Lama.. tak makan nasi dagang..
Itulah kata-kata yang kerap di ulang-ulang oleh suami..
Acap kali juga dia menceritan tentang keenakkan nasi dagang yang di buat oleh arwah neneknya.
Nenek suami ita yang lebih mesra di panggil Mok oleh anak cucunya.. memang dah terkenal dengan keenakan sentuhan air tangannya.
Mok dahulu berniaga di tepi jalan menghala ke Pantai Cahaya Bulan. Gerainya yang berhampiran sungai Kelatan adalah laluan bagi nelayan-nelayan yang ingin turun ke laut, kerana itulah gerainya senantiasa menjadi tumpuan orang kampung.
Ita pernah sekali makan di gerainya. Memang seronok, kerana pada masa itu suasana kampung masih lagi terasa. Cuma ita tak dapat nak merasa pelbagai masakan yang di jual di gerainya.. kerana masa itu ita berbadan dua dan alah pada makanan. Yang paling ita suka dan kerap ita makan ialah pulut yang di masak bersama gula melaka dan di makan bersama kelapa parut.. emm... sedap sangat masih terasa-rasa hingga ke hari ini. Walaupun sangat simple tapi memang sangat sedap!
Arwah seorang yang sangat lemah lembut. Bila bercakap sangat lembut tutur bicaranya dan sudah tentulah arwah menjadi kesayangan anak-anak dan cucunya.
Keluarga sebelah suami ita di Kelantan memang bila bercakap lemah lembut sangat.. sama seperti ibu mertua ita juga.. lembut aje bila berbicara. Ita pula kadang segan sebab ita ni dah terdidik kasar..
Bila adik ita tanya ita nak kirim apa bila dia pulang ke Kota Bahru, ita pun apa lagi.. macam-macam yang ita nak pesan, cuma risau kalau banyak sangat karang tak terbawa pulak dia.. hihi
Ita memang selalunya kalau pulang Kelantan selalu pasti ita cari rempah ratus yang tak ada di jual di Johor. Dan yang paling kerap ita beli ialah beras nasi dagang.
Nasi Dagang Kelantan ni ia menggunakan beras khas tau! beras ni hanya ada jual di Kelantan aje.. mungkin adalah kot yang di jual di JB ni tapi yang beli di Kelantan lagi syok..
Biasanya mak mertua ita yang belikan, beliau pandai pilih mana yang baik.. biasanya beliau akan beli daripada rakan-rakannya yang dia dah biasa..
Nasi dagang versi Kelantan tidak sama dengan nasi dagang versi Terengganu. Jika di tanya pada selera italah kan.. ita lebih sukakan nasi dagang Kelantan. Tapi macam yang ita katalah.. selera ita mungkin tak sama dengan selera orang lain.
Bukan saja rupanya tak sama.. tapi cara menyediakannya juga berbeza. Nasi dagang Kelantan lebih mudah dan ringkas cara penyediaannya. Ia di tanak atau di kukus seperti menanak nasi. Nasi dagang Terengganu pula di kukus dan di sira dengan santan mentah di akhir proses memasaknya.
Nasi dagang Kelantan ni dia ada warna sikit.. berasnya yang bercampur beras warna coklat-coklat sikit tu kan.. akan menghasilkan nasi yang cantik, unik dan nampak menyelerakan..
Gulai nasi dagang Terengganu, menggunakan rempah gulai khas yang di katakan hanya di jual di Terengganu sahaja. Kalau nasi Dagang Kelantan ni, tak ada lah rempah-rempah.. semua bahnnya yang ada di dapur.. mudah, ringkas yang paling ita suka tak payah nak tumis-tumis.. boh aje semua dalam periuk dan tunggu aje dia didih.. masuk ikan, masuk garam gula secukup rasa dah siap.. mudah aje kan.. yang penting sedap!
Satu lagi yang istimewanya nasi dagang Kelantan ni ia di makan bersama sambal kelapa, acar mentah dan juga telur rebus yum! yum!
Kalau versi mak mertua ita pula dia akan buat sambal tumis udang Wow! lagi terangkat..
Kalau balik Kelantan pasti ita pekena nasi dagang. Selalu mak mertua ita yang belikan, beliau tau aje mana nak cari yang sedap dan enak!
Panjang pulak celoteh ita ni.. bila nak masak ni..
Cik abang kita pun dah tak sabar tau nak merasa nasi dagang..
Dari tadi dok ke hulu kehilir kat dapur ni ambil bau.. sambil tanya.. "dah boleh makan belum ni..? sedapnya bau..'
NASI DAGANG KELANTAN
Resepi oleh : Kak Jie Jie
Rujukan : Dari Dapur Madihaa
3 cawan beras nasi dagang Kelantan
~ beras di rendam selama 20 minit, kemudian cuci bersih. Toskan
3 ulas bawang merah ~ di hiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1 inc halia ~ di hiris kasar
1 helai daun pandan ~ di simpul
1 sudu teh halba
3 cawan santan ~ dari 1 biji kelapa atau 1 kotak santan kara campur air jadikan 3 cawan.
1/2 sudu teh garam atau 1 sudu teh maggi cukup rasa.
Satukan semua bahan-bahan yang kita sediakan tadi. Masukkan ke dalam periuk nasi.
Kacau rata, kemudian tanak nasi seperti biasa hingga ia masak.
Bila dah masak, gemburkan nasi dengan chopstik dan tutup semula periuk dan biarkan ia masak dengan sempurna.
Ita suka masak terus nasi di dalam periuk nasi. Selain ianya mudah, ringkas dan cepat, ita tak perlu risaukan nasi hangit ke.. jelantah..ke.. bila cukup masa nasi dah pun siap. Dapur pun bersih tak berselerak dengan kukus la.. periuk la..
Sementara kita tunggu nasi kita masak bolehlah kita sediakan bahan untuk Gulai Ikan tongkol pula..
GULAI IKAN TONGKOL
Resepi oleh : Kak Jie Jie
Rujukan : Dari Dapur Madihaa
Kebiasannya Nasi Dagang Kelantan menggunakan ikan tongkol untuk lauk gulainya yang di makan bersama nasi dagang. Jika tak suka ikan tongkol bolehlah di gantikan dengan ikan kembung. Anda juga boleh sediakan gulai ayam, jika tak suka ikan.
2 ekor ikan tongkol sederhana besar ~ siang ikan, potong dan cuci bersih
Air secukupnya untuk merebus
5 keping asam keping
1 sudu teh garam
Ikan tongkol ni jangan rebus lama-lama sangat ya, nanti dia hancur pula bila kita masak. Cukup sekadar dia masak aje dah ok! lagipun kita akan masak dia semula nanti di dalam gulai.
Sementara kita tunggu ikan tongkol kita empuk, kita sediakan pula bahan rencah untuk gulai kita ni.
15 tangkai cili kering ~ rendam lembut, cuci bersih dan kisar
2 ulas bawang putih ~ kisar
7 ulas bawang merah ~ kisar
1 inc lengkuas ~ kisar
1 inc kunyit hidup ~ kisar
1 sudu teh lada hitam ~ di tumbuk
1 gengam kelapa parut putih ~ di kisar
Bahan Perasa
3 cawan santan
2 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa
1 buku gula melaka
1 kiub ikan bilis ~ jika suka
1 sudu teh Maggi Cukup Rasa ~ jika suka
Sayuran
2 biji tomato ~ potong baji
2 batang timun ~ belah 2 dan potong serong
2 tangkai cili merah ~ belah 2
Bahan dah pun tersedia, sekarang bolehlah kita mulakan proses memasak
Bila dah masuk sayur, kacau rata terus tutup api. Jangan masak lama sangat bila dah masuk sayur, nanti lembik tak sedap pula. Dia sedap kalau kita makan sayur tu rangup-rangup lagi.
Dah pun siap gulai ikan tongkol kita. Mudah aje kan...
Selain Gulai Ikan Tongkol, nasi dagang juga di makan bersama, sambal kelapa.
Apa tu ya.. sambal kelapa..?
Jom kita lihat bahan-bahan untuk menyediakan sambal kelapa pula
SAMBAL KELAPA
Resepi Oleh : Nik Malawati Nik Othman
Sumber : Aneka Masakan Kelantan
Rujukan : Amie's Little Kitchen
Untuk resepi ini kita perlukan 3 ekor ikan kembung. Ikan kembung ni kita siang, buang perut dia semua, kita cuci bersih dan kita bakar. Ita bakar di dalam magik pan aje..
Lepas dah di bakar, kita asingkan isinya.
Isi ikan kemudian kita tumbuk halus. Kalau ada mesin kisar kering kita boleh kisar.
Ita kisar guna mesin aje.
Selain ikan kita juga perlukan 200 gm kelapa parut yang putih sahaja. Kita beli kelapa parut 1 biji yang putih aje. Ambil segengam, larikan untuk gulai ikan tongkol. Bakinya kita buat sambal kelapa ni.
Masukkan kelapa parut ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak.
Lepas goreng, kita tumbuk halus
200 gm kelapa parut yang telah di goreng dan di tumbuk
3 ekor ikan kembung yang telah di bakar dan di tumbuk atau di kisar halus
1 sudu teh lada hitam ~ di tumbuk
4 biji bawang merah ~ di tumbuk
2 batang serai ~ hiris dan ditumbuk
1 inc halia ~ hiris halus dan tumbuk
garam secukup rasa
Satukan semua bahan ke dalam mangkuk besar dan gaul rata.
Ita masak sekejap atas dapur, sebab ita tak boleh makan kalau halia, bawang, serai yang tak di masak, sebab bau dia kuat. Untuk hilangkan bau dia ita masak kejap aje atas dapur.
Kalau yang biasa makan tak payahlah masak ya. Ia terus boleh di makan bersama nasi dagang.
Selain sambal kelapa ni, nasi dagang juga di makan bersama telur rebus dan acar mentah.
Acar mentah ni samalah dengan, acar timun nenas, acar jelantah, atau pencuk
Resepi ini ita pernah kongsikan sebelum ini di SINI
Alhamdulillah sempurna sudah dan lengkaplah hidangan Nasi dagang versi Kelantan. Kepada yang nak merasa jangan tanguh-tanguh lagi.. resepi ini memang sangat sedap pada selera kami sekeluarga.
Suami dan anak-anak ita makan bertambah-tambah tau!. Suka pula ita melihatnya..
Benar-benar berselera sekali mereka makan hari ini. Hilang rindu pada nasi dagang mok kata suami ita selepas menjamu selera..
Terima kasih ya pada penyumbang resepi..
Tau tak.. 3 pot nasi yang ita masak habis licin untuk satu kali hidangan sahaja.. benar-benar mengujakan ita.. Kebiasannya kalau ita masak 3 pot nasi boleh makan hingga malam.. nampaknya malam ni kenalah ita masak lain.. ^_^
Apa tunggu lagi kawan-kawan.. jom lah kita..
17 comments:
lapar dibuatnya mlm2 ni.. hehe
Sedapnyaaa.....
adui, dahlah posa
tgk nasi dagang klate, terus perut menangis, huhu
sy pon terliur. kalau sy buat sy sorang yg makan, baik beli aje.
aduhai sedapnya....dahla raya baru ni xsempat makannasi dagang makcik buat..huhuhu...maunya kn godek wat sendiri ni..kak ita..tq dengan resepi ni nmpk mudah n senang je nak buat..insyaAllah berkesempatan nnti leh buat...
Nasi dagang klate ni beras khas tu lebih dikenali dengan nama beras lembut...dan memang ia unik kerana warnanya...
Beras khas nasi dage tu juga dikenali sebagai beras lembut.Memang unik sebab warnanya yang berbeza dengan nasi dagang terengganu.
Thank ita kongsi resepi.. Nk try la jugak.
nnt ada masa meh la kerumah saya lak. Ummuque.blogspot.com
wah...tak biasa guna beras ni dan satu yang baru bila nasi dagang boleh tanak.lagi cepat siap.
wah...tak biasa guna beras ni dan satu yang baru bila nasi dagang boleh tanak.lagi cepat siap.
Terima kasih. Resepi ni memudahkan utk masak. Simple dan senang.
Www.natrahmohamed.com
Bestnya...wt lapar lak
Salam. Ok ke rasa dia masak dalam dapur elektrik dari kukus?
xpernah wat. nak cuba takut tak menjadi. cuba bgitau saya rasa nasi tu ok ke?
Terjumpa blog ni mase cari resepi nasi dagang...suke dg isi blog scra keseluruhan & resepinya mudah diikuti, terutama dalam entri nasi dagang kelantan ni. Sy suka pakai beras khas tsb utk buat nasi dagang. Trm kasih dh berkongsi, trnyta nasi dagang boleh makan dg sambal kelapa juge ye...ingat sy hanya nasi kerabu je...suke sangat dpt paduan baru utk nasi dagang ni, sebab sy suke sangat dg sambal kelapa..^^
Saya mencari resepi nasi dagang bila google nampak ada dalam blog ita. MMg blog ita ni seronok dijadikan sumber selain dari step by step terperinci yang sangat membantu bahkan gambar juga menarik.
Saya orang Perak suka nak belajar cara masakan negeri lain. Rupanya gulai ikan tongkol ni tak menggunakan rempah kari ya hanya cili blend + kunyit dan lengkuas.
Terima kasih...saya akan cuba malam ini ntuk esok hari jadi saya...Insyallah
Post a Comment