Butterfly Cuppies - masam manis f

Breaking

Aug 26, 2014

Butterfly Cuppies


Butterfly Cuppies adalah tempahan dari customer untuk majlis perkhawinan anak perempuannya.
Ia juga telah menempah satu lagi kek perkhawinan 3 tier yang ita kongsikan tempoh hari di SINI



Satu kek dengan tema bunga dan di kelilingi Butterfly Cuppies di sekelilingnya.

Dah lama juga tak bermain dengan coklat untuk hiasan pada kek. Customer berkenankan kek butterfly yang pernah ita kongsikan sebelum ini di SINI


Ita menggunakan resepi kek choc moist untuk keknya. Anda boleh dapatkan resepi di SINI
Adunannya adalah untuk sebiji kek, jika nak buat cup cake buatlah untuk 1/2 adunan. Tapi kalau untuk tempahan yang banyak boleh buat 1 adunan.

Ita sukakan kek choc lembab resepi yang pernah ita konsikan itu. Rasanya yang enak, kek yang moist dan cara penyediaannya yang mudah.

Anda hanya perlu letakkan 1/2 cawan kertas sahaja, kerana bila dah masak ia akan naik 3/4 cawan dan 1/4 cawan lagi untuk di letakkan ganache choc.


Untuk ganache ita masih setia dengan resepi dari sifu ita Chef Amer Hamzah. Ita rasa dah banyak kali ita kongsikan resepinya setiap kali ita sediakan kek yang menggunakan ganache choc.

CHOCOLATE GANACHE
Resepi Oleh : Chef Amer Hamzah

Chocolate Ganache

Bahan A
250 ml krim tenusu
40 gm sirap glukos ~ ita lupa nak letak dalam gambar
*sirap glukos ada di jual di kedai jual bahan kek

Bahan B
400 gm coklat masakan gelap
30 gm mentega
1 sudu besar pes hazelnut ~ jika suka





Satukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk
Coklat masakan gelap di cincang halus
Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata
Masukkan mentega dan gaul sempurna
Jika inginkan rasa ganache yang lebih enak tambahkan 1 sudu besar pes Hazelnut, jika tiada boleh letakkan Nutella sebagai ganti.
Sejukkan
Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais
 

Lepas dah salut ganache, ita hiaskan pula dengan buttercream yang ita bentukkan bunga rose.
Krim ini bukanlah krim yang ita buat untuk bunga ya, sebaliknya krin ini adalah krim yang ita salut pada kek. Rasanya sangat sedap dan anda boleh cuba!

Buttercream

230 gm Krim Well ~ Supper Light Krim
100 gm Shortening
100 gm gula icing ~ di ayak 3 X
35 gm butter ~ tanpa garam
60 gm susu pekat manis
10 gm golden syrup
Perasa ~ pineapple  atau orange atau rasberry atau vanilla (pastikan semua perasa tidak berwarna)

Pukul krim well, shortening dan butter hingga lembut
Tambahkan gula icing yang telah di ayak ~ bila masuk gula ni mixer kena perlahankan speed
Tambahkan juga susu pekat , golden syrup dan perasa dan terus putar dengan speed perlahan sampai dia bergaul sempurna.
Jangan putar lama sangat nanti krim lembik.
Masukkkan dalam piping bag dengan nozel 2D dah boleh bentuk bunga atas kek atau nak lempa pada sekeliling kek.


Hiaslah kek cawan dengan butterfly.
Untuk membuat butterfly dari coklat ni, boleh rujuk n3 ita sebelum ini di SINI


Dah pun siap
Selamat mencuba!




10 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

duh! duh! tergoda kita di pagi hari.. hihihi

ct kja baharom said...

Oh kak ita!!!!

fazianbatrisyia said...

menggoda kalbu

Unknown said...

Salam kak, cmne dpt kaler oren pd bunga tu?

Qaseh Abadi said...

Sedapnya tgk.. klu tgk resepi nmpk cam senang ja.. skli buat mesti xjadi..huhu

AKU DAN KAMU

nur anis said...

adehhh..sedapnyaaaa..

.:Mamanina:. said...

kak
pes hazelnut tu ada jual kt mane ye?

.:Mamanina:. said...

kak ita, nk tnye..
kat mana nk beli pes hazelnut ye..

Unknown said...

Kak mcm mna nak lukis butterfly tu ? kak plai acuan ka ?

Unknown said...

Assalamualaikum Kak Ita...

Maaf ye...hihih..nk bagtau sy dah try resepi kek moist choc dn buttercream nih
mmg best !!!!!!!...tq kak for sharing the best best best ever those recipe!!!
terbaek!!!

Post Top Ad

test