2 Ramadhan - masam manis f

Breaking

Jul 1, 2014

2 Ramadhan

Assalamualaikum..
Apa khabar semua? Macam mana puasa anda hari ini...?
Alhamdulillah sudah masuk hari ke 3 umat Islam di seluruh dunia menjalani ibadah puasa. Semoga puasa kita tahun ni mendapat keberkatan.
Sama-samalah kita melipat gandakan amalan.. kerana Ramadhan hanya datang setahun sekali aje.. entahlah.. adakah Ramadhan untuk kita di tahun hadapan.

Hari ini ita kongsikan beberapa menu berbuka puasa ita dan keluarga pada hari ke 2 Ramadhan. Menu kami sekeluarga cukup simple.. memandangkan ita masih lagi belum cukup sihat. Hari ini juga hari terakhir Amirul berbuka puasa bersama kami kerana dia akan kembali ke kolej untuk meneruskan semester seterusnya..

Bila anak-anak dah kembali ke sekolah.. mulalah ita memikirkan apalah yang mereka makan waktu berbuka dan bersahur nanti.. Kalau kat rumah ni walaupun resepi yang simple dari ibunya.. tapi senang rasa hati bila dapat melihat sendiri mereka menikmati hidangan berbuka puasa bersama-sama.


Kita teruskan kepada menu ita hari ini. Ita hanya sempat sediakan Nasi Goren Udang dan Murtabak mini untuk keluarga hari ini. Minuman kami hari ini pula adalah air cincau. Ringkas aje kan menunya. Bulan puasa ni ita harap dapat elakkan pembaziran. Alhamdulillah semua hidangan yang ita sajikan hari ini habis di jamu anak-anak dan suami.




Ita hanya jamah sedikit sahaja sekadar berbuka.. kerana tekak masih lagi terasa pahit.. selera makan juga berkurang..




Hari ini ita di bantu oleh Azrul untuk menyediakan Nasi Goreng Udang, memandangkan ita tak berapa sihat. Biasalah kan bila orang bujang masak.. mana yang sempat aje.. Tapi.. jangan tak tau.. air tangan Azrul juga cukup enak.. berselera sekali emak, ayah, abang dan adiknya menjamu selera.. Terima kasih Azrul kerana membantu emak memasak..


NASI GORENG UDANG
Resepi Oleh : Fiza
Rujukan : Fiza's Cooking

Bahan A
100gm udang - di buang kulit, belah dan buang kotoran di belakangnya
1/4 sudu teh garam 
sedikit serbuk lada hitam 
1/2 sudu teh tepung jagung
Bahan B
3 biji telur ~ di kocok
Bahan C
2 batang daun bawang - dicincang
2 ulas bawang putih - di cincang
4 cawan nasi sejuk 
3/4 cawan lobak merah - di potong dadu
1 sudu besar kicap cair - boleh gantikan dengan sos sotong/ikan Thai 
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh minyak bijan
Kaedah Penyediaan
Di dalam mangkuk masukkan semua bahan A dan perap selama lebih kurang 10minit. Anda boleh buang kulit udang, tapi Azrul dia tak buang kulit. 

Panaskan kuali masukkan sedikit minyak masak dan atur udang tadi, tapi jangan sampai bertindih. Biarkan sebentar (dalam 30saat) dan alihkan, biar sebelah lagi dalam 30saat, tetapi jangan di kacau. Angkat udang tersebut dan ketepikan seketika.
Di dalam kuali tadi juga masukkan telur dan buat telur dadar nipis. Lipat dan potong-potong dengan sudip dan angkat. Ketepikan seketika.
Masukkan sedikit minyak lagi ke dalam kuali dan tumis bawang putih serta daun bawang hingga wangi. Masukkan juga lobak merah yang di potong dadu. Azrul gantikan dengan kacang panjang yang di potong kecil.
Masukkan nasi sejuk dan goreng lagi dengan api yang besar dan di kacau dengan cepat. Masukkan juga sos tiram, kicap cair, minyak bijan, telur hancur dan udang tadi. Kacau sebentar dan rasa nasi tersebut. Jika kurang masin boleh tambahkan dengan sedikit kicap cair. 
Apabila sudah masak bolehlah di hidangkan. Nasi ini lebih enak di hidangkan dengan cili potong campur kicap atau sambal belacan.
  
Sajian kedua ita hari ini adalah Murtabak Mini yang mudah dan ringkas. Untuk resepi ke dua ini ita di bantu pula oleh Dalili di dapur. Jom kita masuk dapur dan intai cara penyediaan mini murtabak yang mudah dan ringkas ini.


Mula-mula kita sediakan bahan-bahannya dahulu


MINI MURTABAK

Intinya

Bahan Tumis
1/2 biji bawang besar ~ di dadu
1 ulas bawang putih di cincang
1 1/2 sudu besar rempah kari daging
1 tangkai daun kari
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

1/2 kg daging cincang
1 pokok daun bawang ~ di mayang
2 biji kentang ~ kupas kulit dan dadu kecil
1 batang lada merah ~ buang biji dan hiris halus

Pijarkan minyak dalam kuali
Tumiskan 1/2 bawang besar dan bawang putih hingga layur
Tambahkan rempak kari dan daun kari dan tumis hingga garing
Masukkan daging dan masak hingga daging empuk
Masukkan kentang dan masak hingga kentang empuk
Jika kering kuah tambahkan sedikit air
Biar kentang empuk dan kuah kering
Perasakan dengan garam
Tambahkan sedikit daun bawang dan laha hiris
gaul rata
Angkat dan tapiskan minyaknya



Sekarang kita sediakan pula bahan untuk kulitnya

Kulit popia yang bersaiz besar ~ secukupnya
Inti murtabak ~ yang telah kita sediakan tadi
Telur secukupnya
1 labu bawang besar ~ di dadu
1 pokok daun bawang ~ hiris halus

Pecahkan 1 butir telur di dalam mug atau kole.
Kocok sedikit telur

Masukkan inti murtabak kita tadi
Masukkan juga bawang cincang dan daun bawang





Kacau rata



Ambil satu keping kulit popia
Letakkan inti tadi di atasnya dan ratakan
Kemudian lipat seperti melipat sampul surat
Lekatkan tepinya dengan bancuhan tepung gandum dan sedikit air.

Kemudian bolehlah di goreng dengan minyak yang sedikit sahaja


Mudah aje kan kaedah penyediannya. Mini popia ni bolehlah di makan bersama cili sos, kalau ada kuah dal lagi sedap, lauk kari pun ok juga. Tapi kami sekeluarga makan dengan sambal tumis sahaja.

Kepada kawan-kawan yang sedang memikirkan menu untuk berbuka puasa nanti bolehlah mencuba resepi yang mudah dan ringkas ini


Selamat menjalani ibadah puasa






12 comments:

Gee® said...

Salam Ita... simple tp best menu iftar Ita sekeluarga... murtabak paling mengancam...!

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

betullah Kak Ita.. sy pun sedang mengelakkan pembaziran dan cuba mengajak seisi rumah (terutama cik abe.. hehehe) menyelami makna puasa yang sebenar. Sama pulak menu air kita semalam :))))))

Izwa Kamaruddin said...

aduhh menarik nyer!

geraugebang said...

Jatuh cinta...dengan murtabak tu...pinggan juga...cantik

Unknown said...

Kak sedapnya..nk cuba la..mekasih kak ye sbb share..

Ein Farah said...

Nasi goreng tu nmpak menarik.. Mini mrtabak
pon mnarik. Boleh try pasni ;)

MamaFaMi said...

Yang ringkas tu yang enak. Janji... segalanya disediakan dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang... :)

Unknown said...

salam ita...suka baca blog nie. Boleh ajar akk buat acar buat tak? tqvm

sis_fazi said...

tq kak ita share resepi. saya cuba buat semalam, mudah dan jimat. anak2 boleh makan puas2--kalau beli pasar ramadan tentu terhad. buat sendiri banyak dan puas makan. tq tq...

fazianbatrisyia said...

yummyyy...senang2 nanti boleh cuba yg ni pulak

tiarania said...

Mmg sedap mini murtabak tu...tadi adik sy tlh cuba buat utk berbuka puasa ptg td. Terima kasih byk Ita...

Nurul Atiqah bt Mohamad said...

Nak share boleh?

Post Top Ad

test