Resepi Mee Racun - masam manis f

Breaking

Jun 8, 2014

Resepi Mee Racun

Jangan makan kalau anda berasa curiga. Kita bertanggungjawab dengan apa yang kita makan.. kelak kita juga yang akan menanggung akibatnya..


Janganlah takut, walapun ianya beracun tapi ianya tak membunuh..
Mee yang cukup terkenal di Batu Pahat Johor.
Selain daripada beriani gum Batu Pahat, mee racun juga adalah salah satu menu istimewa yang di cari setiap kali menjejakkan kaki ke Batu Pahat. Bagi anda yang suka jalan-jalan cari makan jangan lupa singgah ke Batu Pahat untuk merasai kesedapan mee racun yang tak membunuh ini.




Seingat italah kan ita pernah ceritakan pasal kedai atau gerai yang menjual mee racun ni yang beroperasi di Batu Pahat. Bolehlah intai-intai semula entry ita di SINI

Bagi yang tak berpeluang untuk ke Batu Pahat tu.. jangan risau... jangan sedih.. anda juga boleh menyediakan sendiri resepi yang cukup mudah ini.

Hari ini ita akan kongsikan resepi mee racun yang ita ambil dari My Resepi. Resepi ini telah di kongsikan oleh Che'Iza. Terima kasih Che'Iza kerana kongsikan kepada kami semua resepi yang cukup enak dan lazat ini, hingga anak-anak ita makan bertambah-tambah. Memang sedap sangat.

Resepinya cukup simple, bahan pun tak terlalu memberatkan. Sesekali kalau hari cuti apalah salahnya kita cuba satu menu baru untuk kita sajikan sebagai hidangan buat keluarga tersayang.

Oleh kerana ita pernah makan mee ni di Batu Pahat, oleh itu ita rasakan rasanya lebih kurang sama. Sebenarnya kan.. bila kita memasak ni, kita boleh olah resepi ni ikut citarasa kita dan keluarga, jangan risau.. tak menderhaka pun.. sebab yang nak makan kan kita dan keluarga juga.. jadi jangan takut nak olah ikut selera kita. Bagi yang gemarkan pedas bolehlah lebihkan cilinya.. kalau tak suka pedas bolehlah kurangkan.. terpulang pada selera keluarga masing-masing.

Mee racun rasanya seakan mee bandung, tapi masih ada kelainan. Kalau dah biasa makan pasti dapat bezakan yang mana mee racun dan yang mana mee bandung. Mee bandung kuahnya sedikit berlemak, kerana penggunaan kacang tanah dan kentang atau keledek dalam penyediaannya. Tapi mee racun ni, lain sikit rasanya.. kuahnya lebih manis dan air rebusan daging dan tulang itu juga memberikan satu rasa yang kalau kita hirup kuahnya terasa wauuu.... memang benar-benar meracun selera..

Pasti dah tak sabar kan nak tau cara penyediaannya.. Jom apa tunggu lagi,  ikut ita masuk dapur, ita akan kongsikan resepi yang cukup sempoi ni.. yok!



MEE RACUN
Oleh : Che'Iza
Rujukan : My Resepi

Ada beberapa penambahan yang ita lakukan pada resepi. Bukan menderhaka, tapi ianya lebih kepada mengikut selera ita dan keluarga. Anda juga boleh ikut selera anda dalam merasa setiap masakan yang anda sediakan.

Bahan-bahannya

600 g mee kuning
Telur goreng ~ tambahan untuk di makan bersama
Tauhu goreng ~ tambahan untuk di makan bersama
Sawi atau kubis ~ tambahan untuk di makan bersama (dicelur)
Daun sup dan daun bawang ~ tambahan untuk di makan bersama
1/2 kg daging di rebus ~ yang ni ita tambah ( jika guna batang pinang tak payah rebus)
1/2 kg tulang di rebus
beberapa ekor udang
beberapa ekor sotong di potong

Bahan Kisar

4 ulas bawang merah  ~ ita lebihkan bawang merah supaya kuahnya manis sedikit
3 ulas bawang putih 
1/2 inc halia

4 sudu besar lada boh ~ ita guna cili kering dan ita lebihkan sedikit supaya sedikit pedas
5 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili
1 kiub ayam ~ ita gantikan dengan kiub daging
1 sudu besar gula ~ yang ni boleh ikut citarasa masing-masing, tapi mee racun ni kuahnya sedikit manis
sedikit garam
1 buku gula melaka yang sederhana besar ~ yang ni ita tambah untuk sedikit rasa lemak manis
sedikit serbuk lada sulah
sebiji tomato ~ ita lebihkan sedikit tomato buah dan kurangkan sos tomato


Kaedah penyediaan

Mula-mula kita rebus dahulu tulang kambing hingga empuk. Jika tak suka kambing boleh gantikan dengan tulang lembu. Ita guna daging batang pinang jadi ita tak rebus daging tu sebab daging batang pinag ni dia lembut dan tak perlu di rebus.
Sememtara kita tunggu tulang dan daging empuk, bolehlah kita sediakan bahan tumis
Dalam kuali, tumis bahan kisar hingga garing dan naik bau.
Masukkan lada boh, tumis hingga garing. Ita guna cili kering, jadi ita kenalah kisar hingga halus.
Kemudian bila dah terbit minyak barulah kita masukkan air rebusan tulang kambing tadi, masukkan sekali daging dan tulangnya. Ita masukkan terus daging batang pinang yang ita potong kecil.
Masak hingga ia merenih
Kemudian masukkan sos tomato dan  sos cili biar mendidih
Masukkan udang dan sotong
Ita tambahkan gula Melaka , gula, garam secukup rasa, kiub ayam atau daging dan  serbuk lada sulah. Masak hingga kuah agak pekat masukkan kobis dan tomato. ( ita tak masukkan sawi, kerana ita celur sahaja sawi ita tu)
Bagi yang nak masak secara halakat, boleh terus masukkan mee dan sawi. Tapi bagi yang nak masak kuah banyak mee dan sawi tu kita celur sahaja
Dah siap...
Mudah aje kan..



Mee Racun ni kita akan makan bersama mee kuning, sawi atau kobis yang kita celur dahulu, tahu goreng yang di hiris nipis, telur goreng mata lembu jika suka kalau tak suka telur goreng telur rebus pun sedap! tambahkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang sebagai pembuka selera..
emmmm.... sedapnya bau...



Apa tunggu lagi.. jom lah kita menjamu selera..
Jangan lupa cuba resepi ni tau.. sedap!
Sesuai juga sebagai menu untuk hidangan berbuka puasa di bulan Ramadhan yang bakal menjelang..

Masaklah dari hati untuk mereka-mereka yang kita sayang..

 


13 comments:

Fatimah Nabila said...

xpenh dgr mee racun..sedpnya tgk kuah dia..

Kak UJie said...

wahhhh...akhirnyaaa ada resepi.. dh dkt 5 thn dok muar tp x sempat2 merasa mee racun batu pahat nih... bole buat la.. sedapnyeeeee....

Unknown said...

tengok pun dah tau sedap hihihihihi

http://nazainik.blogspot.com/

asmahyusof said...

menarik namanya k.ita :) n looks tempting dear sis

rossaAzizi said...

Saya nk cuba terima kasih kak....akak boleh kongsi resepi mee bandung johor tak

fazianbatrisyia said...

dah lama cari resepi....boleh cuba nanti...tq kak ita....for sharing

Khamsi Abdullah said...

click untuk resepi..tapi gambar lagi menarik..lawa sungguh!

tony transport bandung said...

Assalamualaikum Wr.Wb. Tuan/ Puan
Kami menawarkan kereta yang baik dan selesa untuk sewa dengan pengalaman dan pemandu mesra dalam mengendalikan pelancong. Mutiara Bandung sewa kereta menawarkan beberapa pakej untuk kereta sewa tempatan yang anda boleh pergi ke mana-mana sahaja di Bandung.



Kereta + Pemandu + Parking + tol + PETROL + makan pemandu ( semua dalam pakej) Bandung Dalam Bandar

Kereta TYPE Daily/14 jam

Rate Kereta Taip Daily/14 hour from 8am yo 10 pm

Suzuki APV ( 7seat ) 130 RM

Toyota Avanza ( 6seat ) 130RM

Toyota Innova ( 7seat ) 160 RM

KIA Pregio ( 10seat ) 170 RM

Isuzu Elf ( 10-15 seat ) 215 RM

Isuzu Elf Long (16-19seat) 270 RM

CALL / hubungi / sms / Nego / konsultasi percuma :
HP / SMS / CALL : +62 858 6137 8328
telefon office : +62 8888 9177 00
WhatsApp : +62 858 6137 8328
pin blackberry : 30D1 82F0
email: tonybandung@smartfren.blackberry.com

Maria Firdz said...

mengancam namanya,,,

Unknown said...

Namanya pun sudah buat orang takut hendak makan...

Unknown said...

Sangat menarik

Unknown said...

Nampak sedap walaupun namanye menakutkan.. hehe.. sy ada saudara di batu pahat tp xpnh plak dihidangkan mee racun ni..
blh la try.. hehe

along said...

sedap mi racun ni...pernah makan kat bangi gateway

Post Top Ad

test