Mango Lassi - masam manis f

Breaking

May 12, 2014

Mango Lassi


Assalamualaikum

Masa ita pergi pasar hari tu.. banyaklah nampak kelibat buat mempelam yang masak ranum di jual di kaki lima. Ita memang lah peminat no satu buah mempelam. Suka yang mengkal-mengkal dan masam-masam sikit.. emm.. lagi masam lagi sedap.. adoii.. kecur liur di buatnya bila nampak buah mempelam yang bergolek-golek di atas pangkin.




Bila nampak buah mempelam Harum Manis ni.. lagi lah geram. Teringat masa ita tinggal di jalan Air Molek, banyaklah bapa ita tanam pokok mempelam ni di keliling rumah. Kebetulan tanah di tepi rumah agak luas dan bapa ita tak mau ianya di biarkan begitu sahaja. Kata orang ada baiknya berbudi pada tanah.. nati hasilnya dapat kita tuai.

Betullah tu.. bila musim mempelam.. adoiiii.. berbesen-besen buahnya. Bergayut-gayut di pokok. Dapatlah di berikan pada jiran-jiran dan saudara-mara..

Pada masa tu.. taklah pandai nak buat air ke.. lassi ni ke.. kita lebih suka di makan begitu sahaja. Kalau yang masih muda, di cicah dengan gula dan kicap adoiii... nyilunya tersasa-rasa di gigi..

Bila sebut air mango, ita ni bukanlah prminat air manggo dahulu. Ita tak berapa suka air mango kerana ianya mempunyai bau yang ita tak berapa gemar. Tapikan.. masa ita menunaikan umrah 2 tahun yang lalu.. Bila ita merasa air mango yang di jual di gerai kaki lima tu.. aduhaiii... ya Allah hanya Allah sahaja yang tahu betapa nikmatnya air itu terasa.. nyaman dan sejuk aje ia melunsur di anak tekak ita ni.. Tak tergambar betapa indahnya ciptaan Ilahi.

Boleh di katakan setiap hari apabila melintas gerai tu.. pasti ita akan memesan secawan air mango untuk membasahkan tekak.

Tapi, kesukaan ita pada air mango ini hanya di Tanah Suci sahaja.. bila ita jejakkan kaki ke Malaysia.. minat ita pada air ni terus hilang.. Itulah kebesaran Allah.. Dia memberi ita peluang untuk merasa kelazatan air ini sepuas-puasnya sewaktu di sana.

Suami ita memang cukup mengemari air mango. Bila ada sahaja buah mempelam dalam peti ais, pasti akan dikisar, di jadikan jus untuk penghilang dahaga.
Hari ni jom kita cuba pula resepi Mango Lassi yang di kongsikan oleh sifu masak-masak kita.. ^_^


MANGO LASSI
Resepi oleh : Adnan Ibrahim
Rujukan : Dapur Tanpa Sempadan


2 biji buah mangga yang masak ranum, saiz sederhana
1 cawan yogurt tanpa perisa (nak guna perisa mangga pun boleh)
1 cawan air mineral
2 - 3 camca besar penuh susu pekat manis (boleh ganti dengan gula secukup rasa)
1/2 biji lemon, perah jusnya
Ais kiub secukupnya
Sedikit isi mangga yang didadu untuk hiasan


Cuci buah mangga tadi, kemudian lap kering.
Kupas kulit dan ambil isinya.
Masukkan ke dalam alat pengisar makanan (blender), tambah yogurt, susu pekat manis (atau gula), air mineral dan jus lemon.
Kisar hingga semua hancur dan sebati.
Masukkan pula ais kiub, dan kisar hingga ais kiub hancur.
Tuang dalam gelas sesuai, hias dengan isi mangga yang didadu tadi dan boleh hidangkan




22 comments:

tasty krafty said...

Perghh.. Kecur air liur..
Tak cukup segelas..
Adoyai..
=D

Syira Lokman said...

aduhhhduhduhhh...sedapnyee..terliur

Unknown said...

Aduhh.. ni confirm pagi2 dh ajak suami g pasar cr buah mangga..mcm ble rasa je manis dan aroma mangga tu.. sodap tuuu..

FarHan said...

assalamualaikum, boleh tak kalau puan tlg share cara untuk membuat pretzel cookies....terima kasih...

FarHan said...

assalamualaikum, boleh tak puan tunjuk cara untuk membuat pretzel cookies...trima kasih...

Aqilah Azmi said...

nyummeh :D

Unknown said...

Minat buah cendana.!
Hub saya pin : 239B62E6.
no : 082169990377

Unknown said...

omg!! sedapnya...
http://ailzab.blogspot.com

Unknown said...

Sedapnya....nnt blh try..tq :)

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
adda syuhada said...

boleh dicuba ni

mimie said...

rumah mimie pun lagi musim mangga kak..
sebesar gaban mangga tu.hihi

mama eija said...

sedapnya kak ita ...

Unknown said...

sedapnya..nyum2

Ita Rossi said...

boleh cuba ni...mangga bersepah2 kat dapur!..hihihi..

Izzati Amira said...

aduhhh.. terliuqnya...

fazianbatrisyia said...

Teringin sungguh la...

My Umaira said...

Alhamdulillah. Dah cuba. :) sedap.
cuma di sini (US) susu pekat tidak manis (banyak susu). tambah lebih sikit dari 3 sudu. :)

Lala said...

As slm, memang best la blog sis. banayk info and menarik. thanks sis for info.
sudi singgah blog sy..
syura-hijriah.blogspot.com

intAn said...

Sodappp

ween said...

Assalam sis, tq for sharing..dah try sedap sgt..
I dah try buat ice cream mango yoghurt..so yummy

ween said...

Assalam sis, tq for sharing..dah try sedap sgt..
I dah try buat ice cream mango yoghurt..so yummy

Post Top Ad

test