Assalamualaikum, selamat pagi dan salam sejahtera buat semua..
Apa khabar rakan-rakan ita di luar sana.. semoga sentiasa sihat, di limpahi dengan kasih sayang yang melimpah ruah.. dan sentiasa berfikiran positif di dalam melayari kehidupan.
Dah sarapan?
Sarapan apa pagi ni?
Hari ini ita nak kongsikan resepi Char Kuey Teow. Resepi ni sebenarnya adalah menu hidangan makan malam ita bersama keluarga semalam. Sebenarnya ita buat Penang Char Kuey Teow yang di kongsikan oleh cik'Iza di My Resepi. Mula dia berkuah.. anak-anak tak sabar nak makan.. Bila dah sejuk baru dapat snap gambar.. dah tu kuah pun dah kering.. tak pe lah kan yang penting rasanya sedap!
PENANG CHAR KUEY TEOW
Oleh : Cik'Iza
Rujukan : My Resepi
Hidangan ini untuk 2 orang makan. Sila lebihkan bahan jika ingin sediakan untuk keluarga yang besar.
Bahan Paste
200 gm udang250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sudu besar sos tiram
3 sudu kecil kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil petis
2 sudu besar pati ikan bilis atau pati udang
garam secukup rasa
Gula secukup rasa
300 gm kuey teow
1 sudu besar cili kisar ( cili kering atau cili boh)
kerang
sedikit kucai
1 sudu besar cili kisar ( cili kering atau cili boh)
kerang
sedikit kucai
sedikit taugeh
2 biji telur
2 biji telur
Kaedah Penyediaan
Mula-mula kita sediakan pastenya dahulu
Rebus udang dengan air.
Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya.
Air rebusan udang jgn dibuang
Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi
Reneh hingga menjadi paste yg agak pekat.
Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge
Sekarang bolehlah kita sediakan mee kita
Tumis lada boh hingga garing.
Masukkan 4sudu besar paste tadi.
Masukkan udang yg telah direbus tadi dan kerang.
Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
Bila kuah mendidih masukkan kuey teow, kucai, taugeh dan kacau rata.
Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat.
Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
**Paste ni selalu mereka guna tuk meniaga so udang yang direbus memang mereka pakai. Tapi untuk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus dengan udang pun boleh tapi petis kena tambah lagi, menjadi 1 sudu besar. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak garam dan gula masa masak buat kuey teow tapi, kalau rasakurang masin atau manis boleh lah perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Untuk Char Kuey Teow ita ni ita guna udang kecik-kecik aje.. hari tu pergi pasar ita beli udang yang dah siap kopek. Fikir senang anak-anak nak makan nanti. Ita tak letak kerang sebaliknya ita gantikan dengan daging. Daging pun dah tak nampak.. habis udang dan daging di korek oleh anak-anak.. huhu..
Kepada yang nak mencuba, bolehlah cuba.. tak rugi.. memang sedap!
7 comments:
pagi2 dah makan Penang Cha Koay Teaw... kena ngan nescafe tarik kaw memang kaw! ni Kak Ita :))))))
Best tu... !!
sedap nyer kak!
kegemaran anak2 ni...
Salam...gambar2 yg sangat menarik...nmpk sedap...
Jemput singgah di ceriteranaziera.blogspot.com ye...
Thanks kak share resipi ni. Nak try masak utk dinner jap lagi...
Jemput ziarah zaila-rws.blogspot.com 😊
Tumpang tanya Kak Ita, petis tu apa ya?
Post a Comment