Kek Clown jom belajar buat clown - masam manis f

Breaking

Sep 1, 2014

Kek Clown jom belajar buat clown


Hari ini ita kenalah siapakan satu tempahan kek ulang tahun untuk seorang anak mat salleh ni... Mulanya ita menolak untuk terima tempahan memandangkan ita sibuk dengan Dalili yang dah semakin hampir hari examnya.

Tapi bila kak Lina, sahabat dan customer yang senantiasa menyokong dan merupakan antara individu pertama yang menempah kek dengan ita merayu.. ita pun cair lah.. adoiii... akak ni bukan boleh di rayu-rayu.. mesti cair..




Akhirnya ita buatkan lah kek Rainbow yang bersaiz agak besar juga ni 14 x 11 inc. Kek ni dalamnya rainbow cake yang di lapisi cream cheese frosting. Luarnya pula di salut dengan buttercream. Kek ni simple aje deconya.. mujur mat salleh ni tak cerewet.. dia nak yang simple-simple aje untuk anaknya yang berusia 7 tahun pada tahun ini.


Hiasan kek ni ita hias dengan clown sebagaimana yang di mita customer. Simple aje..
Tapi ita memang suka buat kek yang simple-simple macam ni.. kalau yang serabut tu pening kepala ita di buatnya.
Kadang ada juga customer yang suka kek dia penuh-penuh.. kalau boleh semua dia nak suruh kita letak atas kek.. sampai dah tak tahu kat mana nak di potong.

Pada ita less is more..
Lagi simple lagi cantik , nampak eksklusif dan elegant.. kalau serabut nampak macam kampungan pulakkan..






Suka ke dengan clown ni..
Nak tau bagaimana nak buat clown dari buttercream ni..
Mari ita tunjukkan caranya...
Manalah tau kalau ada yang nak hiaskan clown pada kek ulang tahun anak-anak.. boleh lah mencuba nanti kan..

Mula-mula kita kenalah sediakan buttercreamnya dahulu

Buttercream

150 gm shortening
200 gm gula icing
perasa nenas atau strawberry yang tiada warna

Ayak gula icing
Satukan semua bahan dan pukul dengan speed perlahan hingga kental
Jangan pukul lama sangat nanti lembik

Lepas tu boleh letak pewarna

* buttercream ini hanya untuk hiasan atas kek bukan untuk melempa kek atau untuk layer kek ya.. hanya hiasan atau bunga sahaja.


Bila dah siap buttercream tu bolehlah kita warnakan mengikut warna yang kita suka.
Selain buttercream kita juga perlukan nozel.


Nozel yang ita guna ni nozel bintang dengan nombor 18 dan nozel untuk rumput dengan nombor 133. Yang lain tu tak payak nozel, masuk dalam piping bag dan gunting aje lubang kecil pada hujungnya. Yang ni untuk bahagian tangan dan juga kasutnya.
Selain nozel kita juga perlukan piping bag



Masukkan warna yang kita dah pilih di dalam piping bag kita tadi. Dah sedia untuk di gunakan.
Macam mana dah bersedia nak buat clown...?

Clown 1 ~ Duduk



Clown 2 ~ Mengiring






Clown 3 ~ Meniarap


Anda boleh buat terus clown ini atas kek. Jika takut lah kan tak jadi ke.. nak praktis dulu ke.. boleh buat atas lapik plastik. Bila dah siap bekukan di dalam freezer. Bila ia dah keras bolehlah angkat dan alihkan di atas kek pula.



Mudah aje kan..
Selamat mencuba



18 comments:

Unknown said...

salam kak ita...tq for the tips..=)

Nasa Mulia said...

comel2 clown akak ita...mmg cantik kek tu walupun simple.

Kak Rose said...

keratifnya la tangan ita ni... semua menjadi, cantik n kemas sangat!

watieKB said...

Betul tu..lagi simple lagi cantik

Unknown said...

Salam Ita,
This is my first visit to your blog and I'm impressed. Lost for words actually :)
Your photography is excellent! You just have the eye for it. All angles are great :)
I have not tried your recipe but since you are cooking from your heart, it must tastes great too.
Congratulations for having such a beautiful and informative blog. I wish I could be like you some day hehe..
Wassalam.

Unknown said...

Thanks kak Ita sayang

Unknown said...

Salam k.ita..nk tnya..kek rainbow yg k.ita wat tu..klu 1 adunan guna loyng 8/9 inci..lima warna..agak2..setiap lpisan tu brapa keteblnnya..sbb sya da wat kek rainbow bru2 ni..tgok mcm nipis je kek tu..satu lpisan lbih kurang 0.7 ke 1cm???mcm tu kek tu kira jdi ke??

Unknown said...

K.ita..nak tanya lgii..msa putar memtega dgn gula shingga kembng gebu dn putih...kalau terlebih putar ada tak apa2 kesan pada kek tu nti contoh kek tak naik ke??ada tk k.ita??

DSY said...

Tq Ita. Barakallah seorg blogger yg tidak pernah kedekut ilmu.

DSY said...

Tq Ita. Barakallah seorg blogger yg tidak pernah kedekut ilmu.

lena said...

Salam ita terima kasih kerana sudi terina tempahan kawan adik last minute.alhamdulilah dia org suka dan bnyk ygbertanyakira seleoas siap sedia ajela ya ita.

Kek Kak Sar said...

Assalamualaikum...
respect ngan ita ni... kreatif sangat... terima kasih ngan tips dan teknik yg di tunjuk ajar...byk membantu.... semoga ita di limpahi rezeki dan di berkati

fazianbatrisyia said...

comeyy belaka la clown ni

fazianbatrisyia said...

comeyy belaka la clown ni

Nur-nba said...

Too cute... Kreatifnya Kak Ita...

KhairolRamlie said...

Salam.. terima kasih kak ita di atas tutorial clown di atas. Alhamdulillah, dah mencuba tapi taklah sekemas air tangan kak ita.
Blog kak ita akan sentiasa menjadi sumber inspirasi dan rujukan buat saya.. insyaAllah

http://bakingwithmrkhai.blogspot.com/2014/10/kek-clown.html

AnakNa FakBedu said...

akk nk no fon..mcm trigin nk tempah kek..my num 0127316870

Unknown said...

Ita...bagus sgt...ita ada buat course x?

Post Top Ad

test