Cookies ini di katakan sedang meletup-letup dipasaran. Dengar kata rasanya sangat sedap dan harganya juga... mak ampunnnn.... mahal yang amat!
Sebenarnya dah lama juga ita teringin nak buat cookies ni. Banyak juga ita dapat permintaan untuk ita kongsikan cara membuat, tips dan juga resepi yang terbaik.
Ita pernah lihat cookies ini di satu blog minah salleh, dah salin dah pun resepinya.. tapi di sebabkan jadual ita yang padat dengan tempahan kek, ita pun terlupalah akan cookies yang satu ini. Resepinya pun entah ke mana dah menghilang.. lupa mana ita letak.
Bila ita nampak kak Wan buat baru-baru ini.. semangat nak membuat berkobar-kobar semula. Tapi kalau buat siapalah nak makan.. ?
Kebetulan minggu ini Azrul pulang cuti, kesempatan Azrul berada di rumah ita rebut untuk menyediakan cookies ini. Pasti suka anak bujang ita, yang memang pemakan orang nya..
Buat cookies ni tak lah susah mana..
Mudah aje.. ita kalau yang mudah-mudah ni cepat lah ita nak cuba.. lebih-lebih lagi bila ita mendapat tahu akan rasanya yang sedap! lagi melonjak-lonjak nak cuba kan..
Resepi ini mahal kerana menggunakan Nutella sebagai intinya. Dohnya yang menggunakan serbuk almond juga menambahkan lagi peningkatan harganya di pasaran.. tu kalau guna serbuk almond RM 40 sekilo. Kalau guna Walnut.. Hazelnut.. lagi lah mahal..
Ada juga yang tanya.. boleh tak kalau guna kacang tanah..?
Ikut suka dan seleralah ya.. kalau kacang tu nanti rasanya jadi biskut kacang lah pulak kan..
Lama pulak mengomel ni.. dah tak sabar ita nak kongsikan cara ita menyediakan biskut yang menjadi pujaan ramai tika dan saat ini.. Jom kita kedapur..
NUTELLA COOKIES POT
Resepi Oleh : FB Group Resepi Ringkas
Rujukan : Citarasawan
Adunan ni dapat banyak tau! ita buat 1/2 daripada adunan sahaja. Kalau nak ikut ita buatlah 1/2 adunan. Jadi sukatan bahan-bahan tu bahagi 2 aje.. Tapi kalau keluarga ramai bolehlah buat 1 adunan.
Mula-mula kita intai-intai dahulu bahan-bahan yang kita perlukan
Bahan A
380 gm tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh Baking powder
~ satukan semua bahan di atas kemudian di ayak
50 gram serbuk almond atau hazelnut atau walnut
~ serbuk almond ni bakar sekejap aje dalam 5 minit suhu 160C (hati-hati jangan hangus)
kalau tak nak bakar pun boleh, tapi kalau bakar sekejap cookies rangup dan tak cepat lemau
Bahan B
250 gm mentega
1 biji telur
220 gm gula halus
1 sudu teh esen vanilla
Dalam mesin pemutar, putarkan gula dan mentega hinga lembut
Masukkan esen vanilla dan telur dan putar hingga pucat warnanya.
Masukkan bahan tepung yang telah di ayak
Kemudian masukkan serbuk badam
Gaul rata dan uli hingga doh tidak melekat di tangan
Bulat-bulatkan doh sebesar guli. Anggaran berat 1 doh dalam 10 gm.
Susun di dalam dulang pembakar yang di lapik kertas pembakar.
~ kalau nak letak dalam bekas muffin pun boleh. Kalau bekas muffin tu berat doh dalam 15 gm.
Ita suka buat bulat macam ni sebab dia nipis dan rangup! kalau acuan muffin tu dia tebal sikit cookiesnya.
Ok! buat sampai habis doh.
Kemudian bakar di dalam ketuhar yang kita dah panaskan 15 minit awal dengan suhu 170C
Bakar selama 10 minit
Bila dah 10 minit dia kan boncit-boncit macam biskut suji.
Cepat-cepat tekan-tekan dengan kayu yang bulat hujungnya untuk membentukkan lubang.
Buat cepat-cepat dan ketika dia masih panas, kalau dia dah sejuk sikit aje dia akan retak dan pecah seribu. Tak cantiklah rupanya nanti kan..
Lubang-lubangkan sampai habis
Kemudian masukkan semula di dalam ketuhar dan bakar semula pada suhu yang sama selama 5 minit sahaja.
Pasti akan ada yang tanya
"kak ita guna apa ya untuk tekan.. lubang-lubang tu...?"
Ok lah jawapan ada di sini.
tadaaa.....
Ita guna kayu untuk ambil madu ni..
Tak kisahlah guna apa pun untuk buat lubang tu.. yang pasti hujungnya bulat.
Jangan jadikan alasan tak ada itu... tak ada ini... untuk malas memasak dan mencuba ya..
Kata orang kalau tak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya..
Kalau kita tak cuba.. mana kita nak tau sedap atau tidak.. mudah atau sukar.. ya tak?
Ting!
Dah pun siap
Sekarang bolehlah kita letakkan filingnya.
Eh! tak boleh... nanti dulu..
Kena tunggu doh betul-betul sejuk barulah kita letak filingnya..
Masukkan Nutella dalam piping bag, kemudin kita paiplah dalam lubang-lubang tu tadi..
Kemudian terpulanglah pada kebijaksanaan anda nak menghias apa-apa di atasnya...
Kan.. mudah aje kan buatnya...
Pada italah kan.. cookies ni kita buat dia punya cookies dan simpan di dalam telap yang kedap udara supaya dia tak lemau. Bila kita nak hidang baru kita paipkan nutella.
Dah pun siap...
Mesti nak tau sedap ke tidak kan..
emmm.... sedap! rasa cookies tu macam ada chewey.. chewey sikit..
Tak rugi mencuba!
22 comments:
Waa.. Tengok pun dah mcm sedap.. Hehehe..
Salam kak ita.. boleh tak kalau kita lobang kan dulu dough nyer sebelum kita membakar?? Ade perbezaan ke?
Assalamualaikum kak.. adohaiii terliur tengok kuih raya. sedapnya ~~~
Saya baru rasa cookies ni kat rumah ana Qawina, sangat sedap. Tapi resepi lain skit, ada letak coklat chip pada doh nya
nyum2, menariknya untuk dicuba..dari gambar ja pun sudah terliur tengok biskut kak ita tu..heheh..
My mom used to make this with strawbery jam filling. I think its called melting moments
comelnya cookies ni..satu adunan sekali masuk mulut je ni...hehe
Mmg dok cari resepi nie....alhamdulillah dpt juga....terima kasih kak ita....exited nak buat...
Mmg dok cari resepi nie....alhamdulillah dpt juga....terima kasih kak ita....exited nak buat...
Hi Azlita, I've been following your great recipes for some time. May I know where you bought the honey wooden spoon?
salam kak ita saya azi slalu tgk n try resepi k.ita nk tnya la yg akak wat hiasan tu apa ek biji kopi ke :) nk cari kat mana
salam k.ita saya selalu baca n try resepi dalam blog akak ni nk tnya la yg hiasan tu akak pakai apa ye biji kopi ke :) kat mana nk beli :)
Will the Nutella hardens once I place it in the tart? Coz I would like to keep it all in a jar.
Assalamu'alaikum?
Maaf tanya, mana dapat bekas-bekas kuih tu?Comel...=)
gambar tu mengancam...
As salam kak ita...masa bakar tu guna api atas bawah ke
Sy dah try buat..tapi failed masa buat lubang tu coz dia merekah..tp bila baca step balik ni sy rasa sy trlupa nak uli lpas mix tu..lpas mix ja x uli lagi trus buat bulat..huhu
Boley tak klu simpan nitella de dlm bekas tanpa nutella de melekat antara satu sama laen?
Ita, puan mmg murah hati, Jazakallah khair ...barakallahufik
kak ita telur tu guna putih dia juga
salam k ita.. boleh tahu tak kat mana nak beli kayu macam ni?
dah lama cari xjumpe plk..
Nak try ari ni jugak. Nampak pun dah tau sedap. Terima kasih share resipi. Semoga ita dirahmati Allah. 😍
Post a Comment