Acar Seri Rampai Pak Engku memang sedap! - masam manis f

Breaking

Aug 11, 2014

Acar Seri Rampai Pak Engku memang sedap!


Acar Rampai, sudah sinonim bagi masyarakat Johor. Acar Rampai kerap di sediakan terutamanya di majlis perkhawinan. 
Sebenarnya ita tak berapa mengemari acar rampai, ita lebih sukakan pencuk. Mungkin di sebabkan sayur-sayur yang  di masak dengan cili, itulah yang membuatkan ita tidak mengemarinya. 
Acar rampai lebih enak di makan bersama nasi minyak, nasi beriani dan nasi tomato.


Hati ita terpanggil untuk mencuba Acar Seri Rampai dari Pak Engku. Nampak macam sedap aje bila ita memandang acar seri rampai dalam buku Santapan Lauk-pauk Tradisi. Apa yang membuatkan ita semakin meluap-luap nak mencuba kerana kelainan acar rampai Pak Engku yang menggunakan rempah kari.

Akhirnya ita putuskan juga untuk mencuba. Alhamdulillah... tak sia-sia ita mencuba kerana acar rampai Pak Engku ni memang sedap sangat.. seakan ita dah jatuh cinta pula. Berselera sekali ita makan acar rampai ini di lawankan pula dengan Nasi Beringin dan Rendang Ayam Nangka Muda juga hasil sentuhan air tangan Pak Engku.

Didalam resepi ni ada di letakkan bijan yang perlu di sangai, tapi ita tak letak sebab bijan ita kehabisan.. tapi tak apa.. tak ada bijan tak menjadikan alasan untuk kita tidak mahu mencuba.. lagipun ianya tidak sedikit pun menjejaskan kesedapan Acar Seri Rampai ini.

Memang sangat sedap! kalau anda teringin nak mencuba.. ita akan kongsikan resepinya di sini, sebagai rujukan kawan-kawan yang nak mencuba


ACAR SERI RAMPAI
Resepi Oleh : Pak Engku
Rujukan : Santapan Lauk-pauk Tradisi

Bahan A

2 Camca besar Halba Campur ~ jintan manis, jintan putih, halba dan biji sawi
3 tangkai daun kari
2 ulas bawang putih ~ dikisar
6 ulas bawang merah ~ dikisar
5 tangkai cili kering ~ dikisar
2 biji tomato ~ dikisar ( ita potong baji aje )
1 camca kecil serbuk kunyit
2 camca besar rempah kari Babas
3 camca besar cuka
1 ketul gula Melaka
300 ml air
100 ml minyak masak
garam secukup rasa

Bahan B
5 ulas bawang putih ~ belah 2
10 ulas bawang merah ~ hiris kasar
2 inc halia ~ hiris halus
15 tangkai cili padi ( boleh kurangkan )
2 biji timun ~ ambil bahagian luar sahaja, bahagian tengah buang, potong mancis
2 batang lobak ~ potong mancis
50 gm bijan ~ di sangai ( jika suka)

Panaskan minyak dan tumiskan bahan A hingga harum dan pecah minyak
Tambahkan cuka, air dan gula Melaka, masak hingga pekat
Perasakan dengan garam secukup rasa
Akhir sekali masukkan bahan B dan gaul rata
Taburkan bijan
Sedia di hidangkan



2 comments:

fazianbatrisyia said...

sedapnya. baru2 ni MIL sy buat guna rempah yg disediakan saudara. sgt sedap. tapi timun & carot yg diracik halus tu kena toskan airnya dulu, so acar tu tak basi.

malmanButterfly1116 said...

Menarikkk...

Post Top Ad

test