Beraya sambil cuci mata... - masam manis f

Breaking

Aug 3, 2014

Beraya sambil cuci mata...


Hari ini ita berkesempatan untuk mengunjungi teratak sahabat suami ita. Sebenarnya dah lama ita menyimpan keinginan untuk melihat dekorasi rumah yang berkonsepkan rustik ini. Kali pertama ita jejakkan kaki adalah sewaktu awal pembinaannya. Mendengarkan impian tuan rumah ita dapat gambarkan bahawa tuan rumah seorang yang cukup santai.. dan sukakan alam semulajadi dan ianya di ketengahkan dalam dekorasi pilihannya.




Kini sekali lagi ita berpeluang ke sini setelah lebih 10 tahun tuan rumah bermaustautin di sini.
Melangkahkan kaki ke teratak ini.. membungkamkan satu perasaan yang tak boleh ita ungkaikan.. ya inilah rumah idaman setiap insan yang berjiwa halus dan sukakan kedamaian.. Terasa sangat seronok berada di sini.. dan ita mula memasang angan-angan untuk memiliki rumah sebegini suatu hari nanti..


Melangkah masuk di perkarangan rumah.. bau harum semerbak deretan bunga orkid hutan sangat menarik perhatian ita. Ini lah kali pertama ita melihat pokok orkid hutan yang secantik itu. Bunga orkidnya sangat besar, dan pasti geram kita melihatnya.. sungguh cantik sekali ciptaan Ilahi..



Menurut kata tuan rumah, ini adalah pokok orkid hutan, dan beliau mula menanamnya sejak empat tahun yang lalu. Kini setiap penjuru dan ruang rumah tersusun deretan pasu orkid yang sedang mekar bunganya..


Bunga ni ada dua warna, satu merah dan satu lagi kuning. Tapi ita pun tak dapat pastikan yang mana satu yang kuning dan merah kerana semuanya nampak cantik! hanya tuan rumah sahaja yang tahu membezakannya.

Pokok orkid ni di tanam dari anak benih yang tumbuh di pangkal pokok. Kebiasannya bila dah tumbuh sulur anak pokok tu.. bolehlah di alihkan ke dalam pasu lain.. kata tuan rumah.. itulah yang menjadikan pokok orkid itu semakin banyak menghiasi laman rumahnya..


Dalili pun tak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar bersama orkid ni.. tapi.. alamak... Dalili tak cukup tinggi oppsss...


Selain senibina rumah dan orkid hutan tu.. ada satu lagi yang menarik di sini.. Pokok bonsai ini yang dah berusia lebih dari 100 tahun. Pokok bosai ini telah beberapa kali menjadi juara pertandingan bonsai. Kini ianya terbiar di situ.. mungkin tuan rumah sudah beralih minatnya kini...


Satu lagi yang menarik perhatian ita ialah pokok bunga kantan ini. Pokok bunga kantan ini bukan pokok bunga kantan biasa. Ianya adalah pokok bunga kantan yang di datangkan khas dari Bali. Bunganya lain dari bunga kantan di sini. Bunga yang mekar ini sangat cantik lebih-lebih lagi warna merahnya yang berkilau..


Inilah rupa pokoknya, besar dan tinggi hingga melepasi pagar tuan rumah. pasti cantik jika semuanya megeluarkan kuntuman bunga yang merah dan mekar sejambak..



Meja besi lama yang sudah semakin lusuh di mamah usia, menghiasi sudut taman. Semakin lusuh semakin cantik di pandang.. Ita memang sukakan barangan yang nampak rustik.. ianya ada seni yang hanya mereka yang memahaminya sahaja yang tahu nilainya.. sungguh nolstagia...






Melangkah masuk sahaja kita di sambut dengan pintu yang di import khas dari Indonesia. sangat halus seni ukirannya..

Kebanyakkan perabut di dalam rumah ini adalah perabut antik yang entah dari mana tuan rumah mendapatkannya.. ianya banyak mengimbau kenangan yang tak terungkai.. memang sangat cantik seni pembuatannya dan ukiran yang sangat halus hasil sentuhan jari jemari kurnianNya..

Ita rasa macam nak rakamkan semua... tapi ita segan dengan tuan rumah... kebetulan isterinya pula tiada di rumah kerana bekerja.. tu yang ita terbantut nak ambil gambar.. Ita ambil mana yang sempat ita snap aje...



Dinding rumah yang unik dari kayu jati.. Di sulami pula lubang cermin berwarna yang memampakkan kelainan dan keunikkan tersendiri. Sesiapa yang bertandang di teratak ini pasti akan terpaku dengan keunikkan dinding ini..

Rumah ini di bina dari bahan semula jadi. Dinding dari bata yang di biarkan tampa di plaster.. Siling dari kayu jati.. boleh di katakan semuanya natural... tak tau bagaimana ita nak gambarkan keistimewaan rumah ini.. rumah yang sangat luas dan siling yang tinggi buatkan terasa sejuk dan tenang berada di sini...


Talifon antik ini.. menghiasi satu sudut di ruang tamu..


Kerana ita sukan dapur, kali ini ita kongsikan dapur unik dari tuan rumah.  Seronok berada di dapur tuan rumah seakan ita teringat ita berada di rumah atuk ita pula....


Dapur tuan rumah.. Lihat tabel topnya dari kayu balak yang di potong. Sangat padu dan sangat unik!
Masa ini ita hanya terbayang untuk ambil gambar masakan ita sahaja... kalau buat prop ni.. mengancam habis.. hihi


Ini pula karbinet dapurnya yang di buat sendiri oleh tuan rumah. Ianya menggunakan kayu jati dan cengal.






Cantik kan... sebenarnya banyak sudut lagi yang tak sempat ita selongkar.. insyaallah kalau ita datang lagi ita akan rakamkan bahagian yang lain pula.. itupun kalau tuan rumah izinkan... ^_^


Sempat juga anak dara ita mengerjakan kucing ni.. tak pasal-pasal dapat cakaran kucing.. hihi.. tulah.. dia ingat semua kucing lemah lembut macam kucing dia..


Projek terbaru tuan rumah... tak sabar ita nak tunggu....


10 comments:

Syira Lokman said...

SELAMAT MALAM :)
kembali blogwalking setelah bercuti raya...hehe..
jom sewa tapak iklan..RM10 sebulan and if nak Syira review blog anda ..boleh emel ---->
syiralokman21@yahoo.com.my atau PM https://www.facebook.com/syiralokman5?ref_type=bookmark :) RM10 je tau..

Juls Julie80 said...

Assalam..

Selamat Hari Raya kak..

Cantiknya rumah nih..saya pun plan nak buat dapur camtu jer klu rumah dah siap nnt (lagi 4 thn la kot) hihi..

sbb suka natural gitu..time raya x yah pening2 nak cat..ehehe

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

tuan rumah ni tentunya berjiwa halus.. saya tabik spring toing3!! Tentunya seorang yang cintakan kedamaian dan keaslian.. salam untuk tuan rumah, kak

Unknown said...

selamat hari raya kak ita.. ,aaf zahir batin..:)
macam kenal tempat ni.. ni tepi jalan Kg Sinaran, Seelong kan kak? dekat dgn rumah mertua saya.. mmg saya suka sgt every time kalau lalu tenpat ni. sure tertoleh2.. unik sgt rumahnya.. dapat jugak tgk isi dalam rumah ni melalui blog kak ita.. :)

Amaryllishoppe said...

Sukanya tengok konsep rumah macam ni. Nostalgia habisss....

Granny Hani said...

Memang cantik

muna mahdzar-fadaaq said...

Salam Ita
Kagum betul tengok garden, exterior, interior rumah ni. Rustic and natural... love it!
xoxo

Rina Audie said...

sungguh menarik rumah rustic seperti ini. Sukaaaa deh liat segala penjuru sudut rumahnya....

Unknown said...

Mcm rumah Ahadiat Akashah je

Unknown said...

K.ita...tu namanya...orkid rimau.atau pun orkid tiger....

Post Top Ad

test