Mee Kicap - masam manis f

Breaking

Jun 12, 2014

Mee Kicap


Pernah dengar nama mee kicap?
Ita selalu juga dengar tapi belum berkesempatan lagi nak mencuba.
Semalam masa ronda-ronda cari resepi di My Respi, ita terpandang lah resepi Mee Kicap yang sekali lagi dikongsikan oleh Cik'Iza
Nampak mudah aje cara nak buat dia..
Bahan-bahan pun tak banyak.. semple dan sampoi kata anak-anak..




Tengok bahan semua ada di peti ais, emmm... apakata ita cuba.. biasnya resepi dari cik'iza tak pernah mengecewakan selera kami sekeluarga.


Menurut kata Cik'Iza lagi, resepi ini adalah resepi masakan Cina yang semakin mendapat tempat di kalangan warga tempatan.
Ianya di makan bersama sup bebola ikan dan sambal kicap.
Untuk menamabahkan lagi selera kita bolehlah tambahkan ayam goreng, ayam madu.. atau ayam Hainan yang macam cik'iza buat.. Ita pula pula buat ayam bakar mudah. Emmm... semua nak mudah kan..

Memang betul.. sekarang ita banyak masakkan keluarga resepi yang simple, mudah dan ringkas.. sebabnya ita terlalu mengejar masa. Mana nak siapkan tempahan.. nak uruskan rumahtangga, anak-anak dan juga nak berikan sedikit waktu untuk ita kemaskini blog kesayangan ita ni.. Mujur suami dan anak-anak tak cerewet.. apa yang ita masak mereka menikmatinya dengan penuh berselera sekali.. macam resepi kali ni.. licinnnn...


MEE KICAP
Resepi Oleh : Cik'Iza
Rujukan : My Resepi

250 gm mee kuning
40 gm taugeh

Bahan untuk kuah
2 biji bawang putih ~ diracik halus
1 sudu besar minyak masak
1cm halia ditumbuk
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap pekat
1 sudu kecil  pati ikan bilis
sedikit lada sulah
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa

Kaedah Penyediaan

Panaskan minyak
Tumis bawang putih hingga kekuningan dan garing
Angkat bawang putih dan ketepikan
Baki minyak tadi tumiskan halia hingga naik bau
Masukkkan kicap manis, sos tiram, air dan kicap pekat.
Biar mendidih.
Masukkan lada sulah dan pati ikan bilis
Perasakan dengan garam dan gula jika perlu
Renihkan kuah hingga pekat


Ok dah siap kuah, sekarang kita sediakan pula supnya




SUP

1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
3 cawan air
1 sudu kecil pati ikan bilis
fish cake dan fish ball
sedikit lada sulah
garam secukup rasa

Kaedah penyediaan

Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau 
Masukkan air dan biar mendidih
Masukkan pati ikan bilis lada sulah, fishball, fish cake dan sikit garam
Biar mendidih

Dah pun siap sup kita, sekarang bagaimana pula kita nak sediakan mee ni

Mula kita celur mee kuning dahulu, tapis dan letakkan dalam pinggan
Kemudian kita celurkan taugeh, tapi dan letak atas pee dlm pinggan tadi
Tuangkan kuah kicap kita tadi
taburkan daun bawang , dan bawang putih yang kita dah goreng tadi
Jika ada ayam goren, ayam madu atau ayam hainan bolehlah di hiris dan di letakkan untuk di makan bersama
Mee ni di makan bersama Sup bebola tadi
Tambahkan sambal kicap atau cili jeruk untuk rasa yang lebih terangkat



Tak sangka rupanya sedap mee kicap ni.. 
Berselera sungguh anak-anak makan, bertambah-tambah..
Terima kasih ya Cik'Iza berkongsi resepi yang terbaik untuk kami semua mencuba dan merasa..
Inilah menu makan malam kami sekeluarga semalam


Assalamualaikum dan salam Nisfu Syaabaan kepada seluruh umat Islam, tak kira di mana sahaja anda semua berada...











16 comments:

Hanim said...

Emmm mudah dan tak remeh menyediakannya. Best gak kalau dibuat untuk anak2 ni, tambah ada kicap plak tu lagi laju makannya hehe.

Terima kasih kak ita atas perkongsiannya :)

Gee® said...

Boleh cuba untuk menu berbuka puasa hari ni... menggoda!

Maria Firdz said...

salam kenal..

datang cedok resepi dan kutip ilmu di sini.. :)

sitirohaida said...

resepi yang mudah dan cepat...boleh mencuba nanti..

Unknown said...

Good one Azlita. Terima kasih kerana sudi share resepi mcm dulu-dulu.

wantie said...

nyum nyum...cilipadi tu.. menambah kesedapan yang ada

Unknown said...

Salam kak ita thanks BG resepi y menarik.saya suka blog akak selalu intai resepi kat sini Dan sekarang saya buat duit Dari rumah hasil Dari resepi y akak BG buat cupcake,cookies,pau alhamdullilah smua menjadi jasa akak xdapt sy balas hanya ALLAH saje y dpt mbalas.smga akak Dan family di lindungi ALLAH dunia&akhirat amin..

Unknown said...

Salam kak ita ni pertama kali saya comment kat blog akak.saya suka dgn blog akak y super cantik tertarik menarik ni...slalu saya rujuk blog akak kalau nk masak untuk huby n family.Dan skarang saya jd bisneswoman Dari rumah dgn mjual cupcake,cookies&roti hasil Dari resepi akak.jasa akak xdpt saya balas hanya ALLAH saja dpt mbalas trima kasih banyak2 kak smga akak &family dilindungi ALLAH dunia&akhirat amin..sayang kak ita!!

Bob Kelanang said...

Kat ipoh...kedai beri dua pilihan ssmads nak sup bebola ikan atau kari. Saya pilih kari.

Unknown said...

Salam kak. Ni utk brp org makan yer

Unknown said...

Salam kak. Ni utk brp org makan yer

Unknown said...

Resepi ini tak lengkap.... kena ada kuah kari pekat bersantan ala nonya tu campur sekali. Mcm dry curry noodle kat paparich kopitiam tu...baru kena, mee mat jasak ipoh pun buboh kuah kari tu.....

Unknown said...

Tak lengkap. Tak de kuah kari pekat tu

Azlita Aziz said...

Terima kasih En Ahmad , seperti kata Bob Kelanang, me kicap ni ada pilihan, boleh pilih kuah kari atau kuah sup. Kali ni ita buat kuah sup. Insyaallah kalau ada kesempatan ita cuba dengan kuah kari pula. Terima kasih atas info ^_^

Ila Ishak said...

Oh saya suka versi kuah sup. Tp sos dibuat dari sambal cili yg ditumis campurkan sedikit rempah kari (versi mee kicap taman jati yg sgt popular dulu). Sekarang Kt Ipoh pon susah nak dapat resepimee kicap guna sos ni ..kebanyakan guna instant sos dr botol je

penangkoreanlens said...

good idea.tq kak ita 😘

Post Top Ad

test