Ikan sambal berlada adalah lauk yang ita sajikan bersama nasi serai yang ita masak di Sini. Ita juga lawankan dengan pencuk dan Butter Prawn. Alhamdulillah serasi nampaknya gabungan kesemua sahabat-sahabat ini.
Ita tidak gandingkan dengan lauk yang berasaskan daging dan ayam kali ini kerana musim perayaan ni banyak benar dok makan daging dan ayam, kali ni kita tukar pada ikan dan udang pula. Lagi pula suami ita lebih mengemari ikan berbanding ayam dan daging.
Resepi ni mudah aje cara membuatnya, kita boleh gunakan apa-apa sahaja ikan yang kita suka. Ita menggunakan ikan merah dan ikan tenggiri untuk resepi kali ini. Kebetulan ikan ini ada berbaki dalam peti ais, oleh kerana tak mau di sampan lama ita gabungkan ia sekali.
Apa kita tunggu lagi, jom kita semak resepi dan mencuba resepi yang mudah ini.
IKAN SAMBAL BERLADO
1 ekor ikan merah / tenggiri / atau lain-lain
6 ulas bawang merah ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
1 inc halia ~ dikisar
15 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut dan dikisar
2 inc belacan ~ dikisar
200 ml air asam jawa
2 biji bawang besar ~ di hiris
1 biji tomato ~ potong baji
2 sudu besar sos tiram
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
Ikan di potong, cuci bersih, gaul dengan garam dan kunyit , kemudian di goreng garing
Angkat toskan minyak dan ketepikan
Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih, belacan, dan halia hingga naik bau
Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak
Masukkan air asam jawa, sos tiram, garam dan gula secukup rasa
Masukkan bawang hiris dan tomato.
Akhir sekali masukkan ikan
Balik-balikkan dan biarkan kuah sambal sedikit pekat.
Angkat dan hidangkan
No comments:
Post a Comment