Ramai yang merebut hujung minggu untuk mengadakan majlis atau jamuan, menjemput rakan dan taulan untuk bertandang dan berhari raya di rumah. Ada juga yang mengadakan majlis kenduri kendara, sambutan hari lahir, majlis perkhawinan dan tak kurang juga yang meraikan ulang tahun ana-anak.
Pasti banyak juadah yang di sediakan untuk para tetamu. Ada masa pening juga kepala nak memikirkan menu yang sesuai dan serasi dengan citarasa semua.
Hujung minggu ita seperti biasa sibuk dengan tempahan. Dan semalam juga ita sempat siapakan sebiji kek tempahan dari customer.
Kek Rainbow bersaiz 8 inc bersalut buttercream sepenuhnya. Di dalamnya pula di lapisi lemon cream cheese yang lembut dan yummy!
Untuk deco pilihan kali ini adalah deco Transformers. Untuk menyediakan transformers ini pada ita adalah sedikit rumit, ita membuat beberapa rujukan dari blog rakan-rakan dan juga google, untuk mendapatkan idea untuk figurine kali ini.
Sebenarnya ita dah tutup tempahan untuk bulan Ogos dan Sept. Tapi ramai lagi yang minta ita tolong buatkan. Mana yang ita mampu ita tolong tapi kalau ita kata tak boleh memang tak boleh memandangkan ita sibuk dengan anak ita Dalili yang akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Insyaallah ita akan beroperasi semula pada bulan Okt nanti.
Bagi yang nak buat tempahan untuk bulan Okt, Nov dan Dec boleh lah booking awal, sebab ita tak terima tempahan yang last minute. Ita kena atur jadual supaya tidak bertindih dengan jadual harian. Ita juga terpaksa mencari bahan untuk kek lebih awal, kerana ada sesetengah bahan agak sukar untuk ita perolehi di JB, ita terpaksa ke Kuala Lumpur untuk dapatkan bahan tersebut. Sebab itulah ita minta agar booking awal supaya ita dapat rancang semuanya dengan baik.
Kepada yang nak oder untuk bulan Okt, Nov dan Dec bolehlah wassap atau msg talian : 011 27744938
Semalam juga rumah ita turut di kunjungi oleh rakan-rakan dalili yang datang berhari raya. Dalili tak bagi tau rakan-rakannya nak datang beraya, ita masak tak banyak dan pulak ita sibuk meyiapkan tempahan kek customer. emmm.... tak pe ye anak-anak nanti lepas exam, datang lagi.. auntie masak sedap-sedap dan kita boleh makan puas-puas ^_^
Hari ini ita nak kongsikan resepi Nasi Beringin yang sangat sedap!
Pertama sekali nak ucapkan terima kasih pada Rosaiza Mahat yang mencadangkan ita mencuba resepi Nasi Beringin. Kalau tak kerana dia menyebut.. mungkin ita pun tak dapat merasa kesedapan Nasi Beringin.
Resepi ini ita ambil daripada Perniagaan, Katering dan Restoran Resepi di kongsikan oleh Mamak Haji. Nasi ni memang sedap, rasanya seakan nasi minyak, tapi kalau di bandingkan dengan nasi minyak, rasanya nasi Beringin ini lebih enak rasanya.
Suami dan Dalili pun suka, hingga mereka makan bertambah-tambah dan berulang-ulang. Nasi yang lembut dengan butiran beras yang peroi memang mengasikkan bertambah enak di lawankan pula dengan lauk-pauk dari Pak Engku.. lagilah... aiii..
Masa menumis aje aroma garam marsala tu dah menusuk ke hidung.,. harum dan benar-benar membuka selera.. Garam marsala tu anda boleh dapatkan dari kedai-kedai India. Dia bukan garam tau! jangan salah faham pula, tapi sebenarnya ia adalah rempah. Air mawar juga anda boleh dapatkan dari kedai India, rasa-rasanya kedai runcit biasa pun ada juga jual..
Tak sabar ita nak kongsikan resepinya.
Jika anda nak resepi dalam sukatan yang banyak, anda boleh rujuk di SINI. Sukatan yang ita sediakan ini adalah dalam sukatan yang sesuai untuk satu keluarga yang tidak besar
NASI BERINGIN
Resepi Oleh : Mamak Haji
Rujukan : Perniagaan, Katering dan Restoran
3 cawan beras Basmathi ~ rendam 20 minit , cuci dan toskan airnya
2 labu bawang besar yang sederhana saiz ~ di hiris
2 ulas bawang putih ~ di kisar
1 inc halia ~ di kisar
1 inc Kunyit hidup ~ dikisar
1 batang serai ~ di ketuk
2 helai daun pandan ~ di simpul
1 sudu teh garam Marsala
1 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji pelaga
5 kuntum cengkih
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu minyak jagung
1 sudu besar air mawar
1/2 tin susu cair
3 cawan air
sedikit pewarna kuning jika suka
garam dan gula secukup rasa
Ita masak terus nasi di dalam periuk nasi
Panaskan periuk nasi, masukkan minyak sapi dan minyak jagung
Tumiskan rempah tumis, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga
Masukkan bawang, serai dan daun pandan dan tumis hingga harum
Tambahkan bahan kisar ( halia, bawang putih dan kunyit)
Tumis lagi hingga harum
tambahkan garam Marsala dan kacau
Tambahkan air dan susu cair
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Masukkan beras dan tanak nasi seperti biasa
Bila nasi dah 1/2 masak
Tuangkan air mawar, tutup periuk semula dan biarkan nasi masak sepenuhnya
Hidangkan dengan lauk pauk kesukaan anda.
Ita makan dengan acar rampai dan Rendang ayam kampung nangka muda yang sangat marvelous dari Pak Engku. Nanti ita kongsikan resepinya ya..
3 comments:
hihihi.. tak tahan tengok Dalili berbaring kat kawan2nya tu...
sy pun tak pnah makan nasi beringin ni Kak Ita. Kat Kg Melayu ada satu kedai khas menjual nasi beringin ni, tak pernah cuba pulak.. rupanya guna garam masala ya... dan betul, selama ini sy ingat garam masala tu ialah garam orang India, hahaha
cantik kuning nasi beringin...memanggil2 sy jadi teringin
Nasi beringin ni hanya sekadar nama tapi bukan yg ori...resepi ni lebih pada nasi minyak..
Nasi beringin asli hanya serai halia pandan santan sikit
Post a Comment