Moist Banana Brownies - masam manis f

Breaking

Aug 13, 2014

Moist Banana Brownies



Ramai yang mungkin mencari brownies yang mudah dan simple untuk di hidangkan kepada para tetamu yang datang berkunjung ke rumah.



Bagi mereka yang nak mengadakan open house hujung minggu ini, brownies juga adalah pilihan yang terbaik untuk di sajikan. Selaian cara membuatnya yang mudah, ia juga cukup simple dan ringkas. Apa yang penting rasanya sedap dan menepati selera.

Baru-baru ini, ita ada menyediakan brownies untuk tetamu yang datang bertandang ke rumah. Pada mulanya nak sediakan kek.. tapi kek macam dah biasa sangat, akhirnya ita memilih brownies.
Dalam banayak-banyak pencarian brownies di My Resepi, ita terpikat dengan resepi Moist Banana Brownies yang di kongsikan oleh kak Fida.


Kebetulan ita cukup mengemari kek pisang dan kek choc. Bila ia di gabungkan lagilah walla.. rasanya kan..

Ita menggunakan pisang emas didalam penyediaan brownies ita ini. Rasa brownies ini sangat sedap bagi ita yang amat mengemari kek pisang dan choc. Brownies yang lembut dan sangat moist.

Pisang emas ita mungkin agak manis kali ini. Walaupun ita dah kurangkan sukatan gula dari 60 gm kepada 40 gm rasanya tetap juga manis. Tapi pada ita masih ok! bagi mereka yang tidak suka manis, mungkin mereka akan katakan ianya terlalu manis. Oleh itu bagi anda yang nak mencuba resepi ini, anda kena rasa dahulu pisang yang di beli, jika pisangnya manis anda kurangkanlah sukatan gulanya.

Resepi brownies ni sangat mudah aje penyediaannya, tak perlu gunakan mixer, anda hanya gaul dengan senduk sahaja.
Cara membuatnya cukup ringkas. 

Bagi nak nak mencuba, ita kongsikan resepinya di sini pula.




MOIST BANANA BROWNIES
Resepi Oleh : Kak Fida
Rujukan : My Resepi

BAHAN A
100 g coklat masakan
75 g mentega

BAHAN B
200 g pisang lecek
60 g gula perang ~ kurangkan ( bergantung kemanisan pisang)
1/4 sk garam
1 sk esen vanilla

BAHAN C
75 g tepung gandum
2 sb serbuk koko
1/2 sk baking soda
1/2 sk baking powder

BAHAN TABURAN
choc. chips
kacang walnut - cincang kasar



Satukan Pisang, gula perang, garam dan esen vanilla. 
Kemudian di lenyek dengan senduk hingga bergaul sempurna. 
Ketepikan


Satukan tepung , serbuk koko, soda dan baking powder. 
Kemudian di ayak, ketepikan.


Satukan coklat masakan dan butter, kemudian cairkan secara kaedah double boiler.
Biarkan ia sejuk sebentar.
Kemudian satukan pisang yang di lenyek tadi ke dalam coklat masakan cair, kacau rata.
Tuangkan tepung yang di ayak ke dalam adunan coklat dan pisang dan gaul rata.


Tuangkan adunan ke dalam loyang ukuran 8x8 inc,  yang di lapik kertas pembakar. Ratakan
Taburkan choc cip, badam cincang atau walnut.
Bakar di dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal.
Bakar pada suhu 160C selama 25 ~ 30 minit
Angkat dan sejukkan atas redai setelah brownies di bakar sempurna
Tunggu brownies benar-benar sejuk barulah di potong.





13 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

pisang dan coklat kalau digandingkan sememangnya kelu lidah untuk berkata.. nanti sy nak cuba.. tq, Kak Ita!!

nin9landers said...

cam tahu2 aje kak ita ni saya nak buat brownies...tq kak..syg akak thausand time....hai kak seri kandi..saya adda uwais..customer akak ni..heheheh

mimie said...

kak ita.... resepi ni tak guna telur ye ???

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak ita. mudah dan ringkas rupanya cara nak buat brownies ni. nak kena beli ketukar atau oven la lepas ni baru boleh buat ~~~

mamalili said...

Terbaek la kak ita...resepi mudah utk sy yg mmg x pandai bt kek bagai nie...tq..tq..tq..

Unknown said...

Super

Unknown said...

Tq kak ita.. cam senng jer..

Unknown said...

Tq kak ita.. cam senng jer..

Unknown said...

Kak ita, kalau sy pakai acuan tinggi ambik masa lama ke nak masak? 20 min tgk dlm tak masak lg

Little Jessel Shoppe said...

Hi kak Ita,
Mcm mana mahu tahu brownies ni sudah masak? Jucy

Unknown said...

Kenapa kek sy jadi lembek?..boleh komen tak?

Unknown said...

Kenapa kek sy jadi lembek smpai x lehleh nk potong

hana said...

Nak tryla. macam best je. kebetulan baru beli pisang emas semalam. Mohon copy ye resipi kak ita.

Post Top Ad

test