminta ita membawa Azrul berubat secara perubatan Islam. Bayangkan setiap minggu ita turun ke Putra Jaya semata-mata untuk membawanya berubat.

Hari peperiksaan ita berkampung di sekolah, mujur Dalili dah cuti sekolah. Setiap kali dia melangkah ke dalam dewan ita panjatkan doa semoga Allah lindungi dirinya dari ganguan syaitan, iblis dan Jin serta angkara hasad dengki makhluk Allah yang lainnya. bacaan ayat-ayat Al Quran sentiasa ita titipkan sepanjang dia berada di dewan peperiksaan. Walaupun terasa sangat penat dan meletihkan.. namun demi melihat kejayaan Azrul ita dan suami gagahkan diri juga..

Kerana itu bila dia cemerlang dalam SPM hanya sujud syukur ita ucapkan dalam esak tangis yang benar-benar mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan.. ya Allah.. sesungguhnya dia yang maha pengasih lagi maha penyayang dan sentiasa mendengar doa hambanya..

14 March adalah ulang tahun Azrul, kejayaannya adalah hadiah ulang tahunyang cukup bermakna bukan sahaja untuk Azrul tapi untuk kami sekeluarga.

18 March, Azrul tamat latihan PLKN, pulangnya sebagai insan lain yang penuh displin dan semangat jati diri yang kental. Hanya doa hadiah dari emak buat Azrul.. ingat.. pesan emak.. setiap apa yang kita lalui adalah satu pengalaman hidup yang semakin mematangkan. Jangan mudah putus asa.. Doa adalah senjata kita untuk menjadi khalifah di bumi Allah ini.

31 March adalah ulang tahun putera sulung ita Amirul. Kami tak dapat sambut bersama tahun ini, masing-masing penuh dengan komitmen masing-masing.. Amirul sibuk dengan exam dan Azrul pula belum pulang dari PLKN masa itu. hasrat untuk menyediakan kek untuk mereka berdua terpaksa ditangguhkan hingga kesatu tarikh dimana kami dapat di himpunkan semula..

Untuk Amirul.. maaf.. mak tak tahu.. semasa Amirul menghadapi situasi yang sama sewaktu peperiksaan SPM dahulu.. mak ingat Amirul cuai.. tak belajar.. walaupun Amirul dalam esak tangis menyatakan sumpah yang Amirul dah lakukan yang terbaik.. maafkan mak nak kerana tak menyedari situasi yang kita alami ini sedari awal lagi.. Mungkin ada hikmahnya.. belajar bersabar dan sentiasa dekatkan diri dengan Nya.. semoga kita di beri petunjuk.

1 April, hari ulang tahun suami tercinta. Sesungguhnya jika di kumpul air di lautan tidak dapat untuk ita noktahkan betapa diri ini amat mensyukuri apa yang Allah kurniakan. Sesungguhnya dialah suami yang telah Allah ciptakan terbaik untuk ita dan anak-anak. Sentiasa sabar dengan segala ujian dari Allah. Dialah kekuatan ita.. dialah surga ita.

Setiap apa yang berlaku adalah atas ketentuan darinya juga...
Ita tak pernah kesal di uji sebegini.. sesungguhnya Dia lebih mengetahui..

29 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

tidak dapat kutahan airmata ini dari terus mengalir.. terbayang wajah Azrul yang tersenyum memegang kotak kek dalam kereta.. terbayang suami Kak Ita.. terbayang Kak Ita dan Dalili walau kita tak pernah bersua.. terlintas juga wajah Amirul.. semoga semuanya baik2 sahaja. Kak, sy tahu semangat akk kuat, semoga segalanya akn cepat kembali normal. Semoga Allah SWT sntiasa memelihara Kak Ita sekeluarga dan membuka pintu hati mereka yang dengki untuk bertaubat, Allahumma Ameennn.

Marsita Yahya said...

In sha allah semuanya akan baik2 saja.

Zalieda Zaliedana said...

Allahu akbar..sedih n mnitis air mata sy mmbcanya..akak wanita hebat yg trpilih..bkn calang2 org dpt hadapi ujian bgini..Alhamdulillah ank akk dh brjaya..

Nasa Mulia said...

Salam kenal kak Ita, selama ini memang mengikuti blog masam manis secara silent reader jer...saya doakan semoga akak terus kuat dan sabar menghadapi dugaan hidup.

yati said...

touchingnya kak..rindu kak ita..tiap2 hari yati menanti kaka update blog

izatishop.blogspot.com

Gee® said...

Subhanallah.... kdg2 ujian itu sebagai tanda Allah sayangkan kita... bersabar ye Ita...

Kamsiah yusoff said...

DIA menguji hambaNYA dgn berbagai cara...insya ALLAH berkat kesabaran,keredaan menghadapinya..akan dihadiahkan kejayaan yg lebih bernilai...

eeizan said...

assalamualaikum kak ita, salam perkenalan daripada saya Izan. Saya memang selalu mengikuti blog masam manis kak ita secara silent...personally it's Awesome!
Cuma hari ini saya turut berkongsi rasa bersama kak ita..semoga kak ita kuat semangat, sabar dan tabah..ada hikmah dariNYA yang kita tak Nampak..

fazianbatrisyia said...

Kak ita wanita tabah. sy rindu blog kak ita sepi tanpa bicara...mesti kak ita ada sesuatu...semoga yg baik2 aje utk kak ita n family...kak ita teruskan menulis dan kerjaya seni tu ye...rindu kak ita

mimie said...

assalammualaikum kak..
mungkin allah sedang mencuri perhatian kak ita sekeluarga..
tetap bersabar dan slalu bersyukur kak.
La Tahzan, Innallaha Ma’ana. Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita ” (QS at taubah : 40).
salam peluk hangatttt buat kak ita.. :)

ummiaisyah said...

We luv u kak Ita...Kak ita sentiasa beri yg terbaik utk kami adik2 Kak Ita...hanya Allah yg mampu membalasnya..

LiaNa YuSoF said...

Salam Perkenalan...

sangat kagum dengan kasih sayang yang ditunjukkan Kak Ita pada keluarga.. semoga Kak Ita sekeluarga sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT..

Unknown said...

asslamualaikum Kak Ita..
hari2 saya pasti akan buka blog akak untuk melihat jika ada update terbaru dari akak.. tapi hampa.. :( saya merindui segala tulisan & coretan akak.. walaupun saya bukak bukanlah utk tempahan kek ataupun mencuba utk membuatnya, tapi saya sentiasa menantikan setiap bait2 kata dari akak.. salam sayang dari saya.. jangan la berhenti utk berblog ye kak.. sebab akak begitu ikhlas apabila menaipkan & menitipkan kata2.. walaupun kita tak pernah bersua.. la tahzan.. sesungguhnya Allah tau akak mampu utk hadapi segala ujian ini..

Unknown said...

tahniah dgn kejayaan anak2. semoga Allah mudahkn segala urusan

Rahmath @Anak_Mami said...

Assalamualaikum Kak,
Saya doakan yg terbaek utk Akak sekeluarga. Sabar kak, ujian2 Allah utk yg terpilih sahaja.

Sebona said...

Sebaknya kita kak ita...

Unknown said...

Salam ADEK ITA akak hanya Ingin menyatakan SYABAS
Kepada ITA dan keluarga....YOUR ARE REALLY
SUPERWOMAN....

Elly Mazli said...

Assalammualaikum Kak Ita...
Semoga kak ita sekeluarga terus kuat serta tabah menghadapi segala cabaran & dugaan dr Allah Yang Maha Esa.

Salam sayang dr silent reader... Elly..

Unknown said...

salam Ita...Allah menguji kesabaran umatnya yang Dia kasihi..Saya berharap Ita tabah dalam menghadapi ujianNya...Didoakan jua Ita dan keluarga dibawah lindunganNya.Ya Allah lindungilah keluarga kami semua. Amin Amin Amin......

Unknown said...

As Slm Ita.
Spi opis terus bukak blog Ita. Sbb dh lama x baca blog baru Ita tulis. Tapi kali ni sedeyy sgt. Menitis airmata. Ade jugak manusia mcm tu di zaman moden ni,kan... Hanya org2 yg pernah 'terkena' je tau perasaan yg kita alami. Semuga Ita kuat/ Famili juga kuat hadapinya. Allah selalu bersama insan yang selalu mengingatiNya....

Unknown said...

As Slm Ita....
Sedeyyy baca blog Ita kali ni. Ita kene kuat. Org yg mengalami saja yg tau perasaan kita...

elszasafia said...

assalam kak ita..hidup mmg penuh dugaan..semua org merasainya..moga kita semua kuat dan sabar menghadapinya..tahniah utk putera kak ye

Unknown said...

salam k,ita..
all the best .. semoga tabah. even saya tak berapa faham apa yang dah berlaku ..allah ada.

ramzylee said...

it touched my heart reading this post especially when u feel sorry of not knowing amirul's case earlier..

Myalycia said...

Salam kak Ita.. rindu nk tatap kek kak Ita di blog hehe.. hope smuanya akan kembali seperti biasa yer ;)

Enjaafiqah said...

Assalam ita, semoga sentiasa tabah menghadapi cubaan dan dugaan. Semoga lebih bersemangat untuk menulis dan saya ada salah seorang yang sentiasa ternanti- nanti tulisan ita diblog.

Aqilah Azmi said...

allah, inshaallah allah permudahkan everything for u kak ita :) <3

menghitung hari meniti usia said...

saye suke akak..terharu bace tulisan dari seorang ibu..

Unknown said...

I feel so sad with your stories, Allah senantiasa mendengar

Post Top Ad

test