Kek Khawin 23 Ogos - masam manis f

Breaking

Aug 23, 2014

Kek Khawin 23 Ogos


Assalamualaikum..
Dah malam-malam barulah dapat bersiaran.
Penat sungguh rasanya hari ini..
Hari ini ita kena siapkan dua tempahan kek khawin tiga tingkat dan beberapa biji cup cake. Tempahan yang dah di buat awal oleh tuan empunya dengan tema bunga-bunga untuk kali ini.



Buat kek khawin ni bukan mudah tau, kita kena bijak merancang masa.. lebih-lebih lagi jika mereka nakkan kek di hantar awal.
Untuk kek hari ini, ita kena siapkan sebelum tengahari.
Satu kek ita kena hantar pukul 9 pagi kerana majlis sanding pada pukul 12 tengahari.
dan satu kek lagi ita kena hantar sebelum pukul 12 tengahari kerana majlis sanding bermula pukul 2 petang.
Berpeluh nak menyiapkan tempahan ini kerana keduanya perlu di hantar pada sebelah pagi.

Sehari sebelum tarikh ita dah kena siapkan kek asanya.
Ita kena siapakan awal pagi kerana kek perlu di layer, perlu di simpan di dalam peti ais paling kurang 8 jam sebelum boleh di deco.

Sebulan awal ita dah mencari bahan untuk hiasan kek seperti bunga, fondant, gumpaste dan warna yang bersesuaian dengan tema pilihan pengantin.
Kadang cukup payah nak dapatkan bunga yang ready made yang bersesuaian dengan tema di Johor niiii.... Ita terpaksa pusing satu Johor untuk mencari bunga. Jika tak ada terpaksalah ita buat sendiri dengan gumpaste. Sebab itulah jika kek khawin ita perlukan 1 bulan pengesahan supaya mudah untuk ita merancang masa mencari bahan-bahan keperluan hiasan kek.


Bagi kek 3 tier dengan tema soft peach ini, ita perlu sediakan awal keknya. Kek pula berlainan perisa untuk setiap tingkat.
Untuk kek bahagian bawah, ia bersaiz besar 14 inc dengan kek red velvet sebagai pilihan. Di dalamnya di lapisi cream cheese filling dan di lempa dengan buttercream.

Tingkat ke dua pula kek choc moist dengan cream choc sebagai fillingnya. Kek di lempa sepenuhnya dengan buttercream dan bersaiz 10 inc

Lapisan atas pula adalah kek rainbow  bersaiz 7 inc dengan cream cheese sebagai pilihan filingnya.  Kek juga di lempa sepenuhnya dengan buttercream.

Bila sediakan kek buttercream untuk kek khawin, ita cukup risau jika cuaca sangat panas. Ita risaukan jika creamnya tidak tahan suhu yang terlampau panas. Maklumlah cuaca negara kita yang panas kadang kala mempengaruhi juga kekemasan kek.


Kek ini ita hiasankan dengan bunga, dan ribon kecil. Pengantin cukup suka deco kek yang pernah ita sediakan dahulu, kerana itu dia minta ita buatkan deco yang sama. Tapi... memang cara ita satu deco hanya untuk satu customer sahaja.. ita mungkin akan ikut sama tapi masih lagi nampak kelainan..

Kek ini di tempah khas bersekali besama beberapa biji cup cake. Nanti ita kongsikan cup cakenya kemudian ya.


Kek tiga tingkat yang ini pula bertemakan warna purple dan turquoise colour sebagai pilihan pihak pengantin.

Kek di deco sepenuhnya dengan fondant. Bila kata kek fondant.. memang tak tidur malam lah ita di buatnya. Lebih-lebih lagi kek perlu di hantar pagi.

Kek ini mudah ringkas sikit kerana customer hanya inginkan kek butter vanilla untuk ketiga-tiga kek. Lapisan dalam dengan filling cream cheese juga.
Ita siapkan awal kek ini kerana kek ni perlu di salut fondant. Jadi ita kena pastikan creamnya betul-bertul keras sebelum di salut fondant.

Ita selesai siapakan kek pertama yang warna peach tu pukul 2 pagi. Kemudian ita bergegas ke bus station kena mengambil anak ita Azrul yang pulang kerana perlu menyiapkan beberapa document yang perlu di hantar kepada pihak MARA.

Sampai rumah dan pukul 3.30 pagi. Ita lelap sebebtar dan bagun semula pukul 5 pagi untuk siapkan kek fondant ini pula..

Kek ni siap pukul 11 pagi.. alhamdulillah.. ya Allah.... barulah terasa penat satu badan.. terasa lah sakit pinggang dan bahu.. adoiiii... lah aiii....

Kerana nak siapkan tempahan kek fondant ni, ita terpaksa minta tolong suami untuk hatarkan kek peach tu pada customer. Kepala pun dah naik ting tong kerana tak cukup tidur...


Alhamdulillah akhirnya selamat juga siapkan tempahan pada masa yang di janjikan..
Terima kasih kepada kedua-dua customer ita ya..
Kalau ada sebarang kekurangan.. ita benar-benar mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki...

Sesungguhnya kelemahan itu atas kealpaan ita sendiri..

Lepas kek di hantar.. ita pun apa lagi.. landing baikkk.... punyaa.. atas katill.... ya Allah... sedapnya dapat lelapkan mata.. terlena terus... sedar-sedar dah petang...

Hari ni memang ita tak sempat masak.. bangun tidur terus kedapur.. fikir anak-anak belum makan... lagi.. sebab maaknya tak masak akibat terlena...
Rupanya suami ita dah beli nasi bungkus untuk anak-anaknya.. kesian tengok ita keletihan dan tak nak kacau ita tidur katanya... ^_^ TQ my dear....



9 comments:

Indahnya Kehidupan said...

zaza terpikat dengan kek 3 tier peach tu...

Cicero88 said...

kak, klu filling cream cheese, once dah balut ngan fondant... cheese tu tak cair lagi ka?? atau kakak simpan kek tu dlm fridge ja???

nak tipsssss ckit tuk balut fonant ngan filling cream cheese ni
:)

Unknown said...

kreatif sungguh ita ni.. kedua dua kek tu cantik sangat2... five stars untuk ita...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

tingtong-tingtong pun meletups kek Kak Ita!!!

pau said...

Sedapnya...terliur..

myxa said...

Itulah pengorbanan baker2.. salute

Sweet red cherry said...

cantik sangat2 deko kak ita tu..alhamdulillah rezeki..

fazianbatrisyia said...

cantik sungguh hasil kek ni.
untung suami memahami...

Unknown said...

As salam....kak nak tanya. Still amik tempahan lagi ke? Kek turqoise tu klo nak just 1 tier shj blh ke? Utk tunang...tp nak moist choc n filling nye pun choc...berapa ya kos nya?

Post Top Ad

test