Sarapan pagi ini - masam manis f

Breaking

Jun 10, 2014

Sarapan pagi ini

Sarapan apa pagi ni?
Ramai yang memilih untuk bersarapan yang ringan-ringan sahaja sebagai alas perut. Bagi yang berdiet mereka selalu jarang mengambil sarapan pagi. Kalau kat Johor ni, sarapan pagi kami biasanya tidak terlalu berat dan tidak juga terlalu ringan, nasi lemak, lontong, soto, nasi ambeng, mee hoon, roti canai dan nasi goreng adalah menu yang biasa di sediakan untuk sarapan pagi di samping kuih muih tradisional tempatan.

Kalau di Kelantan, sebelah mertua ita, kebanyakkan suka mengambil menu berat untuk sarapan pagi, kebiasannya nasi seperti nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk dan pelbagai bentuk menu lagi yang kebanyakkannya dari nasi. Mula ita berada di kalangan keluarga Kelantan terasa jangal.. tapi kini dah terbiasa.. mengambil nasi untuk bersarapan.

Hari ni ita akan kongsikan satu lagi menu yang ita ambil dari buku Seceria Air Tangan Ibu bersama Planta
Dalam buku comel ni bukan sahaja di himpunkan resepi biskut dan kek yang berwarna warni tapi di selitkan juga resepi masakan yang enak dan salah satunya ialah Nasi Goreng Bawang Putih yang telah menjadi pilihan ita pagi ni. Nasi ni ita makan bersama ayam goreng  berempah serai.





NASI GORENG BAWANG PUTIH
Oleh : Planta
Rujukan : Koleksi 20 Resepi Planta
Kempen : Seceria Air Tangan Ibu

Bahan-bahan
2 sudu besar margerin Planta
1 mangkuk nasi putih
1 biji telur
1/2 tangkai daun bawang
1 sudu besar bawang putih di cincang dan di goreng
secubit garam
lada putih secukupnya
1/2 sudu besar kicap cair

Pijarkan marjerin Planta dan masukkan telur. kacau hingga telur hancur
Masukkan nasi ketika telur masih 1/2 masak, gaul rata
Tambahkan garam, lada putih, dan kicap cair.
Gaul hingga nasi mesra bersama bahan lain
Akhir sekali tambahkan daun bawang dan bawang putih goreng tadi, kacau hingga sebati
Sedia dihidangkan.

Mudah aje kan..
Satu hidangan yang mudah, dengan bahan yang minima dan segera di siapakan terutamanya di musim cuti sekolah ni
Nasi ni ita makan bersama ayam goreng  berempah serai
Resepi ayam goren ni pula ita ambil dari My Resepi. Resepi ni di kongsikan oleh Love2cook. Sedap tau resepi ni, semua boleh cuba. Cuma ita tak letak daun kari sebab daun kari ita terlupa pulak nak beli masa ita pergi pasar kemarin.. Tapi tak de daun kari pun dah sedap tau! kalau letak daun kari rasanya aromanya pasti lebih mengancam lagi..





AYAM GORENG BEREMPAH SERAI
Oleh : Love2cook
Rujukan : My Resepi

Bahan-bahan ( Sekeluarga )

1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
Bahan2 dikisar bersama:-
6 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
2 inci halia
3 batang serai (yang besar)

3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
2 sb serbuk kari daging
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
garam dan aji secukupnye
3 tangkai daun kari
Minyak yang menggoreng

Cara-cara


Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak.
Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
Panaskan minyak dlm kuali.
Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak.
Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan.
Boleh dimakan begitu sahaja!


Masaklah ikhlas dari hati untuk insan-insan yang kita sayangi...







9 comments:

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillah..

Love2cook Malaysia said...

Nampak sedap betul Nasi Goreng akak!!! Nak try gak...

And thank you so so so much for trying my Ayam Goreng Berempah Serai Love :)

Love you kak!!! You made my day,...

Hugs!

Unknown said...

wah cantiknya...

Gee® said...

Mai sepinggan nasi goreng.... yummeh!!

fazianbatrisyia said...

sedapnya....lapar

May Ann Francisco said...

Very tasteful...

Eray Majid said...

nampak sedap sangat..yum

rapheydhillo said...

Terus lapar

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Kak Ita, sy baru balik bercuti dari Kelantan.. hari2 sarapan nasi dagang... sedapppppp!!!

Post Top Ad

test