Mee Kari resepi kegemaran ku... - masam manis f

Breaking

Aug 12, 2014

Mee Kari resepi kegemaran ku...


Ita cukup suka menyediakan Mee kari untuk para tetamu yang berkunjung ke rumah. Mee kari dah sinonim dengan ita, anak-anak cukup mengemarinya itulah yang membuatkan ita kerap menyediakannya, tidak kira pada musim perayaan atau bila kami sekeluarga berkumpul.


Cara penyediaannya tidaklah sukar.. seperti juga laksa Johor.. cuma bahan-bahan yang di perlukan cukup banyak dan inilah antara sebab mengapa ramai yang tidak gemar menyediakan mee kari. Tapi bak kata orang kalau tidak di pecahkan ruyung manakan dapat sagonya dan kalau nak rasa yang sedap kenalah bersusah-susah dahulu.. ya tak..



Mee kari juga jarang di jual... kalau ada pun ramuannya tidak berapa lengkap. Lagi sedap dan enak jika kita menyediakannya sendiri. Rasanya sedap dan puas di nikmati sekeluarga.


Hari ini ita akan kongsikan kaedah dan cara bagaimana ita sediakan mee kari ita. Resepi yang asalnya adalah perkongsian dari kak ipar dan ita ada buat beberapa ubah suai pada ramuanya setiap kali ita mendapat pertua dari mereka yang pakar dalam penyediaannya mee kari. Kerana ita dan anak-anak  cukup mengemari mee kari.. setiap kali ita merasa mee kari yang enak ita tidak akan teragak-agak untuk  bertanya apakah rahsianya.. dan ita akan olah semula resepi dan akhirnya ita dapat lah resepi yang telah lama ita gunakan setiap kali ita menyediakan mee kari.

Jom kita masuk dapur dan ita tunjukkan caranya. Resepi yang ita tunjukkan adalah untuk sukatan yang banyak juga, sesuai untuk menjamu tetamu. Kalau tetamu makan bertambah-tambah, rasanya sesuai untuk 10 orang ^_^

Mula-mula kita lihat bahan-bahan yang perlu kita sediakan.


MEE KARI

 

Bahan Untuk Menumis 

1 senduk minyak masak
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
3 tangkai daun kari di raut
2 batang serai di titik perdunya


Bahan Kisar

4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 batang serai ~ ambil bahagian putihnya sahaja
1 inc lengkuas
2 inc halia
3 biji buah keras


1/2 cawan udang kering ~ di rendam hingga lembut dan kisar
20 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut dan kisar halus
4 sudu besar rempah kari Baba's

 
Semua bahan-bahan di atas di kisar halus. Bila memasak ita suka lebihkan bawang merah, bawang merah ni kalau kita letak lebih-lebih nanti kuahnya manis dan pekat. Fungsi buah keras pula adalah untuk memekatkan kuah kita nanti. Rempah kari, ita hanya guna Baba's. Bukan Baba's yang taja ya.. tapi ita dah pernah guna yang lain tapi tak berapa sedap di dalam penyediaan mee kari. Kalau Baba's memang tip top!

ok sekarang kita lihat pula bahan lain yang di perlukan

Bahan Stock

1/2 kg udang basah

Bahan stock yang kita perlukan adalah stock udang. Stock udang ni kita kena buat sendiri. Senang aje buat dia. 1/2 kg udang tadi kita bahagi dua. Satu bahagian kita buang bahagian yang tajam, belah belakang dan buang tali atau urat hitam kat belakang badan dia tu, kemudian kita cuci bersih dan asingkan.

Satu bahagian lagi kita kopek udang tu. Asingkan isi udang dan kepalanya



Kulit udang dan kepala udang tadi kita masukkan dalam periuk, kita tambahkan air dan kita rebus. Bila dah masak, dan didih, kita biarkan dia sejuk kejap, kemudian kita kisar dalam blender hingga halus.
Lepas tu kita tapis.
Ambil isi udang tadi, campurkan dengan air udang yang kita dah tapis, masukkan dalam blender yang bersih dan kisar semula untuk hasilkan stock udang.
ok! dah siap stock udang kita. Stock ni kita boleh simpan dalam freezer untuk kegunaan masakan lain juga, macam nak buat laksa atau tom yum.

Bahan Perasa

1 buku gula Melaka
3 keping asam keping
300 ml santan Kara atau 2 biji santan kelapa
1 kiub daging
1 kiub ikan bilis
garam dan gula secukup rasa
Boleh juga tambah maggi secukup rasa


Bahan-bahan lain

1/2 kg daging batang pinang Jika guna daging lain rebus dahulu hingga empuk
udang basah yang kita asingkan dari 1/2 kg penyediaan stock udang tadi
fish ball ~ ikut suka
1 cawan kerang
8 keping tahu pong ~ di belah 2
3 biji kentang ~ hiris bulat dan goreng, kemudian kisar halus
air secukupnya



Semua bahan dah tersedia, sekarang bolehlah kita mulakan proses untuk memasak.



Proses untuk menumis bahan-bahan kisar ni kita kena masak lama ya, hingga semua bahan betul-betul masak dan garing. Kalau tidak nanti bila kita makan masih terasa lagi bau serai, halia lengkuas , udang kering dan kari yang kuat dan ianya mengganggu kesedapan dan keenakannya nanti.


Jika kita menggunakan daging selain daging batang pinang, kita kena rebus dahulu hingga empuk. Air rebusan kita jangan buang, kita boleh masukkan dalam kuah ni menggantikan air.


Fungsi kentang ini adalah juga untuk memekatkan kuah, selain itu juga rasa kentang yang manis dan lemak alan membuatkan kuah kita manis dan enak.

Garam dan gula tu sesuaikan mengikut citarasa. Biasanya mee udang dia ada manis-manis pedas sikit.


Dah pun siap kuah mee kari kita. Sekarang bolehlah kita sediakan bahan-bahan yang akan kita makan bersama mee kari kita ini nanti



Bahan-bahan yang di makan bersama 

1 ikat sawi ~ potong dan celur
1 mangkuk taugeh ~ buang akarnya, nak celur boleh tak nak celur pun ok!
3 batang timun ~ buang kulit, hiris halus bulat-bulat, jangan ambil bahagian tengahnya yang lembut.
Daun sup dan daun bawang ~ di hiris
Telur burung puyuh ~ di rebus dan kupas kulitnya
limau kasturi
bawang goreng
Lada merah sebagai hiasan
Jeruk lada untuk di makan bersama
Mee kuning secukupnya


Dah pun siap mee kari kita..
Emmm.... sedapnya bau dia....
eh! apa tunggu lagi.. tak kan nak engok aje...
Jemput makan.... semua....


Hilang penat memasak bila lihat tetamu yang datang ke rumah makan dengan cukup berselera sekali. Bertambah-tambah dan berpeluh-peluh.. seronok sangat bila melihat mereka makan.. bertambah seronok bila ada yang kata " sedapnya kak itaaa..... " ^_^



62 comments:

Izwa Kamaruddin said...

sedap nyer!!!

Norliza Samsudin said...

Masyallah...begitu detail sekali penerangannya...terima kasih Azlita

Unknown said...

hadoi terliur melihatnya....

Unknown said...

Ssllluurrppp..sedapnya tgok gambar..kalau dapat rasa mesti lg sedap..dah terbau sampai penang ni..adoi kena cuba ni..hihi thanx kak ita ats penerangan yg lengkap..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

yang kata sedapnya Kak Ita tu.. macam kenal jerrrr.. hehehe

Nasa Mulia said...

hidangan mee yang disukai tapi tak pernah buat sendiri, dah ada step by step ini senanglah kalau nak cuba...

Unknown said...

Sedap sgt2..byk bhn dlm tu..biasa sy buat mee kari simple2 jer..kali ni nk cuba mee kari style kak ita lak..tqvm

znzabadistore.blogpot.com

fazianbatrisyia said...

sedapnya....senang2 sy nak cuba resepi ni. Family sy pun suka sgt mee kari

mimie said...

menyesal pulak ke sini..
kannnn....dah terlapar pulak jadinya.... ^_^

twinscraftlife said...

HI!! 안녕하세요~ we are twinscraftlife! pls visit our blog shop^^ 꼭 오세요~~!!^^ twinscraftlife.blogspot.com

Honey said...

Salam Kak Azlita,

Alahai terliur sudah! Nakal kakak niiiii...

Amy Hilmirda Daud said...

ni 'febret' saya ni Kak Ita. tengok gambar mee kari kak ita ni... rasa nak buat aje.

Unknown said...

tq azlita.. wajib try..

baela said...

tq kak ita atas resepi dan pic step by step yg kak ita tunjukkan. resepi kak ita x penah mengecewakan.. sume awsome.. kwn2 pejabat pun dh follow baca blog kak ita. moga Allah murahkan rezeki akak sekeluarga

Unknown said...

Best nye tengok...sedap!!

Unknown said...

TQ for your sharing the menu...sy suka ngan blog akk ni....akk lah mentor sy tuk masak yg sedap2 for my family..InsyaAllah...TQ again

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak ita. bagusnya.. step by step kak ita terangkan. sheila rasa kalau bab masak ni, kak ita la sifu sheila. senang sheila nak ikut resepi yang kak ita sediakan bersama gambar.. i like mee kari! kak ita punya kuah banyak gila ramuannya, confirm bertambah kalau dapat rasa. heeee

Unknown said...

TQ kak for the sharing recipe...u're my mentor...

suraya said...

Love your resepi ita...hanya Allah yg membalas usaha gigih mu ini. Mmg awesome!!!

chichi ebum said...

smlm ada kawan datang rumah minta tolong ajarkan dia masak mee kari, padahal saya pun blom pernah masak mee kari. tapi dgn merujuk resepi kat Ita ni mmg terbaiklah hasilnya...terima kasih byk2 di atas perkongsian ini.... izinkn saya share resepinya di blog saya chichi-ebum.blogspot.com ye Kak Ita...

chichi ebum said...

nyum...nyumm

Nama pena, Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta. Suri rumah sepenuh masa. Penulis Lifestyle Blogger berpengalaman Social Media Marketing Coach. said...

cari2, jumpa resepi Ini atas sekali 1st page. Hebat ni... follow sini... ^__^

NFH said...

Sayabdah try. Memang awesome. Kalah suma mee kari yg saya penah rasa. Tqvm Azlita.

Unknown said...

complete sangat step memasak tu..ya Allah, memang kena cuba sbb nampak sedap sangat..

7 Peranan Suami Dalam Penyusuan Susu Ibu Mampu Elak Isteri Stress | Diari Mama

Hurein said...

Kalau baca resepi yg agak kompleks ni dah dapat agak mesti rasanya sedap bangattt...

Unknown said...

Sedap nyaa , nk cuba lh nti .

Unknown said...

Sedap nyaa . Nk cube lh nti ..

Syaza Safar said...

Adoi kak..sedapnya mee kari akk.. tp mcm mee rebus udang pun ia jugak ye..sbb pakai stok udang.apapun terima kasih kak untuk resepi yg detail sekali.. ^_^

Nurul Harun said...

Detailnya kak. Thanks so muchhh. ;)

Unknown said...

my favorite dish ever..especially kalau abah mama yang masak..tapi abah mama masak dia suka letak ubi keledek utk pekatkan..maybe blh try kentang lepasni =)

Unknown said...

Waw!!! X sabar nk cuba...the sounds like thumbz Up!!! Thanx

Unknown said...

woweee sedapnya nampak. Nak try la buat ptg ni. kene balik rumah awal ni. :D

eyza said...

Terbaikkkk

aina said...

Sedapnya mi kari kak ita ni. In sya Allah ... satu hari nnt nak buat mi kari mcm ni.

aina said...

Sedapnya mi kari kak ita ni. In sya Allah ... satu hari nnt nak buat mi kari mcm ni.

Unknown said...

sedapnya...nak buat utk menu untuk iftar hari ni...

Nurul Harun said...

Kak ita. tq utk resipi ni yaaa. Much love <3

fbi said...

sy google resipi mi kari terjumpa blog ni dulu. terus nak buat mi kari resipi untuk rumah terbuka raya esok. thank you so much for your marvellous recipe

Nurul Harun said...

Kak. Saya da buat Tadi.mmg sedapppp sgt... tq kak

Unknown said...

Sy byk kali buat resepi ni..hubby,kwn2 dia mmg puji melangit.pujian xpenting,asalkan kita dpt menjamu tetamu dgn masakan terbaik..

Unknown said...

Alhamdulillah....
Terima kasih puan.
Sangat ikhlas perkongsiannya... moga sentiasa diberkati Allah.

Unknown said...

Salam..tq..resepi ni mmg sdap..buat masa open house raya..puas hati sdap..penerangan step by step jelas

Unknown said...

waaa..complete la..best la leh try

Unknown said...

Allhamdulilah
Ini antara resepi yg ikhlas yg saya cuba mmg sedap dan terbaik

Rosfarinna said...

Salam kak.. Sye buat mjadi tp stock udang manis manis trase mcm makan mee udang plak.. Maybe trlebih stock kot kak..

sarina said...

Nampak.sgt special dr yg biasa yg pernah bt..nk.try la nnti bila free. Tq ya kak ita very da detail n nice pic

normelina said...

Terbaik làaaa..cantik gambar..sedapnya mee kari tu

Fariqin said...

Tqvm sis... Mmg terbaikk la... Alhamdulillah... Sedap sgt2, 1st time masak mee Kari...

Diari Cik Zana said...

Salam....

sya just nk share ngan akak... sya 1st time wat mee kari.. and sya ikut resepi akak satu2 step dia sya ikut.. xde pn yg sya tinggah.. huhuhuu

sedap sgt kak.. kuah dia rasa manis2 udang.. hirup mcm tue pn dh sedap..

thanks... even bahan dia renyah tp hasil sgt berbaloi.. sya siap bg jiran2 lg rasa sume puji

Unknown said...

Salam..
Tq ats penerangan yg sgt detail..sy dh cuba 16/2/16 selasa lalu..biarpun x ckup bhn..alhamdulillah msh mnjd..kwn puji kata mcm Old Town mee curry..family pn suke sgt..sy siap msk dlm pkul 5ptg, b4 pkul 11 mlm dh abis..tp sbb x jumpa udg sy gnti dgn stok daging..hehehe..first time try.. :-)

sabihah said...

Nak masak mi kari dengan mudah?hubungi saya 0137976933 untuk dapatkan pes mi kari..cod area kuala terengganu

sabihah said...

Nak masak mi kari dengan mudah?hubungi saya 0137976933 untuk dapatkan pes mi kari..cod area kuala terengganu

Unknown said...

thank you kak..marvellous resepi ni...sgt sedap.....

nurmisnan said...

wow.. tq kak ita

YayaBahri said...

Dah try masak harini.. terbaikkk rasa dia.. perfect sgt3.. 👌🏻👌🏻

Unknown said...

best... sedap. terima kasih atas sharing

Unknown said...

Sy dh cuba...fuhhh...mmg best. Terima kasih atas perkongsian:)

iNN said...

Terima kasih Pn Ita atas resepi mee kari yg sgt detail...nak try hari ni...mesti sedap sangat.

Lady D'yot said...

sedap sangat..walaupon bahan yg saya guna tak lengkap seperti dalam resipi..tetap rasa sedap

Unknown said...

Terima kasih ka ita. Istri saya dh cube resepi ni. Mmg sedap melatops sgt. Cume agk manis sket kuahnye sbb gula melaka yg wife gune saiz besar. Tp lepas di adjust sket air dan garamnye...jdi awesome mi kari olahan kak ita. Terbaik!

anis said...

kak ita klo nk byk mksdnyer kena lebihkn adunan ke?sy nk wt mee kari ni utk 20org

Lina said...

Dah try resepi Kak Ita ni, memang sedap... I masak double thebportion, habis semua..Tq K ita for the recipe

Post Top Ad

test