Jom kita salut kek fondant pula - masam manis f

Breaking

May 18, 2014

Jom kita salut kek fondant pula



Ini adalah antara persoalan yang sering di tanyakan.
Bagaimana caranya nak membalut kek dengan fondant.




Sebenarnya jika kita rajin sedikit, kita boleh google dan cari di youtube. Banyak sebenarnya kaedah yang mereka terangkan atau tunjukkan bagaimana cara untuk kita balut kek dengan fondant.
Ita dah cuba banyak kaedah, tapi lebih selesa dengan cara yang ita gunakan hari ini. Mungkin agak kuno berbanding kaedah lain yang lebih cangih, tapi ita lebih selesa mengikut apa yang ita rasa ita selesa.


Bila kita berbicara berkenaan kek fondant, rata-rata masih ramai yang kurang arif tentang kek. Kek mana yang sesuai atau yang mana tidak sesuai. Ada masanya sebagai bakers kita menghadapi masalah dalam menerangkan kepada customer yang mana kek yang sesuai untuk majlis ini atau majlis itu. Kebanyakkan customer kurang arif dalam bab ini. Tapi bila kita, terangkan mereka tidak boleh terima dan masih lagi ingin kehendak mereka kita turuti. Pada mereka kuasa membeli adalah di tangan mereka.. Bila di minta kita hanya perlu kata boleh atau tidak.. berani buat atau menolak sahaja.


Kek fondant, kek yang sangat cantik. Bukan sahaja cantik tapi ia juga kemas dan mudah di olah dengan pelbagai pilihan dekorasi.
Rasanya memang manis, kerana boleh dikatakan 90% bahan penyediaaannya adalah gula. Tapi ada juga yang masih berbunyi..
apasal manis sangat..?
tak boleh kurangkan ke gulanya..?
Itulah yang payah nak kita terangkan.. Kita dah tahu gula itu manis.. jadi tak perlulah kita persoalkan akan kemanisannya..


Untuk kek fondant kebiasannya kek yang paling sesuai adalah kek yang berat dan padat dari segi teksturnya. Contoh seperti butter cake.
Kek tidak boleh di layer terlalu tebal dengan krim kerana ianya mudah melunsur menjadikan permukaan kek tidak rata dan kemas.

Apa yang perlu di tegaskan di sini ialah, kek fondant tidak boleh terkena air. Oleh itu ianya tidak sesuai jika di gandingkan dengan layer atau topping fresh cream, royal icing, swiss meringue buttercream atau apa-apa juga bahan yang mengandungi kandungan air di dalamnya.
Untuk lebih selamat sebaiknya kita hanya menggunakan buttercream atau chocolate ganache sahaja sebagai coting kek yang hendak di salut dengan fondant.


Bagi ita pula, ita lebih suka kek yang cotingnya coklat ganache di balut dengan fondant berbanding kek buttercream.
Suhu negara kita yang panas, membuatkan kek yang bercoating buttercream mudah lembik, menjadikan fondant kita tidak rata, mengandungi gelembung udara dan tidak kemas.
Tapi jika kita masih inginkan kek kita bercoating buttercream, kita perlulah melakukan proses membalut kek dengan fondant dengan kadar yang segera, supaya buttercream masih lagi dalam keadaan stabil semasa proses memfondantkannya di lakukan.


Bila ita sebut coklat ganache, perlu ingat ya, ianya bukan coklat ganache yang cair melelet dan berkilat-kilat tu ya..
Kaedah membuat coklat ganache tetap sama, seperti resepi yang pernah ita kongsikan sebelum ini. Cuma bila kita nak melempa atas kek, kita pastikan ganache coklat itu dah sejuk ( tak perlu masukkan dalam peti ais) barulah kita gunakan kaedah melempa seperti biasa kita melempa kek dengan buttercream. Mungkin agak sukar bagi mereka yang baru pertama kali mencuba, tapi bila dah biasa ianya terasa lebih mudah!


Bagaimana kita nak dapatkan permukaan kek fondant yang rata dan licin?
Pertama sekali kita kena pastikan kek yang telah kita coating dengan buttercream atau coklat ganche telah stabil.
Macam mana nak tau dia stabil?
Ia telah keras dan bila kita sentuh dia tidah terbenam atau terusik.
Untuk stabilkannya, kek perlulah berada di dalam peti ais semalaman iaitu 8 jam atau lebih.

Proses untuk membalut fondant pada kek juga perlu di lakukan dengan cepat, kerana kita sedia makhlum dengan suhu kita yang panas. Untuk makluman ita mengambil masa tidak sampai 5 minit untuk membalut fondant pada kek. lagi cepat lagi bagus. tapi pastikan teknik yang betul dan kek di balut kemas.



Perlu di tegaskan di sini bahawa, kek yang telah di salut fondant tidak boleh di simpan di dalam peti ais. Sebaik-baiknya ia di letakkan di ruang suhu antara 15 C ~ 20 C sahaja. Dan sudah pasti sebaiknya di letakkan di bilik berhawa dingin.

Ada lagi yang anda perlu tahu tentang fondant?
Rasanya telah jelas apa yang ita terangkan di atas. Sekiranya ada masalah lagi anda boleh kemukakan pertanyaan. Ita akan terangkan semula jika ada antara penerangan ita yang kurang jelas.

Hari ni ita tak mahu sentuh tentang fondant apa yang sesuai di gunakan. Anda boleh dapatkan dari mana-mana kedai yang menjual bahan kek jika anda inginkan yang ready made. Pastikan anda tahu kandungannya, halal  dan sedia digunakan.  Jika ragu-ragu, anda boleh buat sendiri dan dapatkan resepi dalam pencarian di google.



Tolong sekali lagi ita tegaskan di sini, jika nak tanya berkenaan produk halal sila bertanya dengan mereka yang arif. Anda boleh berhubung terus dengan jabatan agama , bahagia makanan halal. Ianya lebih baik dari anda membuat sebarang tuduhan, fitnah yang boleh menyinggung perasaan mana-mana individu. Sebagaimana yang kita ketahui, sesungguhnya lidah manusia ni lebih tajam dari mata pedang

Tanpa membuang masa lagi jom kita terus sahaja kepada demo bagaimana cara dan kaedah yang biasa ita gunakan untuk membalut kek dengan fondant.


Ini adalah kek yang telah ita salutkan dengan buttercream. Kek ini telah ita simpan semalaman di dalam peti ais untuk menstabilkan buttercream tersebut.

Jangan keluarkan kek dari peti ais dahulu, sebaiknya kita canai fondant dahulu, setelah fondant sedia di gunakan baru kita keluarkan kek dan salutkan dengan fondant.


Mula-mula kita canai dahulu fondant yang kita nak gunakan. Jumlahnya haruslah sepadan dengan besarnya kek yang akan kita salut nanti.
Bagi mereka yang membuat sendiri fondant. Fondant yang baru di buat tidak boleh terus di guna. Anda perlu balut plastik dan simpan semalaman untuk stabilkan fondant. Ingat! jangan simpan fondant di dalam peti ais.

Bagi mereka yang menggunakan fondant ready made, anda perlu uli fondant untuk samakan kelembutannya. Ingat jangan uli lama sangat. Suhu tangan anda yang hangat boleh menyebabkan fondant lembik dan melengas. Semasa proses menguli, sebaiknya anda selang selikan dengan penggunaan tepung jagung. Ini supaya anda boleh kawal kelikatannya.
Ada yang menggunakan gula ising, tapi ita lebih selesa guna tepung jagung untuk mengelakkan rumah atau dapur ita melengas dan mengundang pula makhluk Allah yang sukakan kemanisannya.

Bagi yang ingin mewarnakan fondat, anda boleh menggunakan mana2 pewarna yang anda suka tapi anda pastikan pewarna itu adalah berasaskan minya ( oil base ) bukan dari water base. Letak pewarna pada fondant, jangan banyak kerana ia akan membuat fondant anda lembik nanti.Kemudian uli hingga warna itu rata
Canai atas lapik kek dan biarkan ia terdedah di udara seketika supaya ia sedikit kering dan tidak lembik.

Untuk mencanai fondant, sebaiknya guna roller khas untuk mencanai fondant. Anda boleh dapatkan dari kedai menjual bahan kek. Ita suka menggunakan roller daripada wilton kerana ianya berat dan mudah di kendalikan.

Ita juga akan mencanai fondant atas lapik silicon mat. Sebenarnya silicon mat yang ita guna ni untuk buat macaroon hihi.. tapi ita lebih selesa guna yang ini kerana permukaannya yang lebar. Anda boleh dapatkan silicon mat ni dari mana-mana kedai jual bahan kek. Terdapat silicon mat yang khusus untuk mencanai fondant.

Untuk ketebalannya pula, jangan terlalu tebal ya, kerana ia akan mudah retak-retak dan berkedut.
Dan jangan juga terlalu nipis kerana ianya mudah koyak bila kita nak mengendalikannya nanti.
Ketebalannya yang sedang-sedang aje ya..

Setelah kita berpuas hati dengan ketebalan fondant itu, dan dah rasakan permukaannya cukup untuk membalut ukuran kek kita barulah kita keluarkan kek dari peti ais dan letakkan atas stand kek untuk memudahkan kita melakukan proses seterusnya.


Selain kek, anda juga perlu sediakan bahan-bahan lain yang perlu untuk anda menyalut fondant, seperti tempat merata fondant yang berbentuk seperti seterika tu.. tepung jagung.. dan pisau untuk memotong lebihan fondant.

Ingat sekali lagi proses ini perlu dilakukan dengan kadar segera untuk mengelakkan kek kita terpeluap dan mengeluarkan titisan air yang boleh mencacatkan proses kita memnyalut kek dengan fondant.


Sebagaimana yang ita katakan pada awal tadi, ini lah kaedah kuno yang sering ita guna pakai dalam mengendalikan fondant kek ita. Al maklumlah ita ni pun masih lagi amatur dan masih banyak yang perlu ita pelajari. Mungkin cara ini agak asing bagi mereka yang mahir.. tapi pada ita ianya cukup selesa.
Anda boleh jika ingin mencuba cara ita, tapi ada juga kaedah yang lebih baik lagi, iaitu anda menggunakan roller untuk mengangkat fondant dan meletakkan atas kek anda.

Bagi ita pula, biasa selepas canai ita anakan mengangkat terus fondant yang masih melekat atas lapik untuk ita salutkan atas kek, bila ita dah dapatkan mermukaannnya yang stabil baru ita tanggalkan lapik silicon tersebut.

Macam mana? ada yang nak cuba..


Beginilah keadaan kek yang telah kita balut dengan fondant. Sekarang kita mulakan proses seterusnya iaitu meratakan fondant pada kek pula.


Mula-mula ita akan sapukan keseluruhan kek bermula dari permukaan atas dan kemudian pada tepi kek dengan tepung jagung. Ini bertujuan untuk mengelakkan ia melekat-lekat dan menyulitkan proses seterusnya.

Ita akan letakkan tepung jagung dalam bekas powder baby. Pastikan ianya masih baru dan belum di gunakan lagi ya.. Bagi mereka yang ada anak kecil jangan gunakan kaedah ni.. bimbang pula jika tertukar dengan anak punya pulak! ^_^


Kembangkan skirtnya dahulu, tapi jangan terik ya! cuma kembangkan untuk mudahkan proses meratakkannya.

Mulakan meratakan pada bucu atas dahulu. Tekan ( bukan kuat2 ya ) dan tekap-tekap dan ratakan. ini untuk mengelakakn ia terkoyak pada bucu kek.

Bila dah rata baru kita alihkan pula ke bahagian bawah dan ratakan keseluruhannya.

Sekarang dengan menggunakan alat merata fondant, anda ratan keseluruhan bahagian atas kek dahulu. Bila dah rata beralih pula ke bahagian sisi kek.

Tips jika ada gelembung udara, anda gunakan jarum peniti dan cucuk-cucukkan di bahagian yang gelembung untuk membuangkan udara yang terperangkap. Kemudian rakan semula.

Gunakan tepung jagung untuk menutup ruang atau lubang-lubang hasil cucukan jarum tadi.

Ratakan sehingga anda sukakan hasilnya. Selang-selikan dengan sapuan tepung jagung untuk melancarkan proses anda meratakan fondant.


Buangkan lebihan fondant pada tepi kek dan potong kemas dengan pisau. Ita suka guna pisau yang kecil ni. Anda boleh juga guna pemotong pizza.

Simpan kek yang telad di salut fondant di bilik yang bersuhu 15C ~ 20C

Sekarang bolehlah anda melakukan proses seterusnya iaitu mendeco kek dengan idea dan design decorasi pilihan

Semoga penerangan ita sedikit sebanyak dapat membantu adik-adik ita yang baru berjinak-jinak untuk mendeco kek dengan fondant.



Jangan lupa nantikan entry seterusnya bagaimana pula kita nak buat kek bertingkat-tingkat pula..
Kek den bertengket-tengkek... kek den bertengkek-tengkek.. ^_^


Assalamualaikum..

55 comments:

Anonymous said...

hahaha yang doc tu cute sangat..
saya penah sekali tlg kazen nak buat fondant ni lepas tu give up tanak tolong da.. mayb sbb saya ni spesis yg susah nak focus huhuhu..

CT Delima said...

Alhamdulillah...walau ct masih tak berani nak mencuba. Namun sedikit sebanyak penerangan dari ita akan cuba ct ingat. Manalah tau anak dara ct nak kawin nanti boleh cuba deko sendiri... hahaha
kalau tak jadi, baru panggil sifu ita tolong deco eh..hehehe. terima kasih segalanya ;-)

Che Ct.. xoxo

Fatimah Nabila said...

kreatifnya..cntik jugk..nk mkn pun syg..huhu..

nin9landers said...

Tq kak.ita....pada 13 mei lalu baru je saya buat kek fondant yg pertama kali..pun belajar dr you tube...itupun byk kesalahan yg berlaku..bila baca entry k.ita ni..rasa mcm Allah itu maha besar..permudahkan segala2nya..entry k.ita buatkan saya lebih phm dan senang nak baiki kesalahan yg lalu ..tq kak ita hanya Allah sahaja yg mampu balas jasa k.ita...may Allah bless u and your family..aminn

Unknown said...

Alhamdulillah kak ita..amat membantu..ilmu yg sangat bernilai..terima kasih byk2 :-)

suria said...

Kak ita,sy pun pernah guna method ni tau...tpkan saya punya kek pas je siap...lama tu dia melekit mungkin sbb air dlm kek tu dh mula kuar...dia mcm basahkan plak fondant tu...adakah itu biasa?

suria said...

Kak ita,sy pun pernah guna method ni tau...tpkan saya punya kek pas je siap...lama tu dia melekit mungkin sbb air dlm kek tu dh mula kuar...dia mcm basahkan plak fondant tu...adakah itu biasa?

suria said...

Kak ita...saya pernah guna method ni..tp kan kak lepas siap tu..masa nk setting dlm suhu bilik tu kan,dia mcm melekit..seolah2air dlm kek tu dh kuar....so sy mcm panik tgk krk tu basah n melekit....so sy boh tepung skit..tp mcm bercapuk2plak... Itu biasa ke kak melekit tu

Azlita Aziz said...

Salam Suria, suria guna filling apa ya?
Pastikan filling bukan dari jenis yang boleh mengeluarkan air.

Seperti yg akak dah jelaskan tadi, pastikan balut dengan cepat. Lepas balut kena simpan terus dalam bilik berhawa dingin.

*Masa yg akak guna untuk balut fondan pada kek tidak sampai 5 minit
lagi cepat lagi bagus

Unknown said...

Saya ada cuba guna fondant utk beberapa kek... Mmg leceh fondant ni,tp saya suka bermain dengan fondant... insyallah segala penerangan diatas sgt membantu...

Unknown said...

Saya pernah guna fondant readymade, bila dah siap esok nya fondant tu mcm merekah... Dia dah xsmooth mcm mula2 siap... N satu lagi, bunga fondant saya bila dah siap dia mcm lembik, mcm mna nk bg dia keras...

Azlita Aziz said...

Salam Khatijah,
Mungkin fondant itu tidak berada di dalam kualiti yang baik. Cuba cari fondant yang lain.

Untuk pengetahuan khatijah bunga tidak boleh di buat dari fondant, sebaiknya utk membuat bunga perlu guna gumpaste atau sugar paste, kerana ia mudah keras dan cepat kering. Ia juga boleh di canai senipis yang boleh, berbanding fondant.

Unknown said...

Salam k. Ita..... tqvm for sharing ur knowledge. W/pun jess confirm x buat kek yg balut fondant ni sbb x kreatif....but sy sukaaa sgttt tgk hasil kerja k. Ita.....kemas n bole nmpk ur passion in this field. Jess doakan....semoga Allah sentiasa memberi kesihatan yg baik, merahmati & melindungi keselamatan k. Ita sekeluarga....wish u all d best....teruskan memberi inspirasi pd semua yg berminat dlm dunia baking....take care k. Ita.....

Unknown said...

Salam k. Ita..... tqvm for sharing ur knowledge. W/pun jess confirm x buat kek yg balut fondant ni sbb x kreatif....but sy sukaaa sgttt tgk hasil kerja k. Ita.....kemas n bole nmpk ur passion in this field. Jess doakan....semoga Allah sentiasa memberi kesihatan yg baik, merahmati & melindungi keselamatan k. Ita sekeluarga....wish u all d best....teruskan memberi inspirasi pd semua yg berminat dlm dunia baking....take care k. Ita.....

Kak Nita said...

Terima Kasih atas tips diatas ...insyaAllah saya akan cuba lg yang mencabarnya nak ratakan disekeling d/ bahagian tepi tu..

Unknown said...

Subhanallah...kreatif sangat...tak terbayang saya macamana nak deko yang comel-comel tu...halus sangat tengok hasilnya...

Unknown said...

Terima kasih kak ita. Baru saya tahu rupanya ada trick nak buang kelembung angin dlm fondant tu..

Unknown said...

Wahhh..kita punya gmbr kek jd kepala cerita...mmg cntk, kemas, sedappp...tq byk2 kak..superb!

Unknown said...

Wahhh..gmbr kek kita jd kepala cerita..mmg cntk, kemas n sedappp...tq byk2 kak..superb!

Amie said...

Seronok menguli fondant ni Ita... mengasyikkan, dan sudah semestinya hasilnya sangat cantik!

fazianbatrisyia said...

semuanya sgt cantik dipandang mata. Belum penah tgk lagi kek yg lebih kurang sama @ sama dgn hasil kak ita. Idea yg hebat

hani hamzah said...

Salam kak ita. terima kasih banyak sebab sharekan tips membalut kek guna fondant ni.. saya nak tanye, huruf yg akak guna utk deco kek akak tu ade acuannye ke?? suke tgk font yg akak guna.. ada mcm2 jenis.. saya carik kat kedai kek.. yg ada jual 1 jenis je.. kat mana nak beli acuan huruf yg mcm akak guna tu ye? ^_^ .. tq kak.

zue's said...

terima kasih kak azlita... moga Allah membalas kebaikan kak ita dalam menyebarkan ilmu..

zue's said...

terima kasih kak azlita.. moga Allah membalas kebaikan kak ita menyebar dan berkongsi ilmu

Anonymous said...

assalamualaikum kak ita...
terima kasih atas tunjuk ajar...

nampak macam senang je tgok akak buat...

kalau buat sendiri...silap2 sampai tak tido mlm dibuatnye...hehe

bibuwilda said...

As salam kak Ita
Biasa fondant tu buat sediri atau ready made..kalau yg ready made brand ape yang sesuai?Dah penah beli tapi kurang puas hati kualiti fondantnya.

Izzati Amira said...

sukanyaaaa lah tgok akak punya resipi and tuto niyh.. <3 <3

Unknown said...

terima kasih k.ita atas tunjuk ajar.

Unknown said...

Terima kasih atas perkongsian. Sangat membantu. :-) Last fondant kek saya buat juga melekit selepas cover fondant. Kek yg sudah bericing buttercream sy sejukkan dlm fridge dlm 1jam. Adakah melekit tu sbbkan condensation drpd sejuk kek?

Unknown said...

Ya Allah kak...cantiknya kek fondant akak....

KhairolRamlie said...

Assalam kak.. saya baru try salut kek dgn fondant ni.. sya buat kek choc indulgence and coating dgn choc ganache yang dilepa.. masalah yg saya hadapi sama dgn pembaca lain iaitu fondant melekit dan melengas walaupun dah simpan kek yg disalut tu 8jam dlm peti ais.. mohon pencerahan daripada kak ita.

mohon share entry kak ita ni utk rujukan saya lain kali. tq

Unknown said...

Salam sis, sy guna fondant ready made. Rolled fondant beli kt bake yen. Filling choc ganache. Sy da simpan kek semalaman . Esok tu sy rolled fondant dulu. da siap baru kuarkn kek then applied terus fondant. Mcm masalah diatas. Fondant merekah, berpeluh. Da siap applied sume, lelama die bpeluh. Umah sy tiada aircond. So tiada tmpat penyimpanan yg sejuk. Melainkn guna kipas ciling. Sis ita ade jln penyelesaian x ? Curious sgt kenapa org lain buat okay kemas jek. Kena kt diri sendiri jadi harubiru. Fondant xtebal sgt dan xnipis sgt. Tp still merekah. Mohon kak ita bg maklum balas ya. 😔

Unknown said...

salam hritu saya buat..dia jadi lembek.. mgkin sbb saya salut dgn wipingcream kot.. dia mmg kna salut dgn buttercream ka? #budak baru belajar

Unknown said...

Sis. Kek yg mcm mana sesuai dgn icing fondant ni? Kek coklat ok tak? Stu lagi, sebelum kita letak icing fondant ni, kena sapu buttercream dulu ke kt kek? Mohon penjelasan sis.

Anonymous said...

Salam,kak ita.kalau red velvet Kek with cream cheese layer.boleh ker kita balut kan dgn fondant.

Anonymous said...

Salam, Kak ita..thanks sbb sudi share ilmu. Nak Tanya pendapat akk.kalo red velvet Kek with cream cheese layer.sesuai tak kalo kita balut dgn fondant. mohon perjelasan dr akk ita. Terima kasih

Anonymous said...

Salam,kak ita.kalau red velvet Kek with cream cheese layer.boleh ker kita balut kan dgn fondant.

Anonymous said...

Salam,kak ita.kalau red velvet Kek with cream cheese layer.boleh ker kita balut kan dgn fondant.

Azlita Aziz said...

Salam Rina, tak boleh. Kek kena salut dengan ganache coklat atau buttercream.

Unknown said...

Assalam...kak ita anis suka deco cake,tgk mcm blh cuba dr cr akak bg step by step tp anis menyewa je aircond xdak jd terus terbantut....anis br cuba buat homemade cakes...tp untuk yg simple2 je kak ita...hai...mmg x dpt la nk buat...

Unknown said...

Assalamualaikum kak ita nak tanya jika dh salut kek dgn fondant kan lepas tu nmpk kek fondant tu mcm lembap mcm mana ye nak buat ??? Tq

Unknown said...

Assalamualaikum kak ita nak tanya jika kita dh salut kek dgn fondant kann lepas tu nmpk fondant tu lembap jeee mcm mana yee nak buatt ???

Unknown said...

Assalam kak itaa , barang-ii jenama wilton tuu boleh beli kat mna eh ?

Unknown said...

Assalam kak itaa , barang jenama wilton tuu boleh beli kat mnaa ehh ?

Unknown said...

Brg wilton blh didapati di ICCA PETALING JAYA

Unknown said...

Assalamualaikum kak it, sy nak tanya....berapa lama Jarak masa yg paling ideal utk kita menghidang Kan fondant setelah selesai di hias?

Unknown said...

Assalamualaikum kak it, sy nak tanya....berapa lama Jarak masa yg paling ideal utk kita menghidang Kan fondant setelah selesai di hias?

Unknown said...

As salam, kak ita...
Macam mana ya klau tak ada bilik berhawa dingin?

Boleh tak kalau biar kek tu abis wap sejuk dulu then baru salut fondant?
Dan lepas tu biarkan je kek yang dah bersalut fondant pada suhu bilik biasa...
Rumah tak ada aircond.

Terima kasih.

Unknown said...

AssalAmualaikum kak Ita dlm perjalann dlm 1 jam..kek fondant ni boleh cair x

𝙰𝚁𝙽𝙰 said...

salam kak. patutlah saya musykil ngape kek fondant saya mcm berair rupanya dah letak fondant xleh masuk peti. tq kak..tq sgt

Unknown said...

Nak bertanya ni sis...mcm mana nak lekatkan huruf2 foundant d dinding kek yg d lepa menggunakan fresh cream..ada tips ker supaya foundant tu lekat dan tak tergelosor ke bwh

Unknown said...

Terima kasih atas ilmu yg dikongsikan.semoga allah membalas jasa baik akak.sy takut dan tak pandai guna fondant.

chilla said...

smlm buat fondant bunga yg terap tu..kenapa cpt cair & lembik..melekit n melekat kt tangan..nk letak atas kek pn susah..bunge tu xmasuk peti pon..xsmpai 15 mnt pon duk luar, dah cair..rasa dh bnyak letak tepung jagung..sob2.sedeyy

chilla said...

knpa fondant sy cpt cair n lembik..sy uli n terap bnyk2..tgk2 yg mula2 terap td dah cair..sedey nyer.sob2..tpg jagung da bnyk letak.huuu

Unknown said...

asalamualaikum kak kek yg dah siap fondant x blh letak dlm peti kan? jd nye klo hari sb2 dah siap nak pakai hari ahad tahan ke? sy cream pakai cream chees sesuai x?

Post Top Ad

test