Bila Sufi main masak-masak.. - masam manis f

Breaking

Aug 20, 2014

Bila Sufi main masak-masak..


aiii... rindunya lah pada budak berdua ni..
Rumah mak long dah sunyi sepi bila Sufi dan Harraz balik..
Masih terdengar-dengar lagi suara Sufi bertanya
" mak long buat apa tu.. " dengan loghat Kelantannya yang pekat..
Ita cukup suka dengar bila anak-anak kecil di Kelantan bercakap.. kadang-kadang jadi ralit ita di buatnya..



Setiap kali hari raya dan setiap kali ita pulang beraya di Kelantan, pasti ita akan menunggu kedatangan anak-anak kecil datang beraya.. Sibuk ita melayan mereka.. kerana ita cukup suka bila mendengar mereka berkata-kata..  dengan mulut mugil mengeluarkan kata-kata dengan loghat Kelantan yang pekat cukup lucu bunyinya.. dan sangat comel.. ^_^






Suffi yang comel.. inilah mainannya bila berada di rumah ita..

Maaf lah Sufi.. mak long dah lama tak ada anak kecil.. dah lama tak main pondok-pondok.. Kakak Dalili pun dah besar dan mainannya pun dah tak ada lagi di rumah ni..

Mainlah sufi dengan pondok-pondok mak long ni.. Tapi mak long seronok bila Sufi leka bermain.. sampai basah kuyup baju.. Teringat masa mak long kecik-kecik dulu.. sama macam sufi.. suka main pondok-pondok, suka cakap sorang-sorang dan suka menyanyi sorang-sorang.. ^_^

Bila di tanya " Sufi masak apa tuuu..."
"Masak telorrrr.." katanya dengan loghat kelantan dan lengok tubuhnya yang melentok-lentok mengikut tona suaranya.. sangat comel..


Bila lah Sufi dan Harraz nak datang lagi rumah mak long..
Nanti kita jumpa di Kota Bahru ya...
Jaga mama baik-baik.. Sufi dan Harraz jangan nakal-nakal ya..
Dengar cakap tok ma dan tok abah.. juga dengar cakap mama dan papa





1 comment:

fazianbatrisyia said...

untung dpt mak long rajin melayan ni...untung2 turun ilmu & bakat memasak cam mak long dia...

Post Top Ad

test