Hari ini ita sempat siapkan 2 kek tempahan dari customer.
Kedua-dua kek ini adalah untuk birthday kanak-kanak dan kedua-dua kek ini di deco dengan buttercream dan hiasan figurine .
Kek Dengan tema Dibo The Gift Dragon ini adalah untuk pasangan adik beradik, Raihana dan Rafeeq yang masing-masing menyambut ulang tahun pada bulan yang sama.
Happy birthday Raihana and Rafeeq, semoga membesar menjadi anak yang solleh dan soleha.
Ibu mereka memilih kek Choc moist untuk kek ini dan di lempa dengan buttercream.
Buttercream ni ita guna 2 warna iaitu biru dan hijau. Ita sebenarnya tak pernah tengok pun cerita ni.. hanya bertanya pada Dalili untuk mendapatkan gambaran untunk dekonya.
Kata Dalili, ' mak kena buat Dibo ni tinggal di atas awan. Dibo patung dragon yang di buat dari kain, jadi kena ada jahitan pada Dibo, awan.. atau apa-apa yang mak nak hiaskan pada deko tu nanti. Dibo juga akan mengembirakan kawan-kawannya dengan hadiah yang dia akan keluarkan dari zip pada perutnya..' emm... begitulah secara ringkas gambaran yang Dalili berikan. Dan hasil dari sedikit gambaran itu maka terhasillah ilham atau ideanya pada kek kali ini.
Haraplah kan anak-anak ini happy dengan deco yang cik ita buat.. ^_^
Satu lagi kek yang ita kena siapkan ialah kek tema BoBoboi. Kek ni dalamnya kek rainbow, luarnya juga di salut buttercream.
Kek untuk adik Syahmi yang sambut ulang tahun yang ke 5.
Happy birthday Syahmi.
4 comments:
comelnye kek dibo 2....gram tgok..!^_^
mlm td sebelum melelapkan mata anak kecil sy umur 2 thn terpikat dgn Dibo Diboding..Boding ni...siap dicium2 gambar kek ni tau Kak Ita...Kenal aje karektor kartun yg selalu dia tgk...so sweet...
dibo tu sgt la menarikkk ~
Hai,
Can i know how to place order? Is it including delivery to port klang area?
Post a Comment