Kek hari ini.. - masam manis f

Breaking

Jun 16, 2014

Kek hari ini..


Assalamualaikum...
Sekali lagi ita di minta untuk buatkan kek Running Man, dahulu dah pernah buat sekali, tapi masa tu kek full fondant. Kali ni kek buttercream pulak.
Dalamnya ialah kek Checkered Rainbow, luarnya pula di salut buttercream sepenuhnya.
Hiasan figurine dari gumpaste.
Kek ni agak besar bersaiz 10 inc







Ini satu lagi kek yang di tempah oleh customer yang sama. Jadi 2 kek birthday untuk 3 orang anak kesayangannya. Yang ni pula adalah kek Rusian Black And White. Tema kek untuk anak bujang tunggal mereka pula ialah Slugterra, rasanya ianya adalah satu permainan game, ita memang ak berapa arif bab-bab game ni..

Untuk dapatkan sedikit info berkenaan game ni kenalah ita google kat internet. Dan inilah hasilnya.


Selamat ulang tahun kepada Imran , Tasha dan Adiba. Semoga happy-happy selalu dan menjadi anak-anak yang membanggakan ibu dan ayah.
Terima kasih juga kerana sudi tempah kek dengan cik Ita. Harap sangat semuanya berpuashati. Kalau ada kelemahan di mana-mana , cik ita mohon maaf ya.. ^_^





2 comments:

fazianbatrisyia said...

cantiknya...suka tgk.
warna2 tu semua kak ita guna ameri colour ke atau lain ye?

Unknown said...

Ita rasa gumpaste tu sedap ke.
Dia bukan macam liat2 sikit.

Post Top Ad

test