Tempahan Kek Lepas Raya - masam manis f

Breaking

Aug 20, 2014

Tempahan Kek Lepas Raya


Lama dah ita tak post gambar kek yang ita buat kan..
Dah ada yang mula bertanya.. kak ita dah tak ambil tempahan lagi ke?
Sebenarnya memang akak dah stop tempahan untuk bulan July, Ogos dan Sept. Kebetulan bulan July tu bulan Ramadhan.. nak rehat cukup-cukup di samping melaksanakan ibadah puasa. Bulan Ogos pula musim perayaan.. sibuklah dengan anak-anak dan tetamu yang bertandang ke rumah. Bulan Sept pula anak-anak dah mula periksa.. konon.. konon nak tumpukan pada anak-anak yang periksa.. kesian tengok anak-anak mereka bertarung dengan peperiksaan.. mak pula sibuk dengan tempahan.. untuk berlaku adil pada anak-anak ita terpaksa stop tempahan buat sementara waktu.. mungkin selepas Raya Haji kot baru ita mula semula..



Sekarang ni adalah ambil tempahan sikit-sikit mana yang dah terlepas dan yang dah oder awal-awal tahun lagi.. Bila dah janji kenalah tunaikan..

Ok berbalik pada tempahan lepas raya ni banyak kek ulang tahun anak-anak.. Kalau anak-anak biasalahkan dengan tema kartun pilihan masing-masing.


Kek ini untuk Al Fishah yang menyambut ualang tahun pada 4 Ogos yang lalu. Al Fishah ni minat dengan lori kata mamanya. Jadi ita buatkan lah lori kecil yang mengangkut gula-gula.

Kek Rainbow bulat berukuran 8 inc di layer dengan cream cheese. Dalamnya Checkered Rainbow luarnya pula di lempa dengan buttercream sepenuhnya. Figurine lori dari gumpaste dan hiasana deco lain dengan fondant.


Ini pula kek Rusian Black and White untuk baby Harraz. Kebetulan nama baby ni sama dengan nama anak saudara ita Harraz. Dan harazz anak saudara ita pula ada di rumah waktu ita buat kek ni.. lalu sibuklah dia nak potong kerana di sangkakan ini kek untuknya.. hihi harraz.. harraz..


Satu lagi kek dengan tema Frozen untuk Aaliyah. Mama Aaliyah tempah 2 kek Rusian Black and White untuk birthday Aaliyah. Satu katanya akan di hantar ke sekolah Aaliyah dan satu lagi akan mereka potong untuk keluarga.

Kesian mama Aaliyah dah berapa kali tunggu nak oder cake asyik tak dapat aje.. akhirnya ita buatkan juga walaupun kalau nak ikutkan ita dah tutup oder.. tapi sebab kesian lama sangat tunggu tak dapat-dapat... ^_^

Harap Aaliyah berpuas hati dengan keknya.

Satu lagi yang di bawah ini, Rusian Black and White juga tapi 4 segi. Deconya Anna dan Elsa.


Kepada semua , terima kasih kerana sudi tempah kek dengan akak. Minta maaf mana yang terkurang dan halalkan segalanya..
Kepada semua.. selamat ulang tahun...

Untuk tempahan Ita hanya buka untuk bulan Okt, Nov dan Dec
Tempahan hendaklah di buat awal terutamanya untuk kek perkhawinan atau hantaran
Sebarang pertanyaan tentang tempahan bolehlah mesage atau wassap ke ~ 017 7279179





5 comments:

hepicouple said...

Kak ita, mcm mana caranya nak order kek dp kak ita ye!

hepicouple said...

Kak ita, mcm mana cara nak order kek dp kak ita ye?

Onna said...

Assalam ita,

kalau yang di kl ni nk order macamana ya?

Juls Julie80 said...

hepicouple <<< kat atas tu dah kak ita siap2 tulis contact number... huhuhu

Unknown said...

5 kilo laksa brape kilo ikan?

Post Top Ad

test