Tear Rose Pink , Tifanny Blue and Tifanny Green - masam manis f

Breaking

Jun 12, 2014

Tear Rose Pink , Tifanny Blue and Tifanny Green


Assalamualaikum dan selamat petang kawan-kawan.. Sedang buat apa tu..?
Dah makan? pasti masing-masing dah mula melayan mata yang hampir kuyu.. ialah bila dah makan tengahari.. mata pun dah mulalah berat.. 
Sambil melayan mata tu..  dan sebelum terlelap... apakata kita cuci-cuci mata dulu dengan tempahan yang ita sediakan untuk hari ini.




Hari ini ita terima satu set tempahan untuk hantaran pertunangan. Ada kek, puding dan juga cheese tart.. emmm.. sedapnya cheese tart.. dah lama tak buat cheese tart ni.. jadi bila kebetulan ada yang menempah ita pun buat lebih sikit untuk mak ita dan juga untuk anak-anak.

Kebetulan mak dan bapa ita datang rumah hari ni.. emmmm.. langkah kananlah nampaknya, ita dapat satu botol jus mangga dari bapa ita dan ita balas pula dengan 1 kotak cheese tart.. waaahhh... dah macam majlis pertunangan pula kan main berbalas-balas.. hihi


Tempahan hari ni semuanya dengan tema warna tear rose pink, tifanny blue dan tifanny green. Sebenarnya agak payah juga nak dapatkan warna tear rose pink. Warna yang di jual di pasaran tak ada warna tepat, terpaksa di bancuh dan di campur dengan warna lain untuk dapatkan warna yang hampir serupa.

Dan masalahnya ialah bila warna tu kita letak kat fondant.. dia jadi warna lain.. bila dekat puding dia jadi warna lain lah pulak. Haraplah sangat tuan punya diri dapat terima semuanya seadanya.. maaf sangat jika ada kekurangan dan kelemahan didalam hasilnya ini.



Kek ni dalamnya kek Fudge Choc Cake. Deco dan design kali ini adalah atas permintaan tuan empunya. Dia berikan contoh gambar kek yang di suka dan minta ita buatkan. Warna kek asal putih, dan minta di tukar kepada warna tema tear rose pink dan tifanny blue. Bunga kemboja sebagai hiasan. Sekuntum bunga ros sebagai pemanis dan simbolik pada tema kek kali ini. Pasangan pengantin tu ita beli dah siap, sebagaimana contoh gambar yang di beri, tapi ita cari patung yang sama macam gambar tu tak ada jual di kedai. Ita gantikan yang ini yang hampir sama.. harap-harap lah ok kan.. Kek ni fully fondant bersaiz 8 inc.


Ini pula puding kasih bertaut, dengan tema warna yang sama. tapi tulah bila di puding warnaya seakan peach sikit dan ke oren lah pulak kan..

Walaubagaimanapun, ita nak ucapkan terima kasih pada customer ita ni, kerana memberikan kepercayaan pada ita untuk menyediakan sebahagian barangan hantarn untuk majlis beliau ini. Harap sangat beliau suka dan berpuas hati. Segala kelemahan, akak menyusun sepuluh jari pohon ampun dan maaf.
Akhir kata selamat bertunang dan semoga kekal bahagia hingga ke jinjang pelamin.






4 comments:

ninazsyafinaz said...

KAK ITA, Puding kasih bertaut tuh akak guna serbuk agar2 ker akak guna agar2 tali..ada tak tip kalau guna agar2 serbuk tuh , apa kita nak buat supaya dia agar2 kita tak cepat berair..mcm kalau guna agar2 tali kan org kata masak lama mengunakan gula batu..

ieera_80 said...

terbaik la kak ita..

MamaQyssy said...

Assalamualaikum Ita kat mana nak beli kotak cheese tart?

MamaQyssy said...

Assalamualaikum Ita, nak tanya kat mana beli kotak cheese tart?

Post Top Ad

test