Laksa merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Bagaimanapun setiap daerah mempunyai kuah khas yang dimakan bersama laksa memberikan nama yang tersendiri menurut di mana ia disediakan.
Kebiasannya bahan asas membuat laksa adalah ikan. Tapi setiap kuah laksa bagi setiap daerah berbeza ikan yang di gunakan. Contohnya laksa Johor di katakan paling enak di sediakan dengan ikan parang. Kuahnya yang pekat dan berempah pula di makan bersama spaghetti. Berbanding laksa Kelantan atau lebih popular di panggil laksam mempunyai kuah putih lemak dan kebiasannya menggunakan ikan selayang. Laksam di makan dengan mee laksa yang di buat sendiri dari tepung beras, itulah keunikkan laksa Kelantan dan laksa Johor yang lain daripada lain. Laksa Terengganu pula di katakan mempunyai dua kuah yang berbeza, satu kuah merah yang berempah dan di masak dan satu lagi kuah putih yang tidak di masak. Laksa Perak pula dikatakan lebih masam walaupun di katakan seakan laksa Penang.
Laksa Penang amat popular di Pulau Pinang di mana ia berasal. Kuahnya lebih cair dan masam manis. Ia cukup popular dan cukup di gemari ramai. Ada yang memanggilnya sebagai asam laksa.
Anak ita Dalili cukup mengemari asam laksa satu masa dahulu. Ita ni kalau asam laksa kurang sikit...
Ita lebih suka laksa Johor yang pekat dan berempah dari kuah laksa yang masam dan cair. Dulu selalu juga bawa Dalili makan laksa di Med Vely. Setiap kali ke sana pasti dia ajak pekena laksa.
Tapi sejak dia makan laksa di satu gerai laksa di Kedah, dia terus tak minat..
Katanya laksa tu hanyir dan tak sedap. Serta merta seleranya pada laksa pun berkurang.
Bila ita kata nak buat laksa, dia menolak.. nanti tak sedap katanya..
Tapi di sebabkan ita dapat permintaan dari rakan fb yang minta ita tunjukkan cara dan kaedah membuat Laksa Penang dan lagi pula dah lama sangat ita tak buat laksa, akhirnya ita pun buatlah laksa ni..
Susah nak dapat bahan untuk membuat lakasa selepas musim perayaan ni. Untuk dapatkan bunga kantan ita terpaksa pusing satu pasar barulah jumpa di sebuah gerai yang tersorok.. payahnyalah nak dapat bunga kantan.. dengar kata pokoknya melawas.. mungkin faktor cuaca yang tak menentu.. kejap panas kejap hujan itu yang buatkan ia pun merajuk..
Bila Dalili pulang sekolah dan di lawa makan laksa panjang muncungnya..
Tapi bila di pujuk dia makan lah juga.. tapi lepas makan mak aiii.... bertambah-tambah pulak dia makan.. 'sedaplah mak... kenapa yang dulu kita makan tak sedap.. yang ni sedap macam yang kita makan kat Mid Vely.. " katanya lagi sambil menghirup kuah laksa yang berbaki di mangkuk..
Alhamdulillah... suka ita lihat dia makan dengan berselera..
Hidangan yang ita sediakn ni tak banyak tau.. Cukuplah untuk 5 atau 6 orang makan.. kalau tak bertambah atau untuk satu hidangan.. kalau bertambah-tambah makan memang tak cukup!
Jika keluarga ramai, atau nak masak untuk menjamu kawan-kawan.. kenalah gandakan sukatan bahan-bahannya ya..
Mula-mula kita kena sediakan stock ikan terlebih dahulu
LAKSA PENANG
Bahan-bahan Untuk Stock Ikan
10 ekor ikan kembung ~ boleh juga menggunakan ikan mata besar atau ikan sardin
5 keping asam keping
Air secukupnya untuk merebus ikan
Ikan di siang, buang perut dan insang kemudian cuci bersih.
Untuk menghilangkan hanyir ikan, sebaiknya gaulkan ikan dengan garam dan perahkan sedikit limau nipis, perap sebentar. Kemudian di cuci bersih.
Selain ikan kembung anda boleh juga menggunakan ikan mata besar, ikan sardin, ikan tenggiri atau ikan tongkol
Ikan yang kita dah siang tadi, kita masukkan ke dalam periuk.
Tambahkan air secukupnya untuk merebus ikan.
Masukkan juga asam keping
Kemudian rebus ikan hingga empuk. Bila dah empuk tunggu air rebusan sejuk, barulah keluarkan ikan dari periuk. Keluarkan juga asam keping.
Asam keping ni kita dah tak gunakan lagi, bolehlah di buang.
Asingkan isi ikan dari tulang dan kepala.
Isi ikan pula kita bahagi 2.
1 bahagian kita ramas-ramas kasar dan satu bahagian lagi kita kisar bersama air rebusan ikan.
Tulang pula kita masukkan dalam pengisar, masukkan juga air rebusan ikan dan kisar halus.
Boleh ulang kisar 2 kali untuk mendapatkan patinya.
Lepas kisar, kita tapis.
Masukkan semula air rebusan ikan, air tulang ikan dan juga air isi ikan yang kita dah kisar ke dalam periuk.
Bahan untuk pes
20 tangkai cili kering ~ jika tak suka pedas boleh kurangkan.
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 keping belacan yang telah di bakar ~ belacan ni anggaran besar duit 50 sen
Semua bahan ini, di satukan di dalam pengisar dan kisar halus
Bahan Untuk Kuah Laksa
Air rebusan ikan
Air tulang ikan
Air isi ikan
Isi ikan yang di ramas kasar
Pes cili, bawang merah, bawang putih dan belacan yang telah di kisar
2 batang serai ~ di titik ( maaf tak ada di dalam gambar terlupa letak)
2 kuntum bunga kantan ~ di belah 2
7 keping asam keping
1 inc lengkuas ~ di hiris
1 mangkuk daun kesum
1 sudu besar pes udang atau petis
1 batang empulur nenas ( isi nenas ni kita simpan untuk di racik halus)
Bahan dah pun siap!
Sekarang masanya untuk kita mulakan memasak.
Perasakan garam gula dan asamnya secukup rasa.
Laksa ni kena ada rasa masam, masin dan manis, jika kurang rasanya boleh lah tambah kan asam, garam atau gula mengikut selera masing-masing.
Dah siap pun kuah laksa kita, mudah aje kan membuatnya.
Jom kita intai-intai pula apakah bahan yang akan kita gandingkan dengan kuah laksa kita ini
Bahan utamanya mestilah laksa beras
Jika menggunakan laksa beras kering, rendam laksa semalaman.
Kemudian di rebus hingga lembut, tambahkan sedikit garam semasa merebus laksa.
Bila dah lembut angkat dan toskan, cuci atau bilas dengan air, kemudian toskan semula.
Bahan-bahan yang di makan bersama kuah laksa
1 kg laksa beras yang telah di rebus
1 pokok daun salad ~ di hiris
1 ikat daun pudina ~ di hiris
1 ikat daun selom ~ di hiris ( kalau tak ada pun tak apa)
1 batang timun ~ di hiris mancis
1 labu bawang besar ~ di hiris
1/2 biji nenas ~ di racik halus
telur rebus ~ di belah 4
Limau kasturi
1 kuntum ~ bunga kantan di hiris
1 batang cili merah ~ di hiris
cili padi secukupnya ~ di hiris halus
Alhamdulillah...
Dah siap pun kita masak laksa Penang.. bukan susah sangat memasak ni kan..
Semua orang pun boleh memasak.. tak susah mana pun..
Adoii... perut pun dah berkeroncong ni..
Emmm... bau pun dah harum semerbak ni..
Apa tunggu lagi.. tak kan nak temgok aje....
Jemput makan semua.... ^_^
44 comments:
kesian Kak Ita terbeli laksa yng hanyir kuahnya, apapun amsak sndiri memang terbaikkkk!!
Sy mengidam laksa pineng..
laksa memang favorite saya, baru buat minggu lepas.. memang marbelles la...
Emmm sedappp nyer..sya suka laksa..ank2 pn..nasi tolak tepi..kak ita..nk tnya apabeza laksa penang dgn laksa kuala perlis??
Salam akak, saya suka baca blog akak...selalu buat saya laparrrr....wawaWaahhhh...kecur air liur tengok laksa akak...huhuhu..
Salam perkenalan..Dee
Beza laksa pneng n kedah cuma tang nanas tu jer...
Tq resepi.nk BT hri ni
TENGOK LAKSA...TETIBE MENGIDAM NAK MAKAN LAKSA
Thanks utk resepi, hrini bt laksa lh iolsss ��
Sy mmng x pandai mkn laksa tp pgnent ni mengidam pulak nk mkn laksaa mcm sedappp je.....
Tq atas resepi yg mudah dan sedap...
salam. best entry tuan rumah. siap bergambar. saya suka, saya suka! saya jadikan guide nak masak laksa 1st time hari ni. hihi. TQ ya
Salam sis..sy dh buat resepi laksa ni..alhamdulillah..sedap..trima kasih share resepi laksa yg plg sedap yg sy penah cuba. Mkn bertambah2..
Nak tanya laksa beras tu guna jenama apa! Ni jenis yang jernih kan..sy suka la..
terliur pulak tengok gambar2 tue.. dah lama tak makan laksa penang
saya teringin nak bljar buat laksa penang..😊
sedapnya laksa terliur dibuatnya . terima kasih share resepi.
Rasanya kami orang penang tak pernah buat laksa letak lengkuas
Mak sy pesan klu masak laksa jgn letak serai..lengkuas pun x payah..lebihkn bawang besar je...tp x taw la ada cara lain plk...😊
Dah try semalam...Alhamdulilah menjadi..hubby pun puji.Tq atas resipi
akak2.yg letak lengkuas n serai sedap x?sebab mak sy xpenah letak,tp teringin plk letak
Ok je letak serai dan lengkuas...penambah aroma la katakan
Aribba yibba yummy 😋
Aribba yibba yummy 😋
Teringin nak buat laksa sendiri, angan2 8 tahun lepas baru je tercapai. Tq pada penulis.. First time buat, sendiri makan pun terasa mmg terbaek la sedapnya. Diakui oleh 3 org kawan yg rasa laksa buatan sy ni.. First time... Tq penulis
Sedapnyew..pic nmpk real Sgt.hehe
Ezreensandi@blogspot.com memberi maklumat tentang resepi yg sedap2 dan menarik juga.. ;) jgn lupa singgah
Salam.tq tuan blog.resepi ni memang sedap
Sebelumnya... Slm TQ untk kk.ita...
Memang sdap sgt... hasinya... tq tq 😘😘😘
Terima kasih. Resepi yg sgt mudah untuk faham
Nenas,daun² xsama dgn laksa kedah boh telur..penang ori xpki telur..
Betul tu
menariknya tengok.. :)
blogwalking : www.solehahkahaku.blogspot.com
Saya kalau laksa ni suka topping dengan fish cake atau suhun goreng
Alhamdulillah, pes time buat laksa ikut resepi ni.. menjadi sgt, suami xmkn laksa ni, tp dia puji sedap dan menjadi.. terima kasih kak azlita
Terima kasih kak ita atas perkongsian resepinya..
Saya sekeluarga ambil resepinya sahaja.lain lain tiada..
sedapnyaaaaaaaaaaaa
my feveret ever n ever
sudi2kanlah jengok blog saya
adianazulhilmistory.blogspot.com
X ingat samada sy pernah ucap terima kasih ke x pd kak ita. Apepun jutaan teerima kasih sy ucapkn dengan resepi ni.. sy mmg cerewet skit memilih laksa utk dmakan sbb ramai yg jual tp susah nak kena dgn selera. 6 tahun dulu sy berazam nak buat laksa sendiri. Dengan bantuan kak ita, laksa pertama sy menjadi dengaan jayanya pd tahun lepas.. sedapnya hanya sy je yg tahu sebab sy je yg makan. Hahahhaa... kali kedua sy masak n bawa ke offc, pot luck utk kawan2. Sy rahsiakan dr kawan2 yg sy masak laksa ni (takut x sedap, malu lak nanti, maklum la.. lelaki bujang yg masak..) tp respon alhmdllh.. smpai kehari ni, kawan2 tg tahu masih lg memujuk utk sy masak laksa.. bukan semata2 sebab sedap tapi sebab makan free.. sape x nak.. hahahahaha
Terima kasih atas resepi ni...bg sy mmg menjadi...dh berapa kali buat..xpernah negatif komennya..buat utk open house rumah sndr..smpi tetamu nk bungkus bwk balik..buat ms ry di kg..sedara mara siap tempah...asalnya sy lgsung xpernah buat n masak laksa...terima kasih tuan blog yg sudi share resepi ni...terbaik...
Terima kasih atas resepi ni...bg sy mmg menjadi...dh berapa kali buat..xpernah negatif komennya..buat utk open house rumah sndr..smpi tetamu nk bungkus bwk balik..buat ms ry di kg..sedara mara siap tempah...asalnya sy lgsung xpernah buat n masak laksa...terima kasih tuan blog yg sudi share resepi ni...terbaik...
Sy mhn share ye k.ita t.ksh byk
Biasanya ape sebab kuah laksa hanyir ye
Pertama kali belajar buat laksa,ikut resepi ini... Jadi dan sedap... Kat kedai xsedap mcm resepi yg ini
sedap sgt laksanye.tq kak utk resepi ni ye.halalkan ye kak.
Post a Comment