Kuih Jongkong Mangkuk yang marvelous..! - masam manis f

Breaking

Sep 9, 2014

Kuih Jongkong Mangkuk yang marvelous..!


Kuih Jongkong adalah kuih yang cukup popular di kampung ita. Kuih tradisional yang tidak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas....
Tapi kebiasannya ianya di bungkus di dalam daun pisang. Cara membungkusnya pula lebih kurang sama dengan cara membungkus tapai.

Kalau di Pontian, selalunya dan kebiasannya mereka menjual kuih jongkong ini sebagai pemanis mulut di waktu pagi atau juga sebagai hidangan untuk minum petang. Kebiasannya juga kuih ini berwarna putih dan terdapat gula Melaka yang mencair di tengahnya. Rasanya memang cukup creamy dan enak bangat...





Masa ita kecik-kecik dulu ita selalu juga tanya dengan emak kenapa kuih ini di berikan nama kuih jongkong. Emak membuka pembalut bungkusan dan menunjukkan bentuk kuih yang seakan bentuk jongkong. Kata emak itulah sebabnya gelaran itu di berikan kepada kuih tradisional ini.

Kesan arus pembangunan yang pesat dan kesukaraan untuk mendapatkan bekalan daun pisang, mungkin juga turut mengubah nasib kuih tradisional kita. Kini kebanyakkan kuih tradisional telah di berikan sentuhan moden selaras dengan era moden kini.

Ianya di katakan lebih ringkas, mudah dan lebih bersih.


Suami ita memang cukup mengemari kuih tradisional Melayu lebih-lebih lagi yang lembut dan manis. Cuma ita aje yang kurang berminat nak buat.. bukannya apa.. bila ita buat banyak pula dia makan.. hihi kuih ni kan manis lagi pula menggunakan santan.. ita bimbang akan kesannya pada kesihatan beliau.. kalau ikut selera dia.. mana boleh di tahan-tahan..

Sebagai isteri, tugas kita bukan sahaja memasak, tapi kita juga kena pastikan apa yang kita masak itu adalah terbaik untuk kesihatan seisi keluarga.


Hari ini ita akan kongsikan kuih jongkong versi moden, Kuih Jongkong Mangkuk. Namanya pula pasti sealiran dengan cara penyediaannya di dalam mangkuk kecil yang comel. Resepi oleh perkongsian Kak Fida di My Resepi. Sedap tau kuih jongkong mangkuk ni.. kalau anda peminat kuih tradisional.. anda harus mencuba!

Sukatan dari Kak Fida agak banyak untuk ita sekeluarga. Ita kurangkan dan buat 1/2 daripada adunan sahaja. 



KUIH JONGKONG MANGKUK
Resepi Oleh : Kak Fida
Rujukan : My Resepi


Mula-mula kita sediakan bekas kecil atau mangkuk kecil. Boleh juga guna bekas dadih yang comel tu.
Potong Gula Melaka kecil-kecil dan letakkan di dasar mangkuk atau cawan kecil. Tekan-tekan sedikit bagi padat.
Selain gula Melaka anda boleh juga menggunakan gula timbang atau gula merah

Adunan Hijau

1 cawan tepung beras
2 sudu kecil tepung sagu
5 cawan santan cair  (100ml KARA campur dengan air jadikan 5 cawan)
1 sudu kecil pes pandan
1 sudu kecil air kapur


Satukan semua bahan dan kemudian tapis. masukkan di dalam periuk dan masak hingga sedikit pekat.


Masukkan adunan hijau tadi ke dalam mangkuk atau cawan yang telah di letakkan gula Melaka tadi dan ratakan.


Kemudian di kukus hingga masak lebih kurang 10 minit
Sementara tunggu ia masak kita sediakan adunan kuningnya pula

Adunan Kuning

1 cawan tepung beras
2 sudu kecil tepung sagu
5 cawan santan pekat ( 400 ml santan KARA campur dengan air jadikan 5 cawan)
2 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning


Sama juga seperti lapisan hijau, satukan semua bahan dan kemudian tapis. Masukkan di dalam periuk dan masak hingga sedikit pekat.


Tuang atas lapisaan hijau dan kukus semula hingga masak. Lebih kurang 15 minit hingga 20 minit.
Dah siap bolehlah di hidangkan ketikan masih hangat atau boleh juga di dinginkan di dalam peti ais.


Waaa.... banyaknya dapat...
Sedapnya lah.. tak sabar nak ngap!





10 comments:

Zam said...

Comel jadinya kuih ni bila dberi sentuhan moden

ninazsyafinaz said...

KAK ITA...THANK YOU!!! ada idea buat dlm bekas plastik tuh..selalu kalau ingat jonkong mesti nakbuat dlm daun pisang je

The Cooking Doctor said...

Saya mmg suka sangat ngan kuah jongkong, thanks Kak Ita kongsi resipi, tak sabar nak cuba :-)

The Cooking Doctor said...

Saya mmg suka sangat ngan kuah jongkong, thanks Kak Ita kongsi resipi, tak sabar nak cuba :-)

chichi ebum said...

haaa....sure sedap ni. hari tu masak kuih tepung boko, kacau2 tepungnya atas dapur smpi lenguh tangan, tp ilang penat bila dh dpt ngap hasilnya...hihi, nak try buat kuih jongkong nilah plak....

fazianbatrisyia said...

bestnya
mesti sy cuba nanti

Tension Plus Blur said...

salam, kak ita. maaf saya ingin bertanyalah mengenai resepi untuk membuat roti. ada lihat ada untuk meletakkan susu tepung. maaf saya keliru ada susu tepung yang dimaksudkan sama dengan susu tepung seperti dutchlady? dan sebagainya? ataupun yang untuk kanak2. maaf saya kurang faham sebab saya ada baca resepi yang lain ianya tidak menggunakan susu tepung. kalau kak ita ada masa untuk menjawab soalan ini harap bolehlah emel kat saya kat muhammad_choi@yahoo.com Terima kasih.

Anonymous said...

Kak itaa.. Air tu 5 cawan ke???

imanmorrocan said...

Daun pisang menabahkan harum aroma daun jadi ada kueh yang dibuat mengunakan daun pisang jangan ditukarkan cara modern ia nya menghilangkan keasliaan nya
T kaseh.

Anonymous said...

Kak,kalau tak dikukus boleh tak?

Post Top Ad

test