Ayam Masak Prune sedapnya lah.. aiii - masam manis f

Breaking

Sep 11, 2014

Ayam Masak Prune sedapnya lah.. aiii



Ayam masak prune adalah hidangan yang ita sajikan untuk suami dan anak-anak untuk makan tengahari kami semalam. Ita suka lauk ni kerana pada ita ianya sedap sangat di selera ita. 
Resepi ini pernah ita kongsikan sebelum ini dengan daging. Resepi asal adalah daripada Kak Hanieliza dengan menggunakan daging. Tapi kali ini ita olah dengan ayam dan ita masak ikut style ita lah kan..
Ita tambah mana yang ita suka sesuai selera kami sekeluarga.. 




Ita gandingkan resepi ini dengan nasi hujan panas yang juga sangat enak daripada Pak Engku, yang tu nanti ita kongsikan kemudian ya...

Memang sangat berselera sekali kami menikmati hidangan makan tengahari kami.. Selain nasi hujan panas ianya juga sesuai di gandingkan dengan nasi beriani.. nasi minyak.. nasi tomato ke.. atau apa-apa yang di rasakan sesuai.. kalau nasi putih pun dah sedap dah lauk ni..

Bagi anda yang gemarkan kelainan boleh lah mencuba!
 

AYAM MASAK PRUNE

1 ekor ayam - dipotong dan cuci bersih
gaulkan ayam dengan garam dan kunyit dan goreng hingga keemasan. angkat dan ketepikan.

1/2 cwn buah prun - dibuang bijinyer hiris separuh dan separuh lagi biar dia sebijik-sebijik
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan rempah kari daging
4 sudu makan minyak masak
1/2 cwn air
garam dan gula secukup rasa
1 kiub ayam
sedikit gula melaka
Rempah tumis ~ kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan biji pelaga

Bahan Kisar
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
2 inc halia
15 tangkai cili kering rendam lembut dan kisar


Panaskan minyak
Tumiskan rempah tumis hingga harum
Masukkan bahan kisar dan masak hingga garing dan terbit minyak
masukkan rempah kari dan masak lagi hingga garing
tambahkan air jika terlalu pekat
Masukkan kiub ayam
tambahkan juga gula Melaka
Tambahkan sos tiram
Tambahkan juga kicap pekat
Kacau hingga mesra dan renihkan sebentar
Masukkan ayam
Perasakan dengan garam dan gula
Perasakan dengan maggi cukup rasa jika suka
Akhir sekali masukkan buah prune
Biarkan kuah mendidi dan sedia di hidangkan


9 comments:

chichi ebum said...

waalahhhh....nyum2

Che Sall said...

Assalam. Nampak menyelerakan..

mama eija said...

sedapnya kak ita... boleh cuba nie... thanks kak ita

fazianbatrisyia said...

bole cuba ni..
buah prune pun byk tak habis2 mkn.

Yuyun said...

Yummm

Nieda OhCantikdotcom said...

Masyaallah!... buah prune mmg my favourite... and this dish nampak sgt sedappp....

nadia said...

tq akak...sebab menu ni nampak sedap sangat...trick recipe bagi yang tak suka mkn prune macam saya ni..hehe..kot2 la buh dalam ayam rasa dia lain...janji khasiat prune dapat...

Unknown said...

Salam kak ita. Da lame dk tgok blog ni. baru hari ni dpt komen sbb baru buat blog. Hehehhe. Dalam kenal kak ita. Suka sgt ayam. Makan dengan nasik putih je ni. Wow terangkat. Kalau sudi jom ke blog saya. Blog resepi org muda main campak je. Hehe tq :)

Unknown said...

Salam kak ita. Da lame dk tgok blog ni. baru hari ni dpt komen sbb baru buat blog. Hehehhe. Dalam kenal kak ita. Suka sgt ayam. Makan dengan nasik putih je ni. Wow terangkat. Kalau sudi jom ke blog saya. Blog resepi org muda main campak je. Hehe tq :)

Post Top Ad

test