Red Velvet Chocolate Cips Cookies - masam manis f

Breaking

Jun 9, 2014

Red Velvet Chocolate Cips Cookies


Pasti ramai antara anda yang sedang memikirkan apakah biskut yang akan di sajikan untuk hari Lebaran nanti. Mungkin ada juga yang sedang tercari-cari biskut yang sesuai untuk di jual sempena musim perayaan bagi menambahkan pendapatan keluarga.




Hari ni ita nak kongsikan satu resepi biskut yang pasti hot! untuk musim perayaan kali ini.

Tadaaaa....
Ini lah biskut yang ita katakan tadi. Biskut ini ita pelajari sewaktu mengikuti kempen Planta Seceria Air tangan Ibu yang berlansung di Kuala Lumpur pada 4 June yang lalu. Jangan lupa tau nantikan siarannya di TV3 sepanjang bulan Ramadhan nanti. Pelbagai resepi menarik dan penuh warna -warni bertepatan dengan temanya iaitu Seceria air Tangan Ibu. 

Dalam rancangan itu nanti kita akan di sajikan dengan pelbagai resepi biskut dan kek yang pastinya menggunakan Planta sebagai rasia utama yang menjadikan biskut kita harum.. enak dan sangat crunchy!

Di samping itu juga jangan lupa untuk dapatkan pelbagai resepi yang akan di kongsikan di Yutube Planta Ita juga turut sama berkongsi resepi di Yutube Planta nanti.

Bila dah buat biskut nanti jangan lupa kita beramal.. Apalah salahnya kita berkongsi resepi air tangan kita untuk anak-anak kita yang kurang bernasib baik. Sumbangan biskut raya anda itu akan di dermakan di rumah anak-anak yatim. Sumbangan derma anda bolehlah di hantar ke Giant atau Mydin yang terpilih.


Resepi Red velvet ni pada ita sangat sedap! Suami dan anak-anak ita pun sukakannya. Ita rasa pengunaan Planta menjadikan rasanya enak dan bau Planta yang harum tu bila bersatu dengan vanilla memang semerbak satu dapur.. pasti bila di hidangkan pada hari raya nanti akan menjadi hidangan yang menambat selera tetamu yang berkunjung.

Tak percaya ke? 
Anda harus percaya.. MamaFahmi's pun dah cuba tau! anda boleh kunjungi blog Mamafahmi untuk melihat kejadiannya yang pasti menambat hati.. pasti tak sabar-sabar nak mencubanya.. 

RED VELVET CHOC CIPS COOKIES
Oleh : Planta
Rujukan : Koleksi 20 Resepi Planta
Kempen : Seceria Air Tangan Ibu
 
120 gm margerin Planta
10 gm minyak sapi
100 gm gula kastor
120 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
50 gm badam cincang
1 biji kuning telur
1 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar pewarna merah
30 gm coklat cips putih
30 gm coklat cips

Mula-mula kita ayak bahan kering.
Satukan tepung gandum, tepung beras dan serbuk koko dan ayak, ketepikan
Bakar sebentar badam cincang dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 5 minit
Di dalam mesen pemutar, satukan margerin Planta, minyak sapi dan gula kastor, putar hingga adunan kembang dan bertukar warna kuning pucat.
Tambahkan telur dan putar sebati.
Kemudian tambahkan esen vanilla dan pewarna merah, putar lagi hingga adunan rata.
Masukkan bahan yang tekah kita ayak tadi, gaul dengan denduk kayu atau spatula rata
Tambahkan badam , 1/2 daripada choc cip dan 1/2 daripada choc cipputih
Gaul adunan rata.
Sudukan adunan di atas dulang pembakar
Hiaskan permukaan doh tadi dengan baki cip coklat dan cip coklat putih
Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C ( ketuhar hendaklah di panaskan 15 minit awal sebelum memasukkan doh)
Bakar selama 20 minit
Sejukkan biskut di atas redai setelah masak dan simpan di dalam bekas kedap udara.


Selamat mencuba dan selamat beramal... ^_^





45 comments:

fazianbatrisyia said...

yummyyy

Gee® said...

Sedapnya....

JuE said...

Biskut wajib ada utk tahun ni... Thanks kak Ita.

Rozie said...

Mesti try tahun ni

ain said...

In sha Allah akan saya cuba, terima kasih kak ita

Cik Rose said...

nak try lah nanti.. terima kasih untuk resepi ni yer kak :)

Ein Farah said...

Must try resipi ni! ^^

MamaFaMi said...

Salaam Ita. Ita punya cookies versi mewah. Banyak choc chips dan almond, mesti sedapppp banget sebab mama punya yang versi jimat kos pun dah sedap! Hahahahaha....

Love Sweet Recipes said...

terima kasih kak ita...tak sabar nak cuba

mayang said...

Nampak mudah dan bahan bahannya pun senang didapati. Mesti cuba nie. Terima kasih Ita..m

CT Delima said...

Assalamualaikum Ita... InsyaAllah CT akan cuba buat masa anak2 cuti ni..mesti sedap!!

Terima kasih Ita ... xoxo

Unknown said...

nk masuk dalam senarai resipi biskut tahun nie. thanks kak. gambar akk nmpk cantik sangat. pasti biskutnya juga akan sedap sangat

Unknown said...

Hi Kak

I don't like planta can I replace with butter? Pls advice

Thanks

Azlita Aziz said...

Hi nesamany
ofcourse.... selamat mencuba

Lynn said...

Mohon share resepi kak ita...nak try buat nampak sedap....tq kak ita

ctadikadh said...

aslm.. sy pernah tgk satu resepi tu msuk tepung jagung n akk plak tepung beras.. apa bezanya ..sy pun cfius

ctadikadh said...

aslm.sy ada tbaca satu resepi yg msukkn tepung jagung..dan akk tepung beras.. apa bezanya.. cfius saya..

Normah Wahid said...

Apa fungsi minyak sapi dlm biskut ni.?
Bagi rangup ke?

MAS said...

Salam sis, saya da cube resepi nie. Sedan n rangup. Come tk pakai plantation. Terima kasih share resepi nie

Cotton Jade Rabbit said...

Kompem raya ni ada atas meja kita kak.

Cotton Jade Rabbit said...

Mesti kena cuba raya ni. Nmpk sgt yammehhh!!

amalzulkaply.com said...

assalamualaikum..akak,terima kasih atas perkongsian resepi dan blog yang menarik.saya masih lagi seorang pelajar yang ingin belajar masakan yang pelbagai kerana saya mendapati masakan adalah satu kepuasan dan sentiasa inginkan resepi yang baru..
blog ini banyak memberi saya pengajaran resepi-resepi baru..

terima kasih..

Unknown said...

Salam kak ita.. boleh x tuka minyak sapi tu ngan mnyk lain?

deeni said...

Mekasih Sis Ita berkongsi resipi...pasti Kak deeni buat utk raya..

Nazifa Mazni said...

tq kak Ita, pasti buat utk raya nanti =)

Unknown said...

salam.kak sy da try resepi ni.tp adunan lembik.bile bakar leper dan bertkr warna coklat.np ye?

Unknown said...

salam kak ita.sy da try resepi ni.tp adunan lembik.bile bkr jd leper dan brtukar warna coklat.knape ye?

Ninazaimi said...

Terima kasih ita diatas kesudian berkongsi resepi...semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan

Ummi Rayyan said...

Tq fr sharing

Ummi Rayyan said...

Asslmualaikum Puan Azlita.. Terima Kasih Fr SHARING..

Unknown said...

Tak pakai baking powder ya?

Unknown said...

Salam kak ita..sy dh try resepi ni..mmng awesome...minx halal ye resepi..tq

Unknown said...

Sedapppp gilerrr! I tried... thank you so much for sharing.... ;)

Anonymous said...

Thank you for the recipe ! :)

Anonymous said...

Thank you for the recipe ! My fam loves it :)

Anonymous said...

Thank you for the recipe ! :)

Unknown said...

TQVM pos resipi..mmg sedap cookies ni...ada org letak kismis cincang dlm dia..rasa masam2 manis gitew.. yumyumyum :))

Unknown said...

Petang2 makan cookies sedap ni. Hihifollow Saya

Unknown said...

salam kak Ita,Mau tanya minyak sapi itu apa ya?saya dari indonesia jadi ada yang kurang tau bahasa malaysia.

Unknown said...

Tq share resepi ni kak ita... nak cuba nnti.. ;)

Unknown said...

Sy dah cuba ni.tp nape doh nye sngt lembik?sy gunakan paper cup..xranggup,rs mcm semun je.so sy tmbhkan lg masa mbakar,ranggup sikit je..pls advice..

Mohd Rizwan a.k.a cryziks said...

saya shared ilmu yer puan.. utk jualan tq
mohon halalkan

Unknown said...

Biskut nie xpayah pkai tepung penaik lg ye sis.... Nk try buat untuk raya tahun nie nmpk sedap....

Unknown said...

Dah buat sedapppp 😋 walaupun rasa dia macam biskut biasa je tapi warna dia tu nmpk menyelerakan, TQ for sharing recepies

Purple Lady said...

Setiap tahun buat biskut rv ni srtiap tahun jugak gugel blog nii tgk resepi. Tq sis ❤️

Post Top Ad

test