Teddy Bear Cookies - masam manis f

Breaking

Jul 10, 2014

Teddy Bear Cookies


Assalamualaikum..
Kita masih lagi berada di bulan Ramadhan. Bila terdengar lagu Raya berkumandang.. rasa sangat sayu.. terasa cepatnya Ramadhan akan meninggalkan kita. Entahkan bila kita akan bertemu Ramadhan lagi.. Ramadhan jangan pergi....




Lagi berapa hari umat Islam akan menyambut lebaran. Pasti ibu-ibu adalah insan yang paling sibuk sekali. Menyiapkan segala kelengkapan dan keperluan anak-anak, menghias rumah dan tak kurang juga yang telah mula menyediakan juadah untuk meraikan tetamu yang bertandang ke rumah.

Pasti pelbagai resepi biskut pilihan yang telah di pilih untuk menghiasi meja tamu pada hari lebaran nanti.


Hari ini ita nak kongsikan satu lagi resepi biskut raya yang sesuai untuk anak-anak. Sebagaimana yang kita sedia makhlum, kanak-kanak adalah insan yang paling gembira bila tiba hari raya. Selain mendapat duit raya, memakai pakaian dan kasut baru.. mereka juga dapat menikmati juadah biskut raya yang berwarna-warni. Seronoknya lah aiii.. jadi kanak-kanak ni kan..

Kebiasannya bila hari raya, ita pasti akan menyediakan satu biskut raya yang dapat mengamit hati si comel. Tau lahkan.. kanak-kanak ni dia suka sesuatu yang berwarna-warni dan juga yang comel-comel. Oleh itu tahun ini ita sediakan biskut Teddy Bear untuk anak ita Dalili. Pasti dia teruja dan tak sabar nak merasa biskut ini nanti.


BISKUT TEDDY BEAR

300 gm butter
20 gm lemak sayuran (shortening)
180 gm gula icing

30 gm serbuk koko
200 gm tepung
200 gm tepung jagung
40 gm nestum

Satukan butter, lemak sayuran dan gula icing. Putar hingga lembut dan sebati
Masukkan tepung, tepung jagung, koko dan nestum.
Uli adunan sebati

Canai adunan
Terap adunan dengan acuan teddy bear dan susun atas dulang pembakar
Buatkan mata dan hiaskan dengan bentuk love dari gula ( ada jual di kedai kek)
Bakar dalam ketuhar pada suhu 150C selama 30 minit
Simpan di dalam bekas kedap udara.


Bila buat biskut nanti jangan lupa buat lebih sikit ya..
Dalam bulan Ramadhan ni kita bukan sahaja di tuntut untuk berpuasa.. kita juga di galakkan untuk memperbanyakkan amalan dan bersedekah.

Apa kata anda sertai Planta di dalam kempen Beramal Bersama Planta.


Anda boleh sediakan biskut hasil air tangan anda sendiri. Dan biskut tersebut bolehlah anda sumbangkan ke My Din  atau Giant yang terpilih. Sumbangan anda itu nanti akan di salurkan ke rumah anak yatim di Malaysia.


Apa tunggu lagi.. Inilah masanya kita nak membantu anak-anak kita yang kurang bernasib baik. Sekurang-kurangnya air tangan anda dapat menceriakan hati mereka..

Jangan lupa singgah di Yutube Planta anda boleh dapatkan pelbagai lagi resepi biskut dan kek yang penuh warna-warni dari Planta.




10 comments:

MamaFaMi said...

Hihihi... comelnya cookies! Ita, nak tanya, yang hiasan love tu, Ita bakar sekali ye? Boleh dibakar ye bendaalah tu? Tak cair eh?

Azlita Aziz said...

boleh mama, ita bakar sekali. Ia tak cair

PetakBunga said...

aloh berseninya tgan..

fazianbatrisyia said...

Sesuai sgt...bkn setakat anak yg suka...mak pun suka

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sesuai betul dengan Dalili yang manja...

nur anis said...

wahh..comel ni...

Unknown said...

kak ita..nak ty menekap teddy bear tu belI kat mana

akmahika said...

Cookies yang akan mnjadi kegemaran kanak2 untuk tahun INI!! Compel sgt2! Thanks sharing the recipes

Unknown said...

comelnya cookies Ita teady bear lagi, boleh try utk raya ni kalau terjumpa acuan tu

MamaFaMi said...

Thank you Ita ;)

Post Top Ad

test