Sambal Ulek - masam manis f

Breaking

Aug 4, 2014

Sambal Ulek


Sambal Ulek, enak di makan bersama sayur bening, ikan goreng dan nasi hangat. Pasti dah bosan berapa hari di jamu dengan rendang, ketupat, lodeh dan macam-macam menu sepanjang kita berhari raya. Hari ni ita masak yang mudah aje.. Ita masak kobis masak lemak putih, ita goreng ikan bawal yang masih berbaki dalam peti ais dan ita juga sediakan sambal ulek untuk suami. Benar-benar berselera sekali dia menikmati hidangan tengahari.. sesekali makan yang simple-simple ni memang membuka selera.




Ita belum berkesempatan lagi nak pergi ke pasar untuk belanja bahan dapur. Bila hari raya ni.. kita banyak di jemput oleh kawan-kawan untuk berhari raya. Sebab tu kurang memasak.. Tapi hari ni teringin pula nak makan masakan yang ringkas. Ita masak mana yang ada di dalam peti ais. Kebetulan hari ni hari Isnin, pasar pun tak buka.. jadi kita selesaikan apa bahan yang ada..

Kalau ada yang nak mencuba sambal ulek, ita kongsikan di sini.


SAMBAL ULEK

6 batang cili merah ~ di potong kecil
4 batang cili hijau ~ di potong kecil
6 tangkai cili padi
2 ulas bawang merah ~ di hiris
1 ulas bawang putih ~ di hiris
1/2 biji tomato ~ di hiris
1 batang serai ~ dihiris
1 inc halia di hiris
1 inc belacan
garam dan gula secukup rasa
4 biji limau kasturi

Tumiskan semua bahan dengan sedikit minyak ~ kecuali limau kasturi, garam dan gula
Kemudian tumbuk atau kisar halur
Perasakan garam dan gula
Perahkan air limau kasturi
Sedia untuk di hidangkan bersama ulam-ulaman, sayur bening atau masak lemak dan nasi hangat.



2 comments:

Veronica said...

Oh I am drooling already looking at your sambal. Thanks for sharing.

Unknown said...

suka baca blog u sis.. best!

Post Top Ad

test