Nasi Serai II - masam manis f

Breaking

Aug 7, 2014

Nasi Serai II


Sedang memikirkan apakah nak di sajikan untuk para tetamu hujung minggu ni? Apa kata kita cari suatu kelainan. Ialah bulan Shawal ni kerap kali kita di jamu dengan rendang, ayam, ketupat, lemang, lodeh.. kadang kala naik jemu pula kan.. bila asyik menu yang sama sahaja..



Kalau terasa nak kan kelainan, cuba olah kelainan. Apa kata kita buat nasi serai.. pasti menarik kan..?
Hari ni ita masak nasi serai untuk hidangan suami dan anak ita Dalili. 
Ita pernah cuba nasi serai sebelum ini, tapi resepi yang ita cuba kali ini ita rasa lebih enak dan lazat. Ita lawankan dengan Ikan sambal, udang butter dan pencuk. 

Bertambah-tambah suami ita dan Dalili makan.. Suka pulak ita tengok! Semuanya sunyi sepi mengadap hidangan.. kalau semut jatuh pun boleh dengar bunyinya lah!.. ^_^ emmm.... sedap sangatlah tu.. 

Bila ita tanya.. sedap ke? hanya jari ibu yang di angkat... wahh... kembang semangkuk bila suami kata.. lain kali tak payah makan kat kedai lah.. isteri masak lagi sedap! wahhh.... berbunga-bunga mendengarnya.. i lap you 200% lah.. ^_^

Pertama sekali ita nak ucapkan terma kasih pada Lily kerana berkongsi resepi yang sedap! comfirm lepas ni tak tukar resepi lain dah.. 

Kepada kawan-kawan yang nak cuba ita kongsikan di sini pula.. selain untuk rujukan ita dan anak-anak.. ianya boleh juga di cuba oleh mereka yang suka mencuba sesuatu yang baru untuk keluarga..





NASI SERAI
Resepi Oleh : Lily 
Rujukan : Risik Resepi


4 cawan beras basmathi ~ rendam dlm 1/2 jam sebelum masak
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 labu bawang holland ~ dadukan atau mayang halus
4 ulas bawang putih ~ di ketuk atau di hiris
1cm halia ~ tumbuk halus, ketuk atau hiris nipis
2  batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga lawang
5 btg serai ~ di ketuk
2  kiub pati ayam
garam secukup rasa
air secukupnya
1 sudu minyak sapi
2 sudu besar minyak jagung
50g kacang gajus dan kismis ~ yang ni optional nak letak boleh tak letak pun boleh


Ita masak terus nasi ni dalam periuk nasi
Panaskan periuk nasi, masukkan minyak jagung dan minyak sapi
Bila dah panas, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik harum baunya
Kemudian kita tumiskan bawang, bawang putih, halia dan serai hingga naik bau.
Tambahkan air dan susu cair
Kemudian masukkan kuib ayam dan garam secukup rasa
Akhir sekali barulah kita masukkan beras
Tutup periuk nasi dan tanaklah nasi seperti biasa.
Bila nasi separuh masak, masukkan kismis dan gajus
Kacau dengan copstik , supaya nasi tak patah dan hancur
Tutup semua dan tanak hingga masak


Bila dah masak boleh lah di hidangkan dengan lauk-pauk kegemaran yang di rasakan sesuai, seperti rendang ke.. ayam masak merah ke.. sambal tumis ke.. atau apa-apa lah yang sedap!


Ita lawankan dengan ikan sambal, pencuk dan udang butter.








6 comments:

Unknown said...

sedapnya Ita nasi serai, apa lagi bila guna beras basmathi cantik dan menarik makan pun sedappppp

Gee® said...

nyum2x... sedapnyaaa

Unknown said...

Saya sudah lama menjadi pembaca 'diam-diam' dalam blog akak.

he he, apapun nasi serai ni sungguh mengubat apalah resepi yang mahu dihidangkan di Studio nanti. Terima kasih kak!

fazianbatrisyia said...

rasa lapar terus tgk nasi ni

Unknown said...

Tup2 tertengok web akk azlita..esk birthday ank..memg tgh pikir nk mak ape..syukur sgt Allah gerakkn ati utk tgok..dh dpt idea nk try buat nasi serai ni

Unknown said...

Assalammualaikum kak... slm nie saya sllu jd follower akk dlm diam.. bnyak jugak resepi akk y saya dh try.. alhamdulillah menjd n sng .ari nie sy dh dpt n.serai y dh lm sy cari n kbtulan bday ank saya ari ni.. juga ..bolh la.. sy try.. tq kak ita..klu tkder org mcm akk ssh gak kmi nk rs mknn y sdp2 selain dr mmbeli..

Post Top Ad

test