Alhamdulillah dapat kita bertemu lagi petang ni di dapur maya. Hari ni ita tak boleh sembang lama-lama sangat, sebab ita perlu menyiapkan tempahan kek yang di pesan oleh customer.
Hari ini ita nak kongsikan satu resepi yang pada ita cukup unik kerana ia tidak memerlukan bahan yang banyak untuk menyediakan satu bijik kek yang enak ini.
Kek ini adalah permintaan seorang rakan muka buku ita. Beliau minta ita carikan resepi yang menjadi kesukaan anak-anaknya. Katanya anak-anaknya cukup suka kek ini, tapi harganya yang sangat mahal membuatkan beliau merasakan adalah lebih baik sekiranya beliau membuat sendiri untuk keluarga tersayang.
Betulah.. sekarang harga makanan dan barangan cukup-cukup mahal. Kadang bercinta rasanya nak membeli. Jika mempunyai keluarga yang ramai.. adalah menjadi tanggungjawab kita memastikan keperluan untuk mereka cukup. Jika tak larat nak beli disebabkan harganya yang mahal.. ada baiknya kita buat sendiri.. puas dimakan bersama keluarga.. bukan itu aje ianya juga terjamin darisegi kebersihan dan sudah semestinya di sediakan dengan penuh kasih sayang.. ya tak?
Hasil pencarian ita di google, akhirnya bertemulah ita dengan resepi yang dipinta. Resepi ini ita ambil dari blog Kirbie's Cravings. Tak sangka resepi ini hanya menggunakan 2 bahan sahaja. Ita mula terfikir adoii.. 2 bahan aje.. tapi kenapa ianya dijual dengan harga yang jauh lebih mahal.. ooo.. mungkin harga Nutella itu yang membuatkan harganya turut mahal dipasaran.
Macam mana? ada yang terasa nak mencuba? Jom ikut ita masuk dapur dan kita intai-intai resepi yang cukup mudah ini.
Flourless Nutella Cake with Caramel Sauce
Flourless Nutella Cake
Resepi oleh : Kirbie's Cravings
4 biji telur bersaiz A
250 gm Nutella
Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170C
Sediakan loyang berukuran 7 inc dan di gris dengan butter serta lapikkan dengan kertas minyak, atau kertas pembakar
Masukkan telur ke dalam mixer
Putar telur dengan speed tinggi hingga kembang , ringan dan naik 3 kali ganda. Warnanya akan bertukar putih krim masa yang di anggarkan 6 minit
Ambil 1/3 bahagian telur dan kaup balik di dalam nutella.
Kaup balik rata
Ambil lagi 1/3 dan ulang proses yang sama hingga habis semua adunan telur
Tuangkan adunan di dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25 mint
Bila dah masak, keluarkan daripada loyang dan sejukkan atas redai.
Caramel Sauce
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan krim ( tick cream, double cream. whipping cream)
25 gm mentega
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
Panaskan gula hingga larut dan berbuih
Tuangkan krim ( berhati-hati ketika melakukan proses ini)
kacau rata.
Tutup api masukkan garam, esen vanilla dan butter
Biarkan sejuk
Letakkan kek di atas pinggan. Kek ni nipis aje ya..
Tuangkan sos karamel atas kek dan ratakan
Hiaskan jika perlu
Sedia dinikmati bersama keluarga.. eeeemmm.. yummy!
Sedap tau! tak sangka resepi yang semudah ini dapat menghasilkan kek yang yummy!
Selamat mencuba!
29 comments:
sedaaaapppnyer!
sedaaaapppnyer!
Sedapp nya..mesti cuba ni..tq kak ita.
kak ita mohon share ye mintak halalkn ye..tq
kak ita mohon share ye
wou..rich coklat nutella.
Assalammualaikum kak ita..pakai loyang bape inci tu kak?
Salam kak ita..bape imci loyang tu kak..6inci ke?
Ya Allah... Sedapnya!! Tq kak Ita atas resepi yg ringkas ne..
Assalam kak Ita.. Retina sgt tgk resepi tu... Tq atas resepi yg mudah tapi lazat...
Kak ita dh tulis, 7 inci...
Salam kak. Biji2 hiasan atas tu apa ye? Brapa inch loyang ye? Trima kasih
As salam..sorry..but..if nak sesuatu ilmu..kena rajin juga...silalah baca info2 yg telah k.ita susah payah tulis..dah dinyatakan saiz loyang..dan ada komen2 di atas mention saiz loyang juga...so marilah kita sama2 membaca..but yes..maybe kadang2 kita terlepas pandang..so sorry again ya...
As salam..sorry..but..if nak sesuatu ilmu..kena rajin juga...silalah baca info2 yg telah k.ita susah payah tulis..dah dinyatakan saiz loyang..dan ada komen2 di atas mention saiz loyang juga...so marilah kita sama2 membaca..but yes..maybe kadang2 kita terlepas pandang..so sorry again ya...
Nampak sedap..nak cuba buat..terima kasih Puan Ita atas resepi -resepi yang dikongsi
Yummyyy....
Kak ita, suka sangat tengok resepi kat blog akak. Boleh tak akak kongsi juga tips fotografi? Lens jenis apa akak pakai & macam mana nak food styling bagi nampak menarik. :)
sangat menarik kek ni..
Perkongsian yg hebat. T.kasih kak Ita..
As salam..hai kak ita. Saya dah try resepi ni tadi. Sedap. Tq sbb berkongsi resepi. Cuma nak tanya kek ni memang akan jadi mcm very moist ke?sbb saya buat tadi jadi mcm tu.takut saya bakar x cukup masa.
As salam. Hai kak ita..tq di atas perkongsian resepi yg sgt menarik ni. Saya dah cuba buat tadi. Memang sedap dan mudah.cuma nak tanya memang kek ni kejadiannya sgt moist ke?sbb saya buat tadi jadi camtu.
Salam k.ita.resepi ni klu bakar dgn oven jenis butterfly yg gna gas tu ble ke?sory..sy xde lg oven yg canggih2 ni..huhu..
Salam.klu nk bakar kek ni gna oven jenis butterfly tu ble ke?sy ni xde lg oven yg canggih2 ni.huhu
Sedapnye k.ita...mohon share resipi ye kak
salam kak ita. kek tu sedap betullah bila tengok. Meleleh air liur shasha. Bahannya pun mudah. Tkz kak ita atas peekongsian ini. Anyway, kak ita dan blogger lain sila ke https://www.shashabakery.blogspot.com.Sudi-sudikan melawat dan beri sokongan.
Boleh ke kalau kukus?
As slm Ita...mohon share ya...tq :)
Slm..kak..cream tu guna slh 1 jnis cream shj yer?
Wow...sedapnye
Post a Comment